Alhamdulillah, dengan jadual waktu yang sangat sibuk, ada juga kelapangan untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada dengan adik-adik di sini. Usaha daripada Ketua Panitia yang bersungguh-sungguh mencari masa lapang saya, membuatkan akhirnya sampai juga saya ke sini. Maka, SMK Kampung Selamat juga merupakan sekolah pertama saya untuk sampaikan perkongsian pada tahun ini.
Oleh sebab jarak yang jauh, dan silap percaturan saya dalam mengatur perjalanan, saya tiba lebih kurang 15 minit lebih lewat daripada masa yang ditetapkan. Tak sangka pula hari Sabtu pun boleh jammed di beberapa tempat, terutamanya di Kedah. Kesian pula dengan adik-adik PT3 yang dah sedia menunggu di dewan. Mujur juga Cikgu Lilihayati ada membuat backup plan bagi tempoh menunggu.
Respon dari pelajar agak memberangsangkan. Namun dengan bilangan murid yang ramai serta kondisi dewan yang besar dan sedikit panas, membuatkan beberapa kumpulan pelajar nampak sedikit kurang selesa. Tapi inshaAllah pihak saya, pihak sekolah telah membuat yang terbaik dalam memastikan murid berada dalam keadaan sedia belajar.
Selesai majlis, sempat juga saya berbual-bual santai bersama pihak pengurusan, Penolong Kanan Pentadbiran dan beberapa orang guru Sains. Kebetulan juga beberapa orang guru yang saya kenali semasa praktikum dahulu di SMK Seri Muda Penaga, juga dikenali oleh mereka. Maka lebih rancaklah perbualan kami.
Semoga Panitia Sains di sini terus aktif memberikan yang terbaik buat anak-anak SMK Kampung Selamat. Saya doakan juga semoga calon PT3 SMK Kampung Selamat mendapat keputusan yang cemerlang, terutamanya bagi subjek Sains. INshaAllah ada masa nanti, kita akan jumpa lagi!
0 Ulasan