About Me

Modul Mentor Mentee KPM dan Panduan Pelaksanaan


Modul Mentor Mentee dan Panduan Pelaksanaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.


KONSEP
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.



RASIONAL
1.3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor.
1.3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.



OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
1.4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
1.4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
1.4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.



PELAKSANAAN
1.5.1 Program dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah dan menengah.
1.5.2 Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti:
a. waktu perhimpunan rasmi.
b. waktu kokurikulum.
c. selepas waktu persekolahan.
1.5.3 Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.
1.5.4 Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut;
a. Pembangunan Sahsiah Diri Murid,
b. Peningkatan Disiplin Diri Murid,
c. Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid, dan
d. Pendidikan Kerjaya Murid.



STRATEGI PELAKSANAAN
1.6.1 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan kepada murid dan guru.
1.6.2 Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.

1.6.3 Perjumpaan diadakan di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.
1.6.4 Pelantikan mentor
a. Semua guru dilantik menjadi mentor.
b. Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis).
c. Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee.
1.6.5 Pengagihan mentee.
a. Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas.
b. Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang mentor.
16.6 Tugas Mentor
a. Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
b. Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
c. Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee.
d. Membantu mentee yang memerlukan perhatian.
e. Mengambil kehadiran mentee.
f. Mengisi borang pertemuan mentor mentee.



PENUTUP
Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.



p/s: Menarik sebab kandungan modul adalah mengikut tahap umur pelajar daripada seawal Prasekolah sehinggalah yang sesuai dengan pelajar Tingkatan 6 Atas

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Terimakasih atas bahan yang diberikan ini kerana memberi info yang sangat bermanafaat.

    BalasPadam
  2. Mcm mana nak tgk kandungan modul ni ya

    BalasPadam
  3. terima ksh cikgu,saya mohon untuk guna sebagai rujukan

    BalasPadam
  4. Jabodetabek private tutoring services with teachers coming over to the house. A lot more than countless active tutors are ready to teach various skills and lessons for kids to adults ... click https://privat-matematika.vercel.app/les-privat-matematika-pesanggrahan.html for more information

    BalasPadam
  5. Best in addition to Most inexpensive Jabodetabek Non-public Classes, the team and trainers arrive to your home, set your own personal research program and will opt for any discipline regarding analyze ... click https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-senen.html for more information

    BalasPadam
  6. Our company offers private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an integrated and accelerated method, it can be hoped that it should be able to foster an era of those with good morals... for detail https://kimia-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-kimia-di-palmerah-terdekat_7.html

    BalasPadam
  7. Open the entranceway to an enormous amount opportunities with our comprehensive language course at Executive-Education.id. Our expertly designed curriculum specializes in practical skills and cultural understanding, equipping you with the knowhow was required to navigate international business, travel, and social interactions effortlessly. From mastering grammar intricacies to refining pronunciation, our program ensures you'll master your favorite language. Go to https://kursus-arab.github.io/kursus-bahasa-arab-cilincing.html for latest information.

    BalasPadam
  8. Boleh cikgu share bahan ini dengan saya dalam bentuk soft copy?

    BalasPadam