About Me

Teknik Pembenihan Awan dan Halangannya

Dengan kejadian jerebu yang melanda negara kita sebelum ini, ramai pihak yang menggesa supaya  proses Pembenihan Awan perlu dilakukan walaupun kosnya sangat tinggi. Walabagaimanapun ramai dalam kalangan kita sebenarnya tak tahu pun apa itu yang dimaksudkan dengan pembenihan awan. Jom kita tengok proses dia.


Proses Pembenihan Awan dan Halangannya


TERDAPAT 3 JENIS PEMBENIHAN AWAN:-

Pembenihan dinamik awan
Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses.


Pembenihan Awan Higroskopik
Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.


Pembenihan Awan Statik
Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu.


Namun begitu, Pembenihan awan juga bergantung pada cuaca. Lepas tuh, awan juga mesti ada, wajib! Kaedah ini bergantung kepada suhu dan juga kandungan komposisi awan. Proses pembenihan awan sebenarnya adalah sangat kompleks dengan mengambil masa beberapa tahun latihan supaya proses itu menemui kejayaan. Kemudian juga risiko lain bagi pembenihan awan adalah, tiada kawalan bagi tempat untuk menentukan di mana hujan akan turun.


Sumber

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. good info. tapi nk tau, adakah hujan ygn turun hasil dari kaedah ini berbahaya? :D

    singgah sambil follow sini! :) #321
    ice-chirp-chirp.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak.. kerana tiada satu pun kemalangan yang berlaku.. kerajaan telah melakukan penyelidikan.. common sense ade kan ? ape ar..

      Padam
  2. Ini semua bullshit..garam dan silver iodide hanya memberatkan apa yg awan sendiri dah kumpul...yang paling lawaknya ada org anggap usaha inilah yg menjadikan hujan turun...KEBENARANNYA,setiap kali awan ada dan berat adalah kerana TANPA KAWALAN MANUSIA ianya dah memang nak berlaku..dah memang nak hujan..sebab hujan dan petir adalah persetujuan dari langit dan 'pihak angkasa' untuk melontar gamma ray tepat pada waktu awan berkumpul..ianya MEMERLUKAN LETUPAN BINTANG(nova) untuk ini semua terjadi...sebiji supernova remnants mengumpul high energy particle utk menghasilkan guruh dan keputusan bg semua cuaca...sebiji mcm disebut al-quran...supernova remnants implosions seolah batu yg dilontar ke atas lapisan atas bumi utk membesit syaitan setara dgn persetujuan waktu hujan sendiri...ini bukan usaha,ini keangkuhan manusia setakat memberatkan awan je..piiiraahh..

    BalasPadam
  3. Bukan gamma ray lah...cosmic ray..pembetulan.
    baca lebih lanjut tentang angkasa mengawal cuaca bumi.

    http://www.dailygalaxy.com/my_weblog/2013/09/ecoalert-milky-ways-cosmic-rays-have-direct-impact-on-earths-weather-climate.html

    BalasPadam
  4. naiss ah penerangan nih do follow our ig@aisyahsofiya22_
    @alyaasarah04@alesyaa_

    BalasPadam