.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Khamis, 29 November 2018

Tajuk-tajuk Bagi Sains Tingkatan 3 KSSM

Berikut adalah tajuk-tajuk bagi matapelajaran Sains Tingkatan 3 berdasarkan sukatan baharu KSSM yang digubah mengikuti DSKP Sains Tingkatan 3. Sukatan KSSM Sains Tingkatan 3 terdiri daripada 4 tema dengan 10 bab yang perlu dikuasai oleh murid.



Tajuk-tajuk Bagi Sains Tingkatan 3 KSSM
Tajuk-tajuk Bagi Sains Tingkatan 3 KSSM



BAB 1 : RANGSANGAN DAN GERAK BALAS
1.1 Sistem Saraf Manusia
1.2 Rangsangan dan gerak balas dalam manusia
1.4 Kepentingan gerak balas terhadap rangsangan dalam haiwan lain


BAB 2 : RESPIRASI
2.1 Sistem respirasi 
2.2 Pergerakan dan pertukaran gas dalam badan manusia
2.4 Adapatasi dalam sistem respirasi 
2.5 Pertukaran gas dalam tumbuhan


BAB 3 : PENGANGKUTAN
3.1 Sistem pengangkutan dalam organisma
3.5 Sistem peredaran darah dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan


BAB 4 : KEREAKTIFAN LOGAM
4.1 Kepelbagaian mineral
4.2 Siri Kereaktifan Logam
4.3 Pengekstrakan logam daripada bijihnya


BAB 5 : TERMOKIMIA
5.1 Tindak balas  endotermik dan eksotermik


BAB 6 : KEELEKTRIKAN DAN KEMAGNETAN
6.1 Penjanaan tenaga elektrik
6.4 Pengiraan kos penggunaan elektrik


BAB 7 : TENAGA DAN KUASA
7.1 Kerja, Tenaga dan Kuasa
7.2 Tenaga keupayaan dan tenaga kinetik
7.3 Prinsip Keabadian Tenaga


BAB 8 : KERADIOAKTIFAN
8.1 Sejarah penemuan keradioaktifan
8.2 Atom dan nukleus
8.3 Sinaran mengion dan sinaran tidak mengion
8.4 Kegunaan sinar radioaktif


BAB 9 : CUACA ANGKASA LEPAS
9.1 Aktiviti matahari yang memberi kesan kepada Bumi
9.2 Cuaca angkasa


BAB 10 : PENEROKAAN ANGKASA LEPAS
10.1 Perkembangan dalam astronomi
10.2 Perkembangan teknologi dan aplikasinya dalam eksplorasi angkasa lepas




Ahad, 18 November 2018

STEM untuk Pasca PT3 di SMK Tun Sharifah Rodziah

Satu lagi peluang berkongsi ilmu datang sebelum sekolah menutup sesi persekolahan tahun 2018. Kali ini datangnya dari sebuah sekolah untuk murid perempuan sahaja di Alor Star, iaitu SMK Tun Sharifah Rodziah. Jemputan datangnya daripada Ketua Panitia Sains. Tujuan utamanya adalah bagi menimbulkan minat kepada murid-murid Tingkatan 3 untuk menyertai aliran Sains pada tahun hadapan. INshaAllah!


Meriah STEM untuk Pasca PT3 di SMK Tun Sharifah Rodziah
Meriah STEM untuk Pasca PT3 di SMK Tun Sharifah Rodziah

Untuk aktiviti kali ini, melibatkan murid Pasca PT3, iaitu pelajar Tingkatan 3. Disebabkan ramai juga yang sudah mencutikan diri sendiri, maka murid daripada kelas Tingkatan 1A dan 2A juga dipelawa untuk bersama menyertai program tersebut. Program berlangsung di Surau sekolah yang cantik. Kalau tak salah saya, wakil negeri Kedah untuk pertandingan Surau tercantik sekolah menengah.


Surau dia yang lawa

Saya turut dibantu oleh beberapa orang murid saya. Memang selalu saya libatkan juga murid-murid saya sebagai bagi memberi pendedahan mereka dengan dunia luar. Berkembang sket minda.


Aktivtii pertama yang saya buat adalah perkongsian bagaimana saya bermula. Saya ceritakan juga pengalaman saya belajar dalam aliran Sains. Bagaimana strugglenya saya semasa belajar Kimia di USM, dan bagaimana saya keluar daripada kesusahan itu untuk akhirnya jadi Cikgu Kimia! Hahahahha..

 
Meriah STEM untuk Pasca PT3 di SMK Tun Sharifah Rodziah
Perkongsian pengalaman belajar dalam aliran Sains.. hahahhaha


Dari sana saya sambung dengan pengalaman saya menjadi guru di Sarawak, berpeluang ke Korea untuk pertukaran guru dan akhirnya ke Amerika Syarikat, negara yang saya tak pernah pun impikan. Semuanya berkaitan dengan Sains. Mudahan kisah inspirasi itu menjadi suntikan motivasi kepada adik-adik kat sini.


Tak menarik kan kalau dengar saya bercakap saja. Maka aktiviti kedua adalah hands on yang menggunakan pendekatan STEM, pembelajaran berasaskan projek. Aktiviti yang sama telah saya jalankan dengan anak murid saya, iaitu Kereta Belon. Menarik kan?


Meriah STEM untuk Pasca PT3 di SMK Tun Sharifah Rodziah

Meriah STEM untuk Pasca PT3 di SMK Tun Sharifah Rodziah

Meriah STEM untuk Pasca PT3 di SMK Tun Sharifah Rodziah

Meriah STEM untuk Pasca PT3 di SMK Tun Sharifah Rodziah
Perkongsian rakan guru Sains di SMK Tun SHarifah Rodziah

Memang best tengok kreativiti budak-budak perempuan kat sini. Macam-macam idea mereka keluar, walaupun pada mula-mulanya macam susah la, payah la.. tapi akhirnya semua datang dengan idea dan pengetahuan yang sangat membantu. Tahniah!!


Saya hadiahkan juga buku novel Sainslah 2 kepada setiap ahli yang menang bagi pertandingan kereta belon nih. Jarak paling jauh mereka dapat catatkan adalah 20 kaki. Hehehhe.. ada yang berani lawan?


Pemenang cabaran STEM hari nih
 
Senarai buku Cikgu Hailmi kalau berminat nak beli

Akhirnya, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Tun Sharifah Rodziah atas jemputan perkongsian dengan adik-adik di sini. Semoga kisah inspirasi dan juga aktiviti STEM ini mampu menyuntik minat mereka mendalami dunia Sains dengan lebih hebat lagi pasnih.





Sabtu, 17 November 2018

Sembang Santai Guru Cemerlang di Keriang Hill Resort

Baru-baru nih saya mendapat jemputan daripada Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu bagi sesi perkongsian untuk sesi retreat mereka. Hebat! Sesi retreat mereka berlangsung di Keriang Hill Resort, dengan misi 'bekerja' dengan konsep santai sambil bercuti. Best kan?


Sembang Santai Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu di Keriang Hill Resort
Sembang Santai Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu di Keriang Hill Resort

Dah lah Keriang Hill Resort nih, tengah viral sebab drama "Lelaki Kiriman Tuhan", maka saya ambil peluang juga untuk meninjau kawasan sekitar. Memang lawa weyh! Suasana kampung sangat, dengan kawasan sekeliling penuh sawah padi, dan berlatarbelakangkan Gunung Keriang yang cantik! Perfect weyh.. 


Sebab Majlis GC SBPI Kubang Pasu nih hanya terdiri daripada 7 orang ahli sahaja, maka perkongsian berlaku di sebuah rumah. Saya kongsikan apa yang saya dah buat dan capai sepanjang bergelar guru 12 tahun ini. Saya kongsikan juga bagaimana saya uruskan masa dan dalam masa yang sama terbitkan buku sendiri. Termasuk juga bagaimana saya dokumentasikan semua benda yang saya buat supaya lebih teratur dan senang nak cari nanti.


