About Me

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket

Cuti sekolah memang saya nak relaks betul-betul dari memikirkan hal-hal kerja. Walaupun cuti sekolah bunyi nya macam panjang, tapi hakikatnya 'cuti' sebenar tak berapa hari pun. Jadi WAJIB untuk saya pergi cuti, santai-santai, ambil semangat dan inspirasi baru. He3..

Kali ini saya memilih Thailand sebagai destinasi percutian. Dekat jer ngan kampung halaman, Perlis. Plan asal nak ke Bangkok. Namun atas nasihat keluarga dan rakan-rakan disebabkan pergolakan politik yang berlaku di Thailand pada masa ini, maka saya pun membatalkan niat ke Bangkok. Setakat Phuket, Krabi dan Hatyai yang kat bawah ni, tak ada kesan sangat. 

Meh saya kongsikan dengan anda, keindahan Patong Beach di Phuket, Thailand yang menjadi kegilaan saya pelancong asing untuk datang bersidai, berjemur dan mandi manda di sini. Serious memang cantik giler!! Dari halus mulus pasirnya, pemandangan sekeliling nya dan juga air yang jernih kebiruan. Walla!

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Ha.. Kan dah cakap.. Cantik kan?..  Cantik kan?....  hmmm...

Pada Tsunami 2006, di kawasan Patong Beach, Phuket ini sahaja telah mengorbankan sehingga hampir 26, 000 orang. Ramai kan?.. Memang ramai sebab pantai nya memang panjang dan luas. Penuh dengan manusia. 

Sejarahnya, kawasan Phuket ini juga merupakan tempat asal hampir 80% penduduk Thai yang beragama Islam. Tetapi disebabkan perlancongan yang hebat dijalankan di sini, maka peratusan tersebut pun dah berkurang. Alasan?.. Hmm.. kena tanya diorang.. ;)

Jom kita tengok lagi beberapa keping gambar sekitar Patong Beach, Phuket yang cantik menawan ini. Mana lah tahu, nanti ada rezeki ke sana kan?.. Jom tengok!


Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Sukanya tengok perahu cenggini kat sana..

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Tengok air laut yang kat belakang tu.. Macam lukisan jer kan?

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Hanya boleh nampak pemandangan camni kalau datang awal pagi

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Best kan kalau Pantai kat Malaysia pun ada sedia camni.. ;)

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Ada banyak duit bleh main JetSki.. Lebih kurang RM150

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
He3.. Benda wajib bawak nih kalau nak mandi - Tuala!

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Nih pemandangan perahu dari sisi lak...

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Ini dari jarak dekat

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Okeh.. Sila fokus!

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Ha.. Nampak tak?.. Nampak tak makcik yang jual barang tu?

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Pemandangan sebahagian Patong Beach, Phuket. Ini baru separuh kanan

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Tiba-tiba mai bersidai depan kami. Dah panas, nanti turun mandi balik

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
JetSki yang menunggu untuk disewa oleh pelancong

Bercuti ke Thailand : Patong Beach, Phuket
Nak duduk? Sewa RM10 untuk satu hari

Tips kalau nak ke Patong Beach, Phuket ini adalah seperti berikut:
1. Sila pakai sunblock kalau tak nak sunburn giler
2. Elakkan shopping kat sini yer, sebab mahal giler
3. Datang awal ke tepi pantai, kalau tak, tak ada tempat sebab ramai giler
4. Belajar sket Bahasa Thai asas supaya senang nak bertanya / membeli
5. Tawar menawar dengan penjual dengan sebaik mungkin

Teruskan mengikuti kisah perjalanan saya ke Thailand baru-baru ini. Ada beberapa tempat lagi yang menarik untuk dikongsikan dengan pembaca sekelian. Serius tak rugi!! ;)



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. aduhai...tempat ni pun dalam wishlist..Krabi especially....jeles tgok dapat pi sini...

    BalasPadam
  2. Alahaii..baru berangan nak pegi taon depan. Nanti share la hotel apa yang berdekatan & tmpt soping yg best ye, senang nanti hihihi

    BalasPadam
  3. best3! memang wajib datang.. nanti saya share apa benda menarik ada di Phuket ini.. inshaAllah

    BalasPadam
  4. Seronok nampaknya cikgu dapat bercuti di sini. Indah pemandangan pantai tu.. Terima kasih sebab berkongsi gambar-gambar percutian cikgu.

    BalasPadam
  5. yer.. memang seronok.. Cikgu Diana pun kalau ada kesempatan boleh pegi melancong ke Phuket.. best!

    BalasPadam
  6. Tak pernah sampai Thailand lagi:)
    drshikinzainal.blogspot.com

    BalasPadam