![]() |
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar abad ke 21 |
1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi
Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.
2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah.
Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua.
3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras masing-masing.
![]() |
Pelajar abad ke 21 yang berkemahiran interpersonal dan terarah kendiri |
Pelajar mempunyai akauntabiliti yang tinggi, boleh diharapkan dan dapat beradaptasi dengan persekitaran dan rakan sekelas lain. Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan penuh prihatin.
13 Ulasan
nombo 1 memang budak2 sekarang dah terlebih ilmu, nombo 2 pon dah banyak budak yang mahir... nombo 3 tu yang kurang dan lagi 1, budak2 sekarang kurang... kurang menghormati orang yang lebih tua, cikgu2 pon tengok dia kurang hormat, berbeza budak2 zaman saya kecik2 dulu
BalasPadamhak3.. setuju bebenor dengan pendapat Alongxp nih... nombor 3 tu perlu dipolish betul2.. ;)
PadamBkn pelajar je yg perlukan ketiga2 kemahiran itu.masyarakat pelbagai peringkat pun kena mahir. Walaupun guru adalah agen transformasi, pelajar belajar scr x langsung dr persekitaran mereka.
BalasPadamye setuju.. masyarakat punya skill kena diupgradekan selaras dengan kesemuanya.. baru menjadi perubahan yang nak dilakukan..
Padambukan pelajar jer, guru pn perlu mahir ketiga-tiga kemahiran ni ;)
BalasPadambetul3x
Padamakhlak perlu diutamakan... yang ketiga2 di atas akan menyusul dengan sendiri?
BalasPadamGuru dan murid adalah anggota masyarakat..jika 3 kemahiran itu sgt baik,maka baik jgk lah golongan masyarakat..sbb guru dan murid majoriti dlm masyarakat..hehee
BalasPadamcommunication in english pon penting kpd pelajar sekarang.
BalasPadamDH CUBA HOT SEAT, ROUND TABLE TAPI RASE MCM MBAZIR MASA
BalasPadamsekali sekala ok la kot
BalasPadamMelihat kepada trend budak2 zaman sekarang, kriteria no 3 sangat perlu ditenkankan. Banyak komplen terhadap budak2 sekarang yang "lembik". Survival skill sangat2 perlu untuk zaman sekarang.
BalasPadambukan pelajar jer, guru pn perlu mahir ketiga-tiga kemahiran ni ;)
BalasPadam