Sesi perkongsian diadakan di dewan besar. Dengan cuaca yang panas sekarang, serta tiada aircond, maka suasana dalam dewan agak perlukan kawalan yang baik. Bilangan pelajar juga mencecah sehingga 200 orang. Ramai woo. Mujur juga ramai rakan guru daripada sekolah tersebut yang turun padang untuk membantu mengawal keadaan pelajar.
Sesi selesai pada jam hampir 2 petang. Kemudian pelajar bergegas untuk ke kelas tambahan pula. Dalam tengah kalut-kalut ada juga seorang pelajar datang minta tandatangan autograf saya. Lucu juga pada mulanya. Tapi selepas diberi isyarat oleh gurunya, maka tahulah saya pelajar tersebut, istimewa. Terkejut juga saya sebab dia antara pelajar yang paling aktif semasa sesi ceramah tadi. Memang bijak. Saya doakan pelajar nih dapat A untuk Sains PT3 nanti! Amin!
Sekali lagi terima kasih, saya ucapkan buat SMK Tanjung Pauh yang sudi menjemput saya ke sekolah mereka untuk berkongsi sedikit ilmu. Tidak lah banyak, tetapi mudah-mudahan berguna ilmu. Terima kasih!
1 Ulasan
Ceramah seperti ini akan sangat membantu ramai orang untuk berjaya dalam bidang masing-masing, teruskan usaha dan semoga berjaya.
BalasPadam