About Me

5 Kontroversi Yang Berkait Dengan CERN

Sebenarnya secara peribadi, semasa saya nak mencari maklumat yang berkaitan CERN kerana terpilih bagi program guru antarabangsa di CERN, amatlah sukar saya nak jumpa maklumat yang membantu. Banyak yang saya jumpa, adalah teori konspirasi yang berkaitan dengan CERN.


Apatah lagi apabila melibatkan teknologi-teknologi yang belum terjangkau manusia biasa,  dengan banyak perkara yang tak difahami dan disembunyikan, maka banyak lah cakap-cakap yang bukan-bukan boleh timbul. Antaranya adalah:


1. Portal ke neraka / dimensi lain
Penggunaan perkataan CERN dikatakan diambil daripada nama dewa Cernunnos, dewa kesuburan dengan rupa bertanduk rusa yang dikaitkan dengan Baphomet, iaitu dewa penting dalam okult pemujaan syaitan. 


CERN membuka portal kepada dunia asing
CERN membuka portal kepada dunia asing

Apatah lagi, jika diperhatikan simbol yang digunakan oleh CERN, adalah dikatakan menyerupai simbol 666, nombor yang dikatakan sangat sinonim dengan nombor syaitan.



2. Pintu masuk Dajjal
Aktiviti yang mencurigakan di CERN juga menyebabkan ada sesetengah orang berpendapat bahawa CERN boleh menghasilkan portal bagi membawa masuk Dajjal dan entiti yang seumpamanya. Seperti travel port, maka tenaga tinggi tersebut tentu boleh saja membuka portal masuk kepada perkara yang tidak disangka. 



3. Dewa Pemusnah Shiva
Jika anda perhatikan, memang terdapat satu Replika Patung Dewa Shiva yang diletakkan di laman kompleks CERN. Bagi sesetengah orang, replika ini hanyalah sekadar satu lagi hasil seni yang telah dihadiahkan oleh negara India kepada CERN, tetapi bagi sesetengah orang, simbol Dewa Shiva menari ini memberikan petanda kehancuran dunia. 


Patung Shiva dengan tarian Nataraja
Patung Shiva dengan tarian Nataraja

Malah ada juga kejadian seperti penyembahan patung tersebut yang ditangkap melalui rakaman video. Tetapi kemudiannya dinafikan oleh pihak CERN dengan mengatakan itu hanya lah sekadar suatu gurauan dan juga aktiviti berseronok yang dilakukan oleh sebahagian peserta kem musim panas. 



4. Mesin Percepat Kiamat
Dengan eksperimen yang berskala besar dan menggunakan tenaga yang sangat tinggi, maka CERN juga dikatakan mesin yang dapat mempercepatkan lagi berlakunya kiamat. Apatah lagi cubaan menghentam zarah-zarah dengan harapan dapat meniru semula fenomena Big Bang didapati boleh memberikan kesan berbeza. 



5. Misi Mencabar Tuhan

Antara eksperimen yang dijalankan di CERN juga adalah perlanggaran zarah, yang dikatakan mensimulasikan fenomena The Big Bang, asal usul penciptaan alam semesta dan cubaan mengambil alih penciptaan Tuhan. 


Penemuan CERN dikatakan cubaan menghilangkan kepercayaan ketuhanan
Penemuan CERN dikatakan cubaan menghilangkan kepercayaan ketuhanan

Penemuan Higss Boson yang juga dikenali sebagai The God Particle, menimbulkan rasa kurang senang kerana perbuatan ini seolah cuba menyamai kuasa Tuhan dan cubaan menghilangkan kepercayaan manusia sejagat kepada kewujudan Tuhan. 




Walau apa pun kontroversi yang melanda CERN, Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah ini telah banyak menyumbangkan jasa kepada banyak penemuan dan penciptaan saintifik kepada dunia. 
 
Mungkin sebelum kita lebih banyak berprasangka dan terikut dengan teori konspirasi ini, boleh baca dan kenal dulu CERN dan peranannya dalam meningkatkan pengetahuan manusia dalam bidang fizik zarah.





Catat Ulasan

1 Ulasan