Sembang Santai Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu di Keriang Hill Resort
Sembang Santai Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu di Keriang Hill Resort

Sesi dua jam tersebut berlangsung macam sembang santai saja. Cukup rileks, dan semuanya lebih selesa dan terbuka. Syok betul bila kita bercakap dengan orang yang sama-sama cara berfikir nih. 

Harapan saya semoga juga perkongsian ini memberikan input berguna buat sesi retreat mereka, bagi mendapatkan idea yang lebih segar dalam menjalankan aktiviti / program peningkatan akademik di sekolah nanti. Selamat maju jaya!





Jumaat, 9 November 2018

Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Rompin

Program yang ini memang datang tanpa diduga. Sebab pada hujung tahun, menjelang Oktober dan November, biasanya saya memang dah off program ceramah sebab nak bagi laluan fokus kepada murid di sekolah yang nak SPM. Tapi disebabkan hari perkongsian yang tak mengganggu, iaitu pada hari Jumaat, dan jemputan pula datang daripada seorang kenalan, iaitu Encik Kamil Hakimi.


Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Rompin

Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Rompin

Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Rompin

Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Rompin

Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Rompin

Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Rompin

Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Rompin

Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Rompin


Walaupun dirancang dalam masa yang sangat singkat, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Selesai menjalankan perkongsian, saya terus bergerak ke Rompin untuk pulang ke Kedah dengan menggunakan bas. Ada baki satu hari lagi untuk saya berehat. Semoga perkongsian menjadi inspirasi kepada rakan guru Sains di daerah Rompin ini. 





Isnin, 5 November 2018

Ahli Panel Forum Untuk Simposium Memperkasakan Infrastruktur ICT Bagi Zon Utara

Bahagian Pembangunan Sumber dengan kerjasama JPN Kedah telah melaksanakan Simposium Memperkasakan Infrastruktur ICT bagi Zon Utara melibatkan negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Dewan Al Farabi, BTPN Kedah. Tanpa saya duga, saya juga dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi sesi forum untuk simposium ini. 


Ahli Panel Forum Untuk Simposium Memperkasakan Infrastruktur ICT Bagi Zon Utara
Simposium Memperkasakan Infrastruktur ICT Bagi Zon Utara

Sebagai wakil suara guru, maka yang perlu saya bersedia adalah memberikan input terbaik kepada pihak kementerian dan agensi yang terlibat dalam menyediakan prasarana ICT di Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini perlu dirujuk dengan pengalaman menjalankan aktiviti pembelajaran berasaskan ICT dalam bilik darjah. 

Bagi sesi forum, saya digandingkan dengan seorang wakil daripada kementerian, seorang wakil daripada MAMPU, dan juga seorang wakil daripada TM. Moderator pula adalah daripada Bahagian Pembangunan Sumber, KPM. 


Ahli Panel Forum Untuk Simposium Memperkasakan Infrastruktur ICT Bagi Zon Utara

Bersama Encik Zahir, Penolong KPP BTPN Kedah
Bersama Encik Zahir, Penolong KPP BTPN Kedah

Bersama salah seorang panel forum, mewakili TM

Perkongsian daripada ahli panel saya rasakan dapat membantu memberi input baharu kepada peserta yang hadir. Sebab setiap satunya mewakili kelompok kumpulan yang berbeza, dengan misi dan aspirasi yang sama, iaitu bagi mengoptimumkan ICT bagi membantu meningkatkan pendidikan negara. 

Cuma sayang nya sikit sebab masa forum tu hanya sejam sahaja. Nampak macam lama, tapi bila dah masing-masing pakat bercakap, rasa macam tak cukup pulak. Tapi alhamdulillah, mana yang nak disampaikan tu dapat diberikan dengan baik inshaAllah. 

Terima kasih sekali lagi buat semua pihak yang mempercayai kebolehan dan kemahiran saya. InshaAllah kita sama-sama sumbangkan daripada bahagian masing-masing demi pendidikan negara yang lebih cemerlang. Amin!