.

.

Ahad, 2 September 2018

Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi

1 September yang lalu saya berkesempatan untuk membuat perkongsian di sebuah sekolah SABK di Yan, Kedah iaitu SMA Fauzi. Ini adalah kunjungan kedua saya ke sekolah ini, selepas kali pertama pada tahun 2016 bagi tujuan Teknik Menjawab Soalan Sains PT3. Sekolah kecil molek, tetapi muat untuk menampung anak-anak murid yang hebat.


Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi
Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi


Kedatangan saya disambut mesra oleh tuan pengetua, langsung diajak ke kantin bagi sarapan pagi. Walaupun perut dah penuh terisi sebelumnya, bagi tidak menghampakan hajat tuan rumah, maka saya alas juga perut dengan dua biji kuih. Seterusnya dibawa ke bilik mesyuarat yang cukup memuatkan lebih kurang 40 orang guru.

Tanpa membuang masa maka saya teruskan mulakan perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 saya di sini. Saya kongsikan pengalaman-pengalaman saya sepanjang menjadi guru pertukaran di Korea, dan juga pengalaman berkursus di Indonesia dan juga Amerika Syarikat bagi membuka mata dan minda guru-guru di SMA Fauzi, betapa perlunya untuk kita melakukan transformasi pendidikan. Dan transformasi paling utama itu adalah transformasi yang bermula daripada diri sendiri!

Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi

Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi


Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi


Seterusnya saya sambung dengan 'soul' di sebalik Pembelajaran Abad ke-21 dan bagaimana saya melakukannya di bilik darjah. Saya kongsikan juga beberapa masalah yang saya hadapi sepanjang melaksanakan PAK21 di sekolah serta bagaimana saya menangani isu tersebut dengan sebaiknya. 

Akhir sekali saya kongsikan juga apa impak yang diperolehi kepada anak murid saya, yang juga kemudiannya terus memotivasikan  saya untuk terus melakukan yang terbaik kepada mereka. Impak ini termasuklah pada perubahan sikap mereka, pencapaian akademik dan bagaimana PAK21 telah mengubah mereka menjadi independent learner


Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi


Alhamdulillah dengan semua perkongsian berlangsung selama hampir 3 jam, saya berharap dapat memberi inspirasi dan semangat kepada rakan guru di SMA Fauzi ini bahawa sudah tiba masanya kita lakukan transformasi kepada cara murid kita belajar. INshaAllah semoga usaha kecil ini mampu memberi impak besar kepada kemenjadian murid di sini. Amin!



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan