PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan
jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru
pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian
tinggi awam (IPTA).
Menteri Pendidikan
II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata langkah itu yang mungkin dilaksana
secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti
ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.
“Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru
tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.
“Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia,
baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan,” katanya kepada
pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya
benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang
berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.
“Di Finland misalnya hanya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi,” katanya.
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat
perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh
dilaksana. Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988
graduan menerima ijazah masing-masing. – BERNAMA
Sumber: Berita Harian
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
3 Ulasan
Kenapa la buat mcm tu kan gomen kita nie -_-
BalasPadampolitik. biasalah tu.
BalasPadamjangan sampai ada yang teraniaya sudah lah.. ;)
BalasPadam