.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Ahad, 19 Mei 2019

Cikgu Dah Redeem Baucer Free McDonald's?

Apa pun saya nak dahulukan penulisan ini dengan ucapan, SELAMAT HARI GURU! buat semua cikgu-cikgu di seluruh Malaysia yang merupakan Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Jasa baik dan juga pengorbanan guru-guru adalah tidak terbalas dan pasti akan dikenang sepanjang zaman.

Dan jangan juga dilupakan, selepas  tarikh 16 Mei sehinggalah 20 Mei, guru-guru dah boleh mula menebus Baucer Percuma daripada McDonald's (samaada McChicken atau Filet-O-Fish) khas sanjungan buat menghargai para guru pada Sambutan Hari Guru tahun ini. 





Cikgu Dah Redeem Baucer Free McDonald's?
Cikgu Dah Redeem Baucer Free McDonald's?

Beberapa perkara boleh diperhalusi oleh pihak McDonald's bagi membolehkan hadiah ini betul-betul dapat dimanfaatkan oleh guru-guru di Malaysia. Antaranya adalah:

1. Pengedaran baucer terus kepada sekolah, memandangkan timbulnya beberapa isu seperti ada sekolah yang tak dapat baucer, baucer tak cukup untuk edaran semua guru, dan isu-isu kecil yang merosakkan mood terima hadiah.

2. Pengedaran mengikut institusi, kerana khabarnya pegawai-pegawai di PKG, PPD, BTPN JPN, IPGM dan KPM juga tidak berpeluang menerima hadiah sumbangan McDonalds ini. Abang ipar saya di Kolej Matrikulasi pun tak terima katanya, sedangkan mereka juga guru di bawah KPM.


3. Tempoh tebus baucer yang lebih panjang, terutamanya bagi guru-guru di kawasan yang sukar mendapat akses kepada Restoran McDonald's seperti yang ditulis oleh sahabat saya di Sarawak, Cikgu Jarod Yong. Boleh baca saranan beliau kat SINI.



Maklum Balas McDonald's
Alhamdulillah, dalam komitmen bersungguh pihak McDonald's dalam menyantuni guru-guru di Malaysia, beberapa persoalan telah dijawab oleh pihak McDonald's.

Antaranya adalah, tempoh tebus pada awalnya hanya lah sehari sahaja iaitu pada 16 Mei, tetapi telah dilanjutkan selama 5 hari atas pertimbangan beberapa pihak, setelah mengambil kira cuti hujung minggu dan cuti umum. Tetapi sayangnya tidak dapat dilanjutkan lagi kerana keperluan sistem.

 
Agihan baucer yang lebih telus pada masa akan datang
Agihan baucer yang lebih telus pada masa akan datang


Senarai agihan baucer juga telah diserahkan kepada PPD masing-masing mengikut senarai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, yang mana telah mengambilkira sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan.  Mungkin pihak yang berkenaan perlu lebih bertanggungjawab dan lebih teliti dalam mengagihkan baucer, mengambilkira faktor dan cabaran yang mungkin timbul. 



Terima Kasih McDonald's! Apa pun saya gembira sebab pihak McDonalds benar-benar berusaha dalam memberikan yang terbaik kepada guru-guru di negara kita. Semoga juga lebih banyak agensi lain lepas nih tampil dalam menghargai pengorbanan guru-guru kita. 



Bersama 3 orang Guru Inspirasi McDonald's 2019 semasa Sambutan Hari Guru Kebangsaan di Pulau Pinang
Bersama 3 orang Guru Inspirasi McDonald's 2019 semasa Sambutan Hari Guru Kebangsaan di Pulau Pinang

Buat guru yang dah pun menerima baucer percuma tersebut, maka boleh lah bersegera dalam berbuat demikian. Rugi tau, orang dah nak hargai, kita plak wat jual mahal. So cepat-cepat tau... Terima kasih McDonald's!

Hehehe.. saya sendiri pun belum menebus baucer percuma tersebut, tetapi pasti akan melakukannya sebelum tarikh tutup. Tengah dok pikir, nak McChicken ke, atau Filet-O-Fish. Dua-dua pun sedap!





Sabtu, 18 Mei 2019

Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan myIPO?

Baru-baru ini, selesai daripada mengikuti Sambutan Hari Guru 2019 Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, saya berkesempatan untuk berkunjung ke Pejabat myIPO Cawangan Utara di Pulau Pinang. Bagi penggiat inovasi, myIPO atau nama penuhnya Perbadanan Harta Intelek Malaysia bukanlah nama asing lagi dalam nak melindungi produk dan inovasi yang dicipta. 

 
Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan myIPO?
Bagaimana Saya Lindungi Inovasi Saya Dengan myIPO?


Disebabkan berhasrat nak mengkomersialkan inovasi terbaharu saya, maka saya rasa sangat berkeperluan untuk mendapatkan dulu perlindungan terhadap produk saya ini. Tapi, serius cakap, memang tak ada pengalaman langsung atau ilmu berkaitan dengan urusan hak cipta ka apa ka semua nih. 

Bila bertanya dengan rakan-rakan yang lain, semuanya kata mudah. Tapi tak faham-faham jugak. Maka tak nak buang masa, saya terus ke tempat yang sebetulnya untuk dapatkan maklumat tentang apa yang myIPO boleh buat dan apa yang sesuai dengan keperluan produk inovasi saya.


Lokasi myIPO Penang
Kebetulan saya daripada Kulim, maka saya terus buat carian di Google tentang myIPO Penang. Kat situ dah siap ada alamat, nombor telefon, waktu operasi dan lokasi lengkap dengan GPS yang boleh terus sambung ke Google Maps atau Waze. Lokasinya mudah, dan takdek lah susah sangat saya nak cari. Kawasan parking pun ok semasa saya berada di sana.




Sebagai persediaan, sebab saya pun tak tahu sangat apa yang kena buat dan bawa, maka saya pastikan produk inovasi saya dan juga pengenalan diri saya, seperti ic juga dibawa. Mana lah tau, boleh terus daftarkan apa yang disarankan. Boleh terus tunjuk inovasi dan ceritakan. 

 
Alhamdulillah saya bertemu dengan staf myIPO Penang yang baik dan sangat baik. Tak sempat pulak bertanya nama, tapi sangatlah membantu. Sebab dari awal lagi saya dah bagitau yang saya memang langsung takdek pengalaman dan pengetahuan tentang perkara-perkara camni. Maka diorang pun bercerita lah dengan lengkapnya. 


Jenis Perlindungan
So saya daripada apa yang saya faham dan dapat permudahkan kepada pembaca, adalah seperti berikut. Ada 4 jenis perlindungan yang anda boleh mohon daripada myIPO, iaitu:


1. Trademark (Cap Dagang)
Cap dagang nih macam brand kita lah. Sebagai contoh inovasinya tu nama "HAILMI". Jadi saya nak lindungi nama "HAILMI" tu daripada digunakan oleh pihak lain. Perlindungan  cap dagang nih boleh dalam bentuk tulisan, atau logo, atau keduanya sekali. 


Contoh cap dagangan yang popular dan tersohor
Contoh cap dagangan yang popular dan tersohor

Untuk perlindungan Trade Mark nih bayaran dikenakan RM370 untuk permohonan, dan kena tambah lagi RM650 jika permohonan diluluskan. Tiada tarikh luput, tetapi pemohon mestilah kena renew setiap 10 tahun.


2. Copyright (Hak Cipta)
Hak cipta pulak adalah perlindungan yang diberi kepada pemilik inovasi atau produk tu lah. Dan dalam tu dia ada macam-macam jenis karya yang kita boleh lindungi. Antaranya adalah sastera, seni, muzik, filem, bunyi, siaran dan terbitan. 


Hakcipta melindungi karya kreatif sang pemilik
Hakcipta melindungi karya kreatif sang pemilik

Kebanyakkan inovasi pembelajaran especially yang berkaitan dengan board semua tu, memang kat bawah kategori nih lah. Untuk kes inovasi saya, pihak myIPO mencadangkan supaya saya melindungi produk tersebut dalam 2 kategori, iaitu Sastera (bagi melindungi manual dan tulisan dalam produk) dan juga Seni (bagi melindungi grafik yang ada pada produk)

Tempoh perlindungan adalah selama-lamanya, tak perlu renew. Akan tetapi boleh luput selepas 50 tahun kematian pemiliknya. 


3. Industrial Design (Rekabentuk Industri)
Rekabentuk industri nih lebih kepada melindungi layout bentuk-bentuk yang telah di hasilkan kita. Sebagai contoh inovasi kita adalah dalam bentuk mesin, maka perlindungan ini paling sesuai untuk kita usahakan.  


Rekabentuk industi

Tempoh perlindungan adalah sekitar 25 tahun, dengan perlu renew setiap 5 tahun sekali. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM500, dengan tambahan RM200 bagi setiap view. 


4. Patent (Paten)
Perlindungan paten nih lebih kurang macam perlindungan untuk rekabentuk industri, tetapi lebih mengkhusus kepada melindungi fungsi produk tersebut. 


Patent telefon pintar iPhone
Patent telefon pintar iPhone

Yuran sebanyak RM200 dikenakan untuk pendaftaran dan tambahan RM1100 bagi kos pencarian paten. Tempoh hayat lebih kurang 20 tahun dengan setiap tahun kena renew.


Untuk maklumat lanjut tentang perlindungan yang sesuai dengan produk inovasi anda, pembaca boleh lah rujuk di laman web rasmi myIPO untuk definisi sebenar bagi setiap perkara di atas. 



