About Me

Ceramah Sains PT3 di SMK Paya Kemunting

Kembara ilmu saya kali ini membawa ke sebuah lagi sekolah di dalam daerah Kubang Pasu, iaitu SMK Paya Kemunting. Sekolah ini terletak di Jitra, dengan jarak lebih kurang 40 minit perjalanan daripada sekolah saya. Kedatangan ke sini juga adalah disebabkan jemputan seorang rakan Guru Cemerlang Sains, iaitu Cikgu Nurulhizan.


Cikgu Hailmi Ceramah Sains PT3 di SMK Paya Kemunting


Kunjungan ini juga adalah kunjungan pertama saya ke sekolah ini. Kebetulan pula ketika sesi perkongsian diadakan, dewan yang sepatutnya menjadi venue ceramah telah dikuarantinkan bagi digunakan untuk Ujian Mendengar PT3. Maka terpaksalah menggunakan dewan terbuka. 


Berceramah di dewan terbuka nih, banyak sikit cabarannya. Apatah lagi kehadiran beberapa kelompok pelajar yang membuat persediaan untuk persembahan Merdeka, serta waktu yang cun untuk tidur tengahari, maka saya cuba melakukan yang terbaik dalam merangsang pelajar untuk terus bersama saya.


Cikgu Hailmi Ceramah Sains PT3 di SMK Paya Kemunting


Respon pelajar agak baik, walaupun sebahagian mereka masih blur-blur nak menangkap apa yang saya cakap dan juga melihat paparan yang kecil di hadapan. Aktviti perbincangan bersama rakan lebih banyak membantu. Di sesi ini juga banyak membantu saya untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dalam memahami konsep sains yang sebenar. 

Seperti kebanyakan sekolah-sekolah yang saya pergi, rata-rata pelajar mampu menyatakan konsep Sains yang terlibat. Cuma mereka bermasalah ketika menghuraikan atau menceritakan bagaimana konsep tersebut digunapakai dalam situasi yang diberi. Di situ lah guru-guru perlu berperanan. Membetulkan semula salah faham pelajar dan juga melatih pelajar untuk mahir mengaplikasi konsep yang betul pada situasi yang diberikan.


Cikgu Hailmi Ceramah Sains PT3 di SMK Paya Kemunting


Sesi selesai pada jam hampir  5 petang. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Panitia Sains SMK Paya Kemunting yang menjemput saya untuk berkongsi sedikit ilmu saya. Terutamanya Cikgu Nurulhizan yang turut membantu pelajar SPM sekolah saya. Semoga perkongsian bijak ini mampu menjana impak dan hasil yang lebih besar kepada kemajuan sekolah.


Cikgu Hailmi Ceramah Sains PT3 di SMK Paya Kemunting Cikgu Nurul Hizan


Untuk adik-adik di SMK Paya Kemunting, saya ucapkan Selamat maju Jaya dan juga semoga mendapat keputusan yang cemerlang bagi subjek Sains PT3.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Terima kasih byk ckg hailmi..sudi membantu kami

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih juga buat Cikgu Nurul yang bagi peluang untuk saya. Perkongsian maklumat. inshaAllah berguna

      Padam