Tak sangka juga, rupa-rupanya bangunan kelas bagi SMA Fauzi ini hanya terdiri daripada satu blok bangunan sahaja. Tiada makmal dan bilik khas yang lain. Bilangan pelajar nya pula seramai 400 orang, lebih kurang pelajar sekolah saya di Jerlun. Namun, kemudahan di sekolah saya, sekolah menengah harian, tentu lah jauh lebih lengkap dan selesa.
Tahniah kepada anak-anak SABK yang masih tetap hebat dan mantap, sekalipun kemudahan anda terhad! Semoga Allah merahmatimu.
Sesi sepatutnya selesai pada jam 12 tengahari. Tapi drag juga masa lebih kurang setengah jam lagi, sebab saya rasa banyak sangat nak kongsi dengan adik-adik di SMA Fauzi nih. Mujur juga program dibuat di bulan ramadhan. Maka tak ada lah yang merungut nak pegi makan ke apa ke.
Saya juga dimaklumkan pelajar-pelajar tersebut sebenarnya berada pada minggu balik kampung. Tapi masih sanggup datang awal pada hari Sabtu semata-mata untuk menghadiri program pada hari ini. Tahniah! Terima kasih!
Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga buat Cikgu Hana dan Cikgu Sakinah yang memberi peluang kepada saya untuk berkongsi dengan adik-adik SMA Fauzi ini. Gigih sungguh guru berdua nih, sebab mereka sajalah guru Sains di sekolah ini. Tahniah saya ucapkan!
Tak lupa juga buat adik-adik SMA Fauzi, saya ucapkan Selamat maju jaya. Buat yang terbaik untuk PT3 nanti, terutamanya bagi subjek Sains. Saya doakan juga supaya anda semua mendapat keputusan cemerlang dan terbilang! Ada masa inshaAllah kita jumpa lagi!
0 Ulasan