.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Khamis, 27 September 2018

Puisi Guru Kimia : Aku Jadual Berkala

Saya tertarik dengan nukilan puisi guru oleh seorang guru Kimia yang cukup aktif membuat perkongsian ilmu dalam group telegram Cikgu Kimia Kreatif, iaitu Cikgu Shehdi. Ditulis dengan menggunakan laras bahasa Kimia, tersenