About Me

Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018

Karnival STEM Kedah tahun 2018 yang berlangsung di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara dengan meriah sekali. Kalau dulunya dikenali sebagai KaSTeK, penjenamaan semula kepada Karnival STEM juga disertai dengan pelbagai bentuk pertandingan yang lebih up to date dan menarik. 


Kemeriahan Karnival STEM Kedah 2018
Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018

Untuk kali ini, saya terlibat bersama-sama Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) bagi membuka booth bagi mempromosikan lagi STEM bersama-sama Encik Syarizal. Selain daripada edaran dan brosur, token-token KPM berkaitan STEM juga dibawa bersama.

Bagi memeriahkan lagi booth STEM tersebut, maka saya cadangkan supaya aktiviti mudah STEM dijalankan di sana. Takkan nak bagi hadiah free jer kan? Heheheh.. Setelah dipersetujui, maka saya jalankan aktiviti Rotocopter pada hari pertama, dan Hoop Glider pada hari kedua dengan dibantu oleh dua orang murid saya. 

 
Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018
Pertandingan Teknologi Hijau


Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018
Pertandingan Inovasi

Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018
Pertandingan Solar Cooker

Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018
Pertandingan Solar Car

Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018
Pertandingan STEM Action Song


Alhamdulillah sambutan daripada pengunjung sangat mengalakkan, terutamanya pada hari Hoop Glider dijalankan. Meriah tengok murid-murid dok bermain Hoop Glider di sepanjang karnival berlangsung. Wajib buat, baru dapat hadiah. Sekali dengan Hoop Glider tu jadi hadiah untuk depa.

Pengalaman kali nih menarik. Selain daripada dapat bertemu dengan ramai kalangan guru Sains dari seluruh pelosok Kedah, saya juga berpeluang untuk buat sesuatu dengan anak murid, terutamanya murid sekolah rendah. 


Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018

Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018

Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018

Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018

Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018

Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018


Dan saya yakin, mereka ini lah yang jika didedahkan dengan baik kepada bidang STEM, boleh mendatangkan minat dan keghairahan pada mereka ketika dewasa nanti. 




Catat Ulasan

0 Ulasan