.

.

Isnin, 5 November 2018

Ahli Panel Forum Untuk Simposium Memperkasakan Infrastruktur ICT Bagi Zon Utara

Bahagian Pembangunan Sumber dengan kerjasama JPN Kedah telah melaksanakan Simposium Memperkasakan Infrastruktur ICT bagi Zon Utara melibatkan negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Dewan Al Farabi, BTPN Kedah. Tanpa saya duga, saya juga dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi sesi forum untuk simposium ini. 


Ahli Panel Forum Untuk Simposium Memperkasakan Infrastruktur ICT Bagi Zon Utara
Simposium Memperkasakan Infrastruktur ICT Bagi Zon Utara

Sebagai wakil suara guru, maka yang perlu saya bersedia adalah memberikan input terbaik kepada pihak kementerian dan agensi yang terlibat dalam menyediakan prasarana ICT di Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini perlu dirujuk dengan pengalaman menjalankan aktiviti pembelajaran berasaskan ICT dalam bilik darjah. 

Bagi sesi forum, saya digandingkan dengan seorang wakil daripada kementerian, seorang wakil daripada MAMPU, dan juga seorang wakil daripada TM. Moderator pula adalah daripada Bahagian Pembangunan Sumber, KPM. 


Ahli Panel Forum Untuk Simposium Memperkasakan Infrastruktur ICT Bagi Zon Utara

Bersama Encik Zahir, Penolong KPP BTPN Kedah
Bersama Encik Zahir, Penolong KPP BTPN Kedah

Bersama salah seorang panel forum, mewakili TM

Perkongsian daripada ahli panel saya rasakan dapat membantu memberi input baharu kepada peserta yang hadir. Sebab setiap satunya mewakili kelompok kumpulan yang berbeza, dengan misi dan aspirasi yang sama, iaitu bagi mengoptimumkan ICT bagi membantu meningkatkan pendidikan negara. 

Cuma sayang nya sikit sebab masa forum tu hanya sejam sahaja. Nampak macam lama, tapi bila dah masing-masing pakat bercakap, rasa macam tak cukup pulak. Tapi alhamdulillah, mana yang nak disampaikan tu dapat diberikan dengan baik inshaAllah. 

Terima kasih sekali lagi buat semua pihak yang mempercayai kebolehan dan kemahiran saya. InshaAllah kita sama-sama sumbangkan daripada bahagian masing-masing demi pendidikan negara yang lebih cemerlang. Amin!





0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan