About Me

Menyusuri Muzium Pendidikan Nasional di UPSI

Kesempatan berkunjung ke @upsi_malaysia kali nih membawa saya ke muzium yang dah lama saya berhajat nak pergi, Muzium Pendidikan Nasional.
Yer lah, dah nama pun cikgu. Nak lah jugak tengok apa yang ada kat sini. Menelusuri sejarah pendidikan negara kita, dan menjadi sebahagian daripada warisan sistem yang berkembang daripadanya.
Bangunan ikonik yang lebih di kenali sebagai Bangunan Suluh Budiman ini memang klasik sangat sebab dibina pada tahun 1919. Dengan senibina Dutch-Gothic dan inspirasi daripada Notre Dame kat Perancis, bangunan ini diabadikan sebagai Muzium Pendidikan Nasional secara rasminya pada tahun 2009. Memang sesuai sangat.










Ada gaya guru dulu-dulu tak?

Ada 21 pameran tetap tentang perkembangan pendidikan di negara mengikut topik, serta 1 ruang Pameran dengan tema tertentu. Untuk kali nih tentang Institusi Raja-Raja Melayu.
Buat saya yang baru 13 tahun menjadi guru pun, dah mengimbau sangat nostalgia masa jadi budak sekolah zaman 90-an dulu.
Mana boleh lupa weyh cover buku teks Manggis dan Rambutan yang ada display kat sini!
Jadi apatah lagi orang-orang senior dengan harta-harta yang lebih legend, macam Papan Tulis Batu, typewriter dan lain-lain lagi. Harta pesaka sekolah-sekolah awal kat Malaysia pun banyak yang di sumbangkan untuk display kat sini.
Secara jujurnya, warisan macam ni sepatutnya terus dipelihara supaya jadi bukti kesungguhan orang terdahulu dalam membentuk pendidikan apa yang kita ada pada masa sekarang. Mudahan yang dipelihara itu juga mampu jadi sumber inspirasi dan kebanggaan buat generasi pendidik masa kini.
Tahniah @mpn_upsi Muzium Pendidikan Nasional! ❤️ @ Muzium Pendidikan Nasional, UPSI

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. menarik di muzium, harap cikgu boleh share lagi perkara-perkara menarik sebegini pada masa akan datang.

    BalasPadam