Surat luahan hati guru kepada ibu bapa masa kini ini saya ambil daripada satu laman sosial untuk dikongsikan bersama. Terpulang untuk anda semua sebagai pembaca untuk menilainya sendiri. Samada mahu mengIYAkan, mengHEK-ELEHkan atau sebarang respon lain kepada surat ini, itu hak anda sebagai pembaca. Tetapi dari pihak saya, saya merasakan perkara ini wajar dikongsi bagi diambil panduan dan pedoman oleh kedua-dua pihak, iaitu guru sendiri dan juga ibu bapa. Cuba bayangkan anda berada pada kedua-dua pihak, nescaya kita akan lebih faham-memahami antara satu sama lain. Bagi yang takdak apa-apa perasaan, boleh anggap ini sebagai satu lawak jenaka! ;)
Kepada : Ibu Bapa
Ke hadapan Tuan/Puan,
Kami telah mendapat banyak aduan di dalam menyuarat PIBG tentang
bagaimana kami mendidik anak tuan/puan. Terlebih dahulu kami memohon
maaf atas pemasalahan yang timbul. Walaubagaimanapun, kami sebagai guru
mempunyai batas-batas kuasa yang kami akan suluhkan kepada tuan/puan.
Kami bukan ibu bapa. Kami adalah ahli akademik. Kami mempunyai set tanggungjawab,
dan didikan peribadi bukanlah sebahagian dari tanggungjawab kami. Kami
bertanggungjawab menunjukkan peribadi elok sebagai contoh, tapi tugas
mengajar adab merupakan tanggungjawab tuan/puan. Bagaimana perangai
mereka di rumah, jika menjadi kurang ajar, sama sekali bukan salah kami.
Terkadang kami terkejut ketika melihat tingkah laku anak anda ketika
hadir mengambil kad repot. Anak tuan/puan yang hyperaktif di sekolah
sungguh senyap di depan tuan/puan. Adakah tuan kenal anak tuan
sebetulnya? Tahukah tuan/puan anak puan yang hadir ke sekolah bukanlah
anak tuan/puan yang tuan/puan kenali di rumah?
Dan apabila
hukuman dijalankan, apakah hak tuan/puan untuk mengatakan "saya kenal
anak saya. dia bukan macam tu." di hadapan kami? Anda tiada di sekolah,
dan anda sebenarnya tidak mengenal anak sendiri. Anak anda selesa di
sekolah bersama kawan-kawan sehingga berasa selesa untuk berbuat salah
dan kami hukumkan. Nampak benar dia tak berasa selesa untuk membuat
salah di depan anda kerana tuan/puan mungkin sekali bukan spesis manusia
membina, tapi menjatuhkan.
Peraturan sekolah diciptakan bersebab. Dan sebetulnya, memang hukuman diciptakan untuk menyakitkan, memalukan, dan menyusahkan.
Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar sakit yang tidak seberapa
itu adalah lumrah dunia, malu itu seharusnya bertempat, dan yang
menyusahkan itu selalunya benda yang perlukan usaha. Atau benda-benda
yang sewaktu dengannya. Itu tanggungjawab anda, jangan lepaskan itu
semua pada kami. Adakah benda asas seperti ini pun perlu kami ajari?
Kami di sekolah sebagai HANYA GURU. Tapi hakikatnya, kami tahu
terlampau banyak mengenai keluarga murid. Jika tuan/puan sangkakan apa
yang berlaku di rumah hanya tinggal di rumah, tuan/puan silap. Kami guru
yang terdidik, melihat pada pelakuan, banyak benda yang kami tahu. Itu
tidak termasuk apa yang diberitahu.
Anak-anak tuan/puan akan
cuba untuk menjadi apa yang mereka tidak boleh jadi di depan tuan/puan.
Tuan/puan merupakan kuasa autoriti terbesar buat mereka. Jadi apa yang
mereka buat di sekolah adalah cermin untuk apa yang berlaku/tidak
berlaku di rumah.
Jika anda mahukan kami mendidik dengan
sepatutnya, kami perlu kuasa autoriti yang lebih besar. Kalau kerana
hanya satu garisan dari sebatan rotan menyebabkan kami dipenjarakan,
ketahuilah oleh tuan/puan yang kami sebenarnya langsung tak mahu
bersangkut paut dengan kehidupan anak tuan/puan, apatah lagi isu rumah
tangga tuan/puan.
Hanya kerana anak tuan tak pernah mengadu
mereka terbuat kesilapan, jangan menyangka anak tuan/puan sangat baik.
Anak yang bijak/pandai selalu eksperimen dan selalu berbuat silap, dan
mereka tidak mahu imej buruk atau keburukan mereka sampai kepada
tuan/puan jadi mereka berahsia. Adalah terpulang kepada ibu bapa sama
ada anak mereka berahsia atau tidak.
Nasihat kami untuk tuan/puan :
Setiap anak melaku kesilapan. Jangan berdiri lantang untuk mereka
dengan melampau. Mereka harus diajar erti tanggungjawab, dan
bertanggungjawab bagi setiap tingkah laku. Kami tak perlukan anda untuk
berdiri bagi pihak anak anda hanya kerana anak anda menumbuk seorang
kanak-kanak lain. Itu sebahagian dari proses pemantapan fizikan dan
mental. Menyekat pengalaman bermaksud anda menyekat kebolehan otak anak
anda berkembang.
Mendidik kanak-kanak itu tidak susah. Tapi
yang menyusahkan selalunya ibu bapa. Kerana mereka selalu ingin
menyelesaikan masalah anak-anak bagi pihak mereka, menolak hak mereka
mempunyai autoriti yang sepatutnya. Akhirnya mereka cuma boneka yang
diberi skrip. Mereka bukan lagi makhluk tuhan yang diberi kehidupan.
Kami tahu apa beza seorang murid tingkatan tiga mampu buat dan seorang
pelajar jurusan kejuruteraan mampu buat. Jangan buat kerja sekolah
mereka untuk mereka. Mereka perlu berbuat silap untuk belajar. Jika anda
menjadikan mereka sedemikian bodoh, jangan salahkan kami semasa datang
ambil kad repot.
Jika seorang pelajar dihantar kepada kami
kerana kesalahan tingkah laku, kami tidak akan menghukum mereka serta
merta. Kami akan memberi masa mereka bersendiri memikirkan apa yang baru
mereka lakukan, dan memberi respon bergantung pada respon mereka
setelah mereka lebih tenang dan setelah mereka mempunyai masa berfikir.
Mungkin tuan/puan juga boleh cuba cara yang sama. Mungkin tuan/puan
sendiri lupa zaman tuan/puan kanak-kanak kerana tuan/puan kini sudah
dewasa, betapa gementarnya kanak-kanak yang berbuat silap.
Ekonomi yang teruk masa kini menyebabkan ramai ibu bapa bekerja lewat
masa dan mempunyai masa yang sedikit untuk memahami atau bersama anak
mereka. Menyangka anda boleh menebus kesalahan dengan berdiri bagi pihak
mereka di depan guru adalah tindakan yang salah.
Jika anda mahukan proses pendidikan ini bersifat dua-hala, bersikap adillah dengan kami.
Atau jika tidak, abaikan sahaja kewujudan kami dalam proses
pemanusiaan. Kerana kami sendiri mempunyai hal sendiri untuk dijaga dari
menjaga anak orang.
Yang Benar,
Guru.
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
8 Ulasan
Terbaik ! saya sebagai ibu pun mahu yang terbaik untuk anak2 sendiri, biar anak kita dihukum untuk kesalahan yang mereka lakukan, itu semua pengalaman..teringat masa sekola dulu, ayah saya selalu suruh cikgu rotan saya kalau saya nakal !kalau mengadu dgn ayah cikgu rotan, siap kena tambah rotan lagi dgn ayah ! itu la beza dulu dan sekarang, sebab tu pelajar sekarang lagi dasyat disebabkan ibubapa mereka sendiri !
BalasPadamramai gak ibu bapa yang bagus-bagus. Masalahnya sekarang, dah ramai ibu bapa yang terover protective. Itu la pasal. Senang cerita..panggil aje diorang..panggil 5-6 orang cikgu..cerita masalah anak diorang one by one di perhimpunan sekolah. Berani tak berani ke diorang masa tu..
BalasPadamsaya kurang faham dengan ayat ini " kerana hanya satu garisan dari sebatan rotan menyebabkan kami dipenjarakan " ini ayat menunjukan guru itu seorang yg beremosi, sya kurang percaya dgn guru seperti ini, kerana seolah2 tiada proses undang2 di negara ini. dan dia nak apa?..........
BalasPadamkepada Tanpa Nama, kamu tak paham ke bebuat tak paham? selama yang saya dengar, murid selalu menyaman guru tetapi jarang n mungkin tidak pernah saya dengar guru menyaman murid. alasannya murid tak tau apa2... jadi dihujungnya, guru hanya terima sahaja nasib... jadi perumpamaan guru seperti lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi hidup orang lain dah tak logik. klu dah mak bapa dia tak bagi sentuh anak, baik jgn hantar anak pegi sekolah.. hantar ke tempat lain jer. saya tau bukan semua ibu bapa macam tu tapi itulah hakikatnya.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamguru adalah pendidik dan kena serba serbi...sussah ore nak paham kalu tiddak menyelami dunia pendidik....tegas memang perlu diikuti dgn hukuman.....kalu bisnes..duk kira untung dlm jangkamasa pendek..tapi guru...5,10 dan lama lg baru bole tengok hasil..
BalasPadamkalu tidak ,takkan ada ayat ini" Ayah nak kamu lebih baik dari ayah,ayah dulu...."
sama-samalh kita pikir utk masa depan anak bangsa sendiri
setuju dengan cikgu Khairul.. perlu ada ketegasan.. hukuman untuk mendisiplinkan.. jiwa pendidik nih lain jiwa dia.. hukuman yang dibuat tuh sebenarnya lebih kepada untuk mendidik, bukan menghukum.. semoga ada kerjasama yang lebih baik untuk ibu bapa dan guru selepas ini..
BalasPadamterbaik=)
BalasPadam