Menteri Besar Kedah, YB Dato Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir |
Dan lebih menarik, program pada kali ini melibatkan kehadiran Menteri Besar Kedah, YB Dato Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir ke sekolah saya. Orang besar nak datang sekolah baru nih. Tapi tak lah pelik sangat, kerana sekolah saya nih pun memang dalam kawasan Parlimen Jerlun, yang suatu ketika dahulu merupakan kerusi MB Kedah ini.
Pelajar yang menyambut ketibaan MB Kedah |
Pengetua SMK Jerlun, Puan Rogayah Talib bersama Pengarah JPN Kedah, Datin Azuyah Hassan |
Barisan tetamu semasa program berlangsung |
Saya seperti biasa, dilantik sebagai AJK Video bagi mendokumentasikan perjalanan majlis dalam bentuk video. Memang sudah jadi tanggungjawab biasa saya. Cuma sekarang dengan bebanan kerja yang bertimbun, maka saya rasa saya perlu membina team video saya sendiri di sekolah baru ini. Baru senang sket saya nak bergerak.
Bergambar kenangan dengan Dato Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir |
Dalam sibuk merakamkan video, sempat juga saya bergambar sebentar dengan Dato Seri Haji Mukhriz. Ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin memang terserlah dengan sikapnya yang bersahaja dan tenang berhadapan dengan rakyat. Saling tak tumpah seperti hebatnya kepimpinan bapanya, Tun Mahathir. Mana tak tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi.
0 Ulasan