About Me

Karnival Psikologi dan Kaunseling KPM 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Psikologi dan Kaunseling akan menganjurkan Karnival Psikologi dan Kaunseling pada 2 dan 3 September 2013, bertempat di Tapak Karnival (Belakang AUditorium) Kompleks E, Putrajaya. 

Karnival Psikologi dan Kaunseling


Dengan tema "Kenali Psikologi, Terokai Potensi Diri', karnival ini bertujuan:
- Pendedahan mengenai tugas dan peranan Bahagian Psikologi dan Kaunseling kepada warga KPM
- Memperluaskan jaringan perkhidmatan dalam warga KPM
-  Memberi peluang secara langsung kepada warga KPM mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling
- Menawarkan perkhidmatan mesra pengguna melalui khidmat ujian psikometrik, terapi, konsultasi, advokasi, bimbingan, sesi kaunseling individu / kelompok


Karnival Psikologi dan Kaunseling

Karnival Psikologi dan Kaunseling


Terdapat banyak aktiviti yang akan diadakan. Boleh rujuk iklan dan poster di atas sebagai panduan. Jadi, jom kita meriahkan Karnival Psikologi dan Kaunseling 2013!


Catat Ulasan

0 Ulasan