About Me

Daki Bukit Mok Cun di Kodiang, Lawa Gila Weyh View Dia!

Hari ini atas ajakan seorang rakan yang datang jauh dari Johor, maka saya memulakan misi mendaki Bukit Mok Cun di Kodiang, Kedah. Walaupun sebenarnya jarak dari rumah saya ke sana dekat saja, tapi tak pernah berpeluang lagi nak jejak kaki ke sana. Ye lah sibuk kot ke hulur ke hilir. Cuti-cuti yang free camnih baru lah ada rezeki nak cuba mendaki Bukit Mok Cun yang memang dah semakin feymes dalam kalangan pendaki bukit.


Daki Bukit Mok Cun di Kodiang, Lawa Gila Weyh View Dia!
Daki Bukit Mok Cun di Kodiang, Lawa Gila Weyh View Dia!

Misi nak pegi ke Bukit Mok Cun nih bertambah lagi ghairah bila tengok rakan-rakan kat Facebook, mula update gambar diorang kat sana. Antaranya adalah Cikgu Sharifah, Guru Kanan TVET sekolah saya dan juga Cikgu Arifah, guru sains SMK Dato Ali yang juga salah seorang Duta Guru Nadi Negara. Fuishhhhh... memang kena krabat jugak lah jawab dia!


So kami planning dari rumah nak keluar awal. Tujuan dia nak tengok matahari terbit lah.. Ala-ala naik Gunung Kinabalu gitu.. Hahahahha.. So, sebelum jam 7.00 pagi dah bertolak keluar. Memang betul lah, dekat jer dari rumah saya di Simpang Ampat, Perlis nak ke Kodiang, Kedah tu. Rasanya dalam 20 minit camtu jer.


Simpang Guar Sanji nak menuju ke Kodiang
Simpang Guar Sanji nak menuju ke Kodiang

Pekan kecil Kodiang semasa matahari baru nak terbit
Pekan kecil Kodiang semasa matahari baru nak terbit

Oh.. sebab juga saya nih kali pertama nak ke sana, maka saya pun baru lah tahu bahawa nama betul Bukit Mok Cun nih sebenarnya Bukit Kodiang. Hahahaha.. Bukit nih dapat nama Bukit Mok Cun selepas drama lakonan Erma Fatima, Mok Cun yang feymes tu.


Dalam cerita tu, kononnya Mok Cun nih berasal dari Kodiang. So, dari sana lah orang mula sebut bukit nih sebagai Bukit Mok Cun. Kalau nak guna Waze ke Maps ke, pastikan set target ke "BUKIT KODIANG" ya. Satgi silap haribulan memang tak sampai sana lah jawab dia!


Inilah dia Bukit Kodiang yang juga dikenali sebagai Bukit Mok Cun!
Inilah dia Bukit Kodiang yang juga dikenali sebagai Bukit Mok Cun!

Masuk dalam 100 meter, maka akan nampak lah tempat parking kereta untuk Bukit Mok Cun
Masuk dalam 100 meter, maka akan nampak lah tempat parking kereta untuk Bukit Mok Cun

Sampai jam 7.30 pagi tu kami terus daki. Sebab awal, jadi orang pun tak lah ramai sangat. Selesa sket nak mendaki. Tapi baru naik sket pun dah rasa semput. Hahahaha.. Warming up apa pun tak. So better panaskan badan lah dulu sket sket ya, supaya badan tu ready nak mendaki.

Actually Bukit Mok Cun nih tak lah tinggi sangat. Cuma 140 meter saja. Tapi laluan dia sangat curam. Huhuhuhu.. Itu yang buat penat tu untuk yang kurang fit lah. Pastu lagi satu laluan dia tak cun macam bukit yang saya pernah daki sebelum nih. So bila baru nak cari tempat nak pijak apa lah semuanya, tu yang rasa penat sket lah. Dikatakan 90% adalah pendakian batu (rock climbing). Haaaa...


Selamat mendaki katanya
Selamat mendaki katanya

Laluan berbatu di Bukit Mok Cun
Laluan berbatu di Bukit Mok Cun

Best bau oksigen yang menebal kat dalam tempat hutan camnih
Best bau oksigen yang menebal kat dalam tempat hutan camnih

Berehat sekejap untuk kali ke-tujuh... Hahahahhaa
Berehat sekejap untuk kali ke-tujuh... Hahahahhaa

Beberapa tempat kena daki guna bantuan tali. Seperti yang saya cakap tadi, laluan dia memang jenis yang curam. So kekuatan tangan juga diperlukan di sini. Tali pun berpintal-pintal, memang sangat membantu lah untuk naik ke atas lagi. Pastikan juga anda pakai kasut yang selesa dan juga sesuai untuk mendaki bukit.

Tapi dalam banyak-banyak lokasi, ada satu lokasi yang paling perghhhh.. taktau nak cakap. Dia punya curam sampai 90 darjah! Hahahahhaa.. Kena daki naik pakai tangga merah, yang diorang sebut Tangga Bomba.


Sikit lagi nak 90 darjah weyh
Sikit lagi nak 90 darjah weyh

Tangga Merah aka Tangga Puaka
Tangga Merah aka Tangga Puaka

Giler.. part nih memang ngeri gila lah. Memang rasa gayat habih. Beberapa kali saya lap tapak tangan supaya kering dan senang nak pegang. Yang lebih dahsyat, ada part nak sampai hujung-hujung tu, kita kena bergerak langkah ke kiri sket, untuk ke next stage. Huiyoooo.. gayat oiiiiiii!


Memang bergantung harap pada tali yang disediakan saja. Tangan nih dok meraba cari dahan pokok yang lebih kukuh untuk saya berpaut. Rasa kelakar pulak kalau saya pikir. Yang kecik-kecik tu dua tiga kali pikir, takut tak dapat nak menampung berat badan saya yang dah over nih. Hahahahaha..


Pit Stop 1 untuk yang tak mau naik Tangga Merah
Pit Stop 1 untuk yang tak mau naik Tangga Merah

Tapi alhamdulillah, semuanya dapat diatasi dengan baik. Sikap berhati-hati tu sangat lah diperlukan. Kekuatan fizikal tu lagik laah. So kena fit juga lah ya kalau nak pergi.

Dan nikmatnya bila dah bersusah payah, berpeluh habis semua baju seluar, selepas lebih kurang 30 minit pendakian, maka tibalah kami di puncak kejayaan. Hahahahhaa..


View dari atas Bukit Mok Cun nih, SubhanaAllah.... lawa gila baq ang orang Kedah cakap! Dah lah memang sekarang nih musim padi tengah menghijau, perghhhhhhh.... saujana mata memandang! Petak-petak sawah padi tu sangat lah amazing omputih kata. Tengok sendiri kat bawah naa..


Lawa gila kan view dari atas Bukit Mok Cun nih? Macam lukisan!
Lawa gila kan view dari atas Bukit Mok Cun nih? Macam lukisan!

Lawa gila kan view dari atas Bukit Mok Cun nih? Macam lukisan!
Lawa gila kan view dari atas Bukit Mok Cun nih? Macam lukisan!

Jom kita selfie sket atas Bukit Mok Cun
Jom kita selfie sket atas Bukit Mok Cun

Posing ala ala bertekuk lutut. Padahal gayat weyh nak berdiri
Posing ala ala bertekuk lutut. Padahal gayat weyh nak berdiri

Happy dapat naik Bukit Mok Cun sampai pejam mata mata
Happy dapat naik Bukit Mok Cun sampai pejam mata mata

Oleh kerana kawasan paling strategik untuk bergambar tuh kecik saja, maka kami pun bergilir-gilir lah ambik giliran ya. Mujor lah datang awal, so tak lah ramai sangat atas tu. Bila dah bergambar apa semua, ada beberapa group lagi yang datang.

Time saya pegi tuh, tiba-tiba jugak hujan lah sket. Renyai-renyai. Mujor sekejap saja. Sebab kalau lah lama, pasti basah kuyup, dengan bawak handset apa semua bagai. Tapi lagi mengerikan batu-batu tadi tu, mesti licin gila kan?


Kawasan kecik nih lah dok bergilir ambik gambar

SubhanaAllah pemandangan Bukit Mok Cun yang sangat indah!
SubhanaAllah pemandangan Bukit Mok Cun yang sangat indah!

Kalau lewat sket nanti dah makin ramai yang ada kat atas tu
Kalau lewat sket nanti dah makin ramai yang ada kat atas tu


Actually ada satu lagi aras untuk naik tengok view yang sebelah satu lagi. Tapi dari perbualan, katanya lebih mencanak dia naik, dengan kekuatan tangan sangatlah diperlukan. Huhuhu.. Saya kata takpa lah, next time jer lah yer.

Bila dah mula panas balik, kami mulakan misi nak turun semula. Omaigod. Part yang naik 90 darjah tadi tulah yang jadi part yang susah nak turun. Jenuh saya pikir camna gaya nak turun, sebab takdek orang turun lagi sebelum kami.



Mujor ada adik nih sorang yang tunjuk step turun ikut belakang. Hahahah.. Actually dia pun baru try-try, so saya follow sajalah sebab nak turun kot depan lagi nampak macam mustahil. Memang mencabar sungguh weyh. Rasa macam menyesal pulak naik. Hahahahha

Alhamdulillah, bila dah sampai ke Tangga Bomba yang warna merah tadi, saya rasa dah OK dah sket. Sebab dia ada tali dan tangga. So pendakian turun diteruskan sampai lah ke bawah. Selamat!


Muka sangat bangga sebab dah turun dari laluan sukar Bukit Mok Cun
Muka sangat bangga sebab dah turun dari laluan sukar Bukit Mok Cun

So jumlah masa spend semua dari mula naik, berhenti penat, lepak tangkap gambar, turun balik dari Bukit Mok Cun tu dalam 2 jam jugak lah. Pendakian naik atau turun tu tak lah lama sangat. Tapi spend masa kat atas tangkap gambar tu yang lama gila. Hahahhahaha.. Penat woi naik tinggi-tinggi, pastu korang naik sekejap saja.

Untuk yang nak mendaki Bukit Mok Cun nih, saya share sket tips dan keperluan lain yang anda kena bawak kalau berhajat nak daki bukit tu yer.

1. Naik awal tak kalut
2. Bawak selfie stick juga untuk tangkap gambar lawa-lawa
3. Yang jenis tapak tangan halus suci murni tu, bawak ler sarung tangan supaya tak calar-calar tapak tangan awak tu
4. Beg backpack tu isi ler air ke roti ke sket, kot-kot lapar
5. Kutip sampah kalau ada jumpa
6. Standby plastik untuk nak simpan handset kalau pegi musim kerap hujan


Pemandangan sekitar Bukit Mok Cun yang lawa
Pemandangan sekitar Bukit Mok Cun yang lawa

Abam acah catwalk di celah batas bendang
Abam acah catwalk di celah batas bendang

Abam acah merenung di tengah batas bendang
Abam acah merenung di tengah batas bendang

Dan nasihat paling agung sekali, yelah, kalau nak view yang lawa macam nih masa padi tengah menhijau, kena timing elok-elok lah bila masa nak daki tu. Kalau yang datang dari jauh tu, cuba recce-recce dengan kawan-kawan anda yang berada berdekatan, supaya tau padi tengah musim apa. Sebab view dia akan bergantung dengan musim padi. Tengah hijau ka, kuning ka, atau tengah warna coklat!

Ok. So untuk yang nak mendaki Bukit Mok Cun nih, saya sangat recommend. 5 bintang saya bagi untuk nikmat viewnya yang sangat marvelous! Nanti nak try musim tengah kuning dan coklat plak untuk view yang berbeza.. Kan? So, sapa nak join saya pasnih?




Catat Ulasan

0 Ulasan