Aktiviti hujung minggu lepas memang menarik. Selepas dah dirancang selama hampir sebulan, maka percutian kami ke Pantai Belawai menjadi kenyataan. Bukan percutian biasa. Luar biasa. Sebab kali ini saya datang bersama rakan-rakan dan juga anak-anak murid dari kelas 3B. Ada antara mereka juga yang turut datang bersama ibubapa mereka. Memang meriah betul kan?
Semuanya bermula daripada idea Cikgu Thomas Majing yang juga merupakan guru pengurus kelas 3B. Memandangkan saya juga adalah guru Sains mereka, maka saya juga menerima jemputan bersama rakan-rakan guru lain yang turut mengajar kelas yang sama. Maka ramai ler jadiknya. Kitorang tumpang sekaki jer.. ;)
Aktiviti ini adalah lebih kurang macam majlis perpisahan pelajar-pelajar 3B dan juga guru-guru. Lagipun pelajar-pelajar ini dah selesaikan PT3 mereka dengan jayanya. Apa salah nya jika kita raikan sket kejayaan mereka dengan majlis yang sebegini. Dapat juga eratkan hubungan antara guru dan pelajar, juga ibubapa.
Bahagian mencari barang BBQ, termasuk ayam dan keperluan yang diperlukan ditugaskan kepada saya. Hu3.. Cari barang jer. Sebab tugas memerap ayam ditugaskan kepada Cikgu Nurbaida dan kawan-kawan nya. Orang perempuan lagi pro kan kalau benda-benda camnih. Kitorang support dari tepi jer lah yer..
Jarak dari sekolah ke Belawai adalah 121km. Jauh kan?. Sebab kos nak menggunakan bas lebih mahal, maka kami ambil keputusan untuk berkonvoi beramai-ramai ke sana. Jumlah semua yang menyertai aktiviti ini adalah dijangkakan seramai hampir 60 orang. Maka, ada lebih kurang 12 buah kereta yang akan sama-sama bergerak ke sana.
Seawal 6.30 pagi pelajar sudah mula berkumpul di sekolah. Dari sini, barulah kami bergerak ramai-ramai ke Belawai.
Jalan dari Sibu nak ke Belawai akan melalui kawasan Bawang Assan dan beberapa kawasan lain yang saya tak ingat namanya. Boleh tengok gambar di bawah untuk melihat kawasan sekitar sebelum tiba di Belawai.
Kami tiba di Pantai Belawai dalam pukul 10.00 pagi. Boleh dikatakan agak awal. Sebab di pantai masih kosong. Orang ramai pun belum ada. So mudah sket nak cari port yang baik dan selesa sebab dah datang ramai-ramai nih. Mujur juga sebab kemudahan barbeku dah ditempah oleh Cikgu Abdul Hakim dan isteri yang juga merupakan anak kampung Belawai juga.
Maka bermula lah aktiviti menghidupkan api. Pelajar dibahagi-bahagikan. Ada yang bahagian hidupkan api dan ada yang bahagian buat persiapan lain. Banyak juga kerja yang dibuat. Dah keluar sama-sama nih, mesti lah pandai-pandai ambik peranan sendiri.
Part memanggang, mulanya dilakukan oleh guru-guru dan ibubapa. Tapi tak lama kemudian, tugas ini diambil oleh gadis-gadis pelajar. Diorang lagi seronok nak mengipas api tu daripada dok terperuk tak tau apa nak buat. So, kami biarkan mereka bekerja keras memanggang ayam yang dari tadi sedap jer baunya.
Selesai kerja memanggang, maka barulah semua mula berkumpul. Cikgu Thomas mulakan dengan kata-kata aluan kepada semua yang berjaya mengikut perkelahan ini. Ustaz Faris Hakimi dijemput bagi membacakan doa untuk memberkati majlis dan aktiviti pada hari ini. Lepas dah baca doa, maka beramai-ramai lah mengisi perut yang dah berbunyi dari tadi.
Bihun goreng disediakan oleh Cikgu Baida dan Cikgu Wilma. Memang sedap! Terbaik. 2 3 kali juga saya dan rakan-rakan lain menambah. Campur plak dengan ayam panggang yang sedap dan masih panas, lagi lah naik selera nak makan.
Selesai menjamu selera, maka bergerak ke pantai untuk mandi manda. Dah tentu budak-budak saya excited nak mandi laut. Sebabnya kedudukan Sibu yang ke tengah dan jauh dari kawasan pantai. Bukan selalu diorang nak ada peluang untuk ke pantai sebegini. Maka, peringatan demi peringatan haruslah diberi dari masa ke semasa.
Tak sampai 10 minit mereka main air di tepi pantai, maka pelajar dikumpulkan. Kali ini adalah untuk aktiviti sukaneka. Acara mudah saja. Cuma nak memeriahkan majlis. Iaitu acara pijak belon. Ha3.. Memang lucu! Bila time lelaki main, kami yang cikgu-cikgu pun tumpang sekali. Maka adalah pakatan jahat yang nak bertagteam nak pecahkan belon cikgu-cikgu dulu. Keji sungguh! Penat cikgu-cikgu nih berlari selamatkan diri tau dak! ;)
Kemudian aktiviti disambung lagi dengan acara mandi laut. Ha3.. Memang best!
Lama jugak berendam mandi laut, maka semua dipanggil untuk bersiap nak balik. Kemudahan bilik mandi disediakan dengan bayaran RM1 sahaja. Boleh lah sekadar untuk nak menghilangkan rasa gatal dan melekit akibat mandi air laut.
Selesai membersihkan kawasan, maka kami pun bergerak balik ke tempat masing-masing. Manakala saya dan Ustaz Faris pula meneruskan misi kami ke satu lagi tempat menarik. Iaitu Berferi dari Belawai ke Mukah! Serius best pengalaman nih. Tunggu ceritanya ye..
Paling penting, saya gembira sebab semuanya berlaku dengan lancar dan tanpa masalah. Alhamdulillah. Bimbang juga bila dah berjalan jauh-jauh begini. Mudah-mudahan pengalaman ini menjadi suatu kenangan manis buat guru, pelajar dan ibubapa yang terlibat.
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
0 Ulasan