About Me

Bengkel Flipped Classroom bersama PADU

Hujung tahun nih tak sangka pula dapat peluang untuk bekerjasama dengan PADU Education untuk satu lagi inisiatif di bawah memperkasakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi  (KBAT) dalam kalangan guru-guru. Kali ini dengan menggunakan pendekatan Flipped Classroom

 
Bengkel Flipped Classroom bersama PADU
Bengkel Flipped Classroom bersama PADU


Teruja juga saya sebab ini pertama kali saya bekerjasama secara langsung dengan pihak PADU. Apatah lagi memainkan peranan utama untuk inisiatif pendidikan yang bakal diperluaskan penggunaannya pada tahun. Lagi seronok bila saya difahamkan akan digabungkan dengan beberapa guru hebat lain yang turut mempraktikkan Flipped Classroom dengan anak murid mereka.


Hari pertama di Marriott Hotel Putrajaya, kami mula diperkenalkan dengan team yang akan terlibat sepanjang tiga hari. Pasukan guru dan pegawai KPM, serta pasukan daripada PADU sendiri yang diketuai oleh Datin Rosliza. Ini dibantu oleh Puan Azrina, Mr Kenneth, Mr Dillon, Encik Fadzir dan Encik Shaifulizam. 


Datin Rosliza dapat PADU Education menyampaikan hasrat beliau daripada bengkel ini
Datin Rosliza dapat PADU Education menyampaikan hasrat beliau daripada bengkel ini

Manakala dari bahagian KPM pula, Puan Che Kemar dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang bertanggungjawab memperkenalkan Flipped Classroom kepada Prasekolah Malaysia. Huhuhu.. terkejut saya dengar. Rupanya Prasekolah lagi advance daripada peringkat lain pendidikan. 

Boleh juga dapatkan banyak maklumat tentang pelaksanaan Flipped Classroom di Prasekolah melalui blog Puan Che Kemar iaitu https://akmarjaiss.blogspot.com/


Juga dipertemukan dengan guru-guru hebat, seperti Cikgu Samuel Isaiah, Cikgu Alfean, Cikgu Husna dan juga Cikgu Izyan. Yang bestnya, latar belakang perkhidmatan kami adalah berbeza. Maka perbincangan menjadi lebih holistik dan mengambilkira banyak faktor. 


Penggunaan Flipboard daripada Samsung nih sangatlah membantu proses perbincangan kami
Penggunaan Flipboard daripada Samsung nih sangatlah membantu proses perbincangan kami

Hari kedua lebih tertumpu kepada proses shooting video berdasarkan konsep yang sudah dipersetujui pada hari sebelumnya. Alhamdulillah, perbincangan juga berjaya mencapai kesepakatan bentuk Flipped Classroom yang bakal diperkenalkan pada tahun depan. 

Disebabkan talent yang ada bukan lah profesional, maka ambik masa lah jugak untuk setiap babak. Hahahhahaha.. Tapi pengalaman yang sangat baik untuk semua! Betul lah macam yang dah disenaraikan semasa Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2016, iaitu di masa hadapan, kemahiran yang kita perlu ada, adalah kemahiran berkolaboratif dengan orang lain. Ini saya sangat setuju!


Bengkel Flipped Classroom bersama PADU

Bengkel Flipped Classroom bersama PADU

Bengkel Flipped Classroom bersama PADU

Bengkel Flipped Classroom bersama PADU


Hari terakhir disimpan untuk beberapa shot penting, atau yang perlu ditukar. Alhamdulillah tak banyak sangat masalah, bila semua dapat bekerjasama dengan baik. Saya suka sebabnya masing-masing terbuka untuk menerima pandangan daripada setiap ahli. Profesional habis! 


Pengalaman kali ini merupakan pengalaman yang sangat membuka mata saya tentang kepentingan kemahiran bekerjasama dengan orang lain. Walaupun masing-masing mahir dengan kemahiran tersendiri, namun yang penting pada akhirnya adalah dapat duduk sekali, mensepakati sesuatu perkara demi hal yang lebih penting pada masa akan datang.


Bengkel Flipped Classroom bersama PADU
Gandingan mantap daripada KPM dan PADU untuk Flipped Classroom

Secara peribadi saya sangat gembira dipertemukan dengan pasukan yang terdiri daripada mereka-mereka yang hebat-hebat belaka dan mempunyai potensi besar untuk menyumbangkan lebih banyak lagi kepada bidang pendidikan di Malaysia khususnya. Semoga inisiatif Flipped Classroom ini juga bakal menyokong kehendak dan keperluan Pembelajaran Abad ke-21. Selamat maju jaya semua!





Catat Ulasan

0 Ulasan