.

.

Isnin, 25 Februari 2019

Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Untuk tajuk Sistem Peredaran Darah Manusia dalam Sains Tingkatan 3 KSSM, ada satu subtopik yang berkaitan dengan Jantung. Jadi apabila dicadangkan oleh seorang rakan mengenai aktiviti membedah jantung lembu, saya cuba sahut cabaran tersebut dengan juga niat mencari pengalaman baharu untuk berkongsi ilmu. Tajuk yang sama juga adalah bagi pembelajaran Biologi di Tingkatan 4. 


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Yang bestnya aktiviti membedah jantung lembu nih boleh terus dapat 3 perkara sekaligus, 1. sebagai aktiviti pembelajaran untuk murid, 2. aktiviti PLC dalam kalangan guru Sains, 3. LADAP bagi pembantu makmal. Serta paling penting juga memberi satu pengalaman bermakna buat saya dan semua yang terlibat!

Yer, rakan-rakan guru Sains yang lain juga excited nak ikut serta. Ketua Panitia, Cikgu Zakiah, Cikgu Noriza dan Cikgu Azimah. Ditambah juga dengan pengetua, Puan Siti Rubiah yang ditemani oleh Pegawai SISC+ Kubang Pasu, Puan Rozita serta semua Pembantu Makmal; Kak Linda, Kak Mariah dan juga Sohina. 


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Tak nak menghampakan ramai murid-murid yang dah tak sabar nak tengok jantung lembu camna, maka saya study lah sungguh-sungguh daripada Youtube. Susah betul wooo nak cari video bedah jantung lembu yang dalam Bahasa Melayu. Hampir tiada!





Maka saya ambik peluang terbaik ini juga untuk hasilkan video bedah jantung lembu untuk kegunaan murid lain, serta rakan guru yang mungkin berhajat nak buat aktiviti camni, tapi tak tahu prosedur.


Tips Guru Berpengalaman
Selain menonton video-video di Youtube, saya juga cuba dapatkan pandangan daripada rakan guru, terutamanya Cikgu-cikgu Biologi yang berpengalaman. Antara nasihat yang diberikan mereka adalah:

1. Gunakan jantung lembu yang bersaiz lebih besar, berbanding dengan jantung ayam. Kecik sangat sampai apa pun tak nampak nanti.


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

2. Perlu bedah pada bahagian jantung dengan betul. Sebab silap bedah, jantung hancur dan tak boleh nampak pun bahagian dalam jantung tu.

3. Masa tempah jantung juga, pesan dengan pakcik jual daging lembu tu jangan potong urat-urat tu rapat sangat dengan jantung. Nanti susah nak pastikan salur darah mana satu nanti.

4. Setelah kenalpasti salur darah yang berkenaan, masukkan juga air daripada satu salur darah untuk tunjukkan bahawa salur-salur darah tersebut terpisah oleh septum.




Alhamdulillah semua tips-tips nih sangat membantu saya dalam bersedia untuk menjalankan aktiviti membedah jantung lembu tersebut dengan baik. 


Booking Jantung Lembu
Jadi seminggu sebelum aktiviti dijalankan saya cuba tempah dengan pakcik jual daging lembu tempatan di pasar basah berdekatan. Pakcik nih memang baik. Katanya, kena tempah awal, sebab kalau tak, kebiasaanya mereka akan siap-siap belah untuk dibahagikan sama rata. 

Harganya bergantung kepada saiz jantung lembu. Kebetulan pula masa hari tempahan, saya dapat jantung lembu dengan saiz yang agak besar. Kosnya lebih kurang RM70. Dan seperti yang dipesan, supaya urat / salur darah tu tak dipotong dengan terlalu pendek. Thank you pakcik!


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Sampai jer di sekolah saya mohon supaya pembantu makmal, Kak Linda supaya membantu saya membersihkan jantung lembu tersebut. Bersihkan daripada darah, dan juga buang sket lemak-lemak yang menyelaputi jantung lembu tu. Lepas dah bersihkan, baru lah nampak sket jantung yang sangat sihat tu. 

Sambil menunggu murid datang, saya sempat lagi study-study video kat Youtube, bagi mengelakkan semaksimum mungkin kesilapan semasa membedah jantung tersebut. Saya juga dibantu oleh Puan Rozita, Pegawai SISC+ yang dah datang awal nak sertai bersama sesi perkongsian amalan terbaik tersebut. 


Jom Bedah Jantung Lembu!
Maka seperti yang dijanjikan operasi membedah jantung lembu pun dilakukan. Nervous juga sambil diperhatikan oleh murid 3 Arif, guru-guru Sains, pembantu makmal, pegawai SISC+ dan Pengetua. Hahhahaa.. Bismillah dari mula sampai lah ke habis.

Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Bersama anak lelaki kesayangan kelas 3 Arif

Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Bersama anak perempuan kesayangan kelas 3 Arif

Yang penting nak mula nya tu kena kenalpasti bahagian depan jantung.. Ada ditunjukkan dalam video pembedahan jantung lembu nanti ya. Gunakan pisau pembedahan yang tajam dan juga sarung tangan yang bersih ya! Ok boleh saksikan video penuh kat bawah ya..



Alhamdulillah, saya happy sangat sebab pembedahan berlangsung dengan baik sekali. Bahagian yang dipotong tu memang cun sangat tempat nya, dan bahagian dalam dapat dilihat dengan sangat jelas. Tepat kena kat septum. Hehehhehe... 

Maka saya gunakan peluang tu untuk murid melihat dengan teliti setiap bahagian jantung, termasuk perbezaan dinding jantung dan salur darah yang sesuai denagn fungsi mereka masing-masing. Semua pun happy sebab dapat tengok dengan mata kepala mereka sendiri.


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]

Disebabkan peluang rare ini bukannya selalu datang, maka saya biarkan di atas meja makmal, di samping menjemput seramai mungkin murid daripada tingkatan dan kelas lain untuk sama-sama melihat jantung lembu yang telah dibedah tersebut. 

Nampak sungguh bagaimana pembelajaran yang secara kontekstual boleh memberikan impak berbeza dan bermakna kepada murid. 


Yang penting pengalaman pada hari ini, sangat bermakna buat saya. Satu aktiviti pembelajaran untuk murid, tetapi memberi kepuasan kepada diri sendiri dan juga semoga menjadi panduan berguna buat guru lain yang juga mungkin memerlukan. Semoga bermanfaat dan membantu!






0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan