Antara lain yang dinyatakan dalam Garis Panduan tersebut adalah pemakaian baju korporat rasmi KPM ini adalah hanya boleh digunakan bagi tujuan ketika melaksanakan tugas rasmi di lapangan / luar sahaja.
Bagi pegawai / kakitangan lelaki, baju korporat ini hanya boleh dipakai dengan seluar panjang slack berwarna gelap. Boleh tengok gambar di bawah bagi mendapatkan gambaran sebenar rekabentuk baju korporat rasmi KPM bagi pegawai / kakitangan lelaki.
![]() |
Rekabentuk Baju Korporat rasmi KPM bagi pegawai / kakitangan lelaki |
Manakala bagi pegawai / kakitangan perempuan, baju korporat ini hanya boleh dipakai dengan skirt labuh berbentuk A paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dengan tudung berwarna hitam / dark blue / royal blue. Sila tengok gambar di bawah bagi mendapatkan gambaran sebenar rekabentuk baju korporat rasmi KPM bagi pegawai / kakitangan perempuan.
![]() |
Rekabentuk Baju Korporat rasmi KPM bagi pegawai / kakitangan perempuan |
Bagus juga dengan penyediaan garis panduan penyeragaman ini. Sekurang-kurangnya warga KPM mempunyai baju korporat rasmi seragam yang boleh digunakan apabila mengikuti aktiviti rasmi di luar. Kalau tak, masing-masing sekolah tampil dengan macam-macam warna, macam-macam design.
8 Ulasan
CN belasah jer pakai dekat skolah baju korporat kaler putih+biru navy..tudung colourful..huhu
BalasPadamhak3... lepas ni dah tak boleh belasah dah... ;)
BalasPadamada sekolah dah ada baju korporat sendiri. macam-macam kaler lagi. haha..
BalasPadamyer.. pasnih kena tukar k en. Titan
BalasPadamCikgu sebenarnya bolehkah pakai baju korporat kalau seragam..
BalasPadamAda tak pekeliling khusus ttg ini..
BalasPadamPakai je baju biasa senang.. x perlu berkorporat2 bagai..hehe
BalasPadamBaju batik pun kalau ikutkan tak boleh diguna pakai sewaktu dalam bilik darjah
BalasPadam