Langkah Mudah Lindungi Hak Cipta

Oleh sebab produk saya lebih sesuai dilindungi Hak Ciptanya, maka saya terus dapatkan maklumat lebih lanjut tentang urusan ini. Mudah saja, saya hanya perlu follow tiga langkah mudah seperti berikut: 


1. Borang Hak Cipta
Saya dapatkan terus daripada pejabat myIPO cawangan Pulau Pinang. Siap mintak bantuan daripada pegawai yang ada untuk bantu saya isi borang supaya tak buat silap. 

Dapatkan borang dengan perlindungan hak cipta yang sesuai daripada myIPO berdekatan
Dapatkan borang dengan perlindungan hak cipta yang sesuai daripada myIPO berdekatan


2. Borang Akuan
Yang nih ambik masa sket, sebab kita kena taip dan sediakan seperti Borang Akuan yang dicadangkan. Contoh disediakan bersekali dengan Borang Hak Cipta dan templatenya berbeza mengikut pemilik (individu, berkumpulan, agensi etc) 

Dalam Borang Akuan tu akan ada nama pemilik, nama karyanya dan maklumat lain yang berkaitan. Kemudian kena dapatkan pengesahan atau cop daripada mahkamah yang berdekatan.


3. Submit borang beserta bayaran.
Lepas dah siap Borang Hak Cipta dan Borang Akuan Bersumpah tu, maka bolehlah hantar ke myIPO yang berdekatan beserta salinan karya dan juga fi (yuran) yang berkaitan. RM15 bagi pendaftaran dan RM10 lagi untuk submit dokumen. 

Dalam RM25 jumlah semuanya. Bagi kes saya yang perlukan dua perlindungan hak cipta (Sastera dan Seni) maka jumlah keseluruhan lebih kurang RM50. Murah jer kan?  

Oh ya, semua dokumen juga boleh submit melalui pos, beserta bayaran dalam bentuk Kiriman Wang atau pun Wang Pos.


Laman web rasmi myIPO Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Laman web rasmi myIPO Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Alhamdulillah, rasa sangat berbaloi luangkan masa untuk berkunjung ke myIPO Penang tempoh hari dengan penjelasan yang diberikan oleh pegawai yang ada. Saya kongsikan juga ilmu dan pengalamannya di sini supaya boleh membantu lebih ramai guru terutamanya dalam melindungi karya-karya kreatif dan inovasi mereka, sebelum dikomersialkan supaya tak diciplak dan ditiru sewenang-wenangnya.

InshaAllah jika dah selesai urusan mendapatkan Hak Cipta bagi produk inovasi saya ini, saya akan cuba kemaskini artikel ini dari masa ke semasa supaya boleh menjadi rujukan kepada semua yang berminat nak dapatkan Hak Cipta bagi produk mereka. 

Untuk itu, selamat berinovasi!







Rabu, 8 Mei 2019

Baucer McDonalds : Istimewa Untuk Guru

Wahhhh.. Berita baik kepada semua rakan-rakan guru! Tahu tak, bersempena dengan Hari Guru pada bulan ini, McDonald's Malaysia ingin mengambil kesempatan untuk menunjukkan penghargaan kepada para guru. Penghargaan yang macam mana?


Baucer McDonald : Istimewa Untuk Guru
Baucer McDonald : Istimewa Untuk Guru (kredit Facebook)

Dengan itu juga, lebih 420,000 orang guru yang mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan di bawah senarai yang didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerima baucar untuk 1 set hidangan sederhana McChicken atau Filet-O-Fish secara PERCUMA. 

Wah besttt... Kesemua baucar telah pun mula dihantar ke Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah. Malah ada rakan-rakan di Facebook yang telah pun mula mendapat baucer tersebut. Sorang satu jer tau!


Set hidangan McDonald's percuma istimewa untuk guru!
Set hidangan McDonald's percuma istimewa untuk guru!


Yang pastinya, jangan lupa untuk menebus baucar McDonald's tersebut dalam tempoh tarikh 16-20 Mei di mana-mana restoran McDonald's di seluruh negara. Masa terhad, maka kenalah cepat. Apatah lagi bulan-bulan puasa nih. Maka ambiklah sedikit masa untuk berkunjung ke restoran McDonald's yang terdekat.

 Kotak-kotak yang mengandungi lebih daripada 420,000 baucar hidangan McDonald's telah dihantar kepada kesemua Pejabat Pendidikan Daerah untuk diedarkan kepada  lebih 10, 000 sekolah di seluruh negara bersempena Hari Guru Malaysia pada 16 Mei.



Kotak-kotak baucer McDonald's untuk diedar kepada guru
Kotak-kotak baucer McDonald's untuk diedar kepada guru

Terima kasih McDonald's!
Terima kasih McDonald's!



McDonald’s Malaysia telah menghantar baucar-baucar makanan kepada Pejabat-Pejabat Pelajaran Daerah untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan di bawah senarai yang didaftarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.

So apa tunggu lagi? Jom kita pegi tebus baucer Hari Guru McDonald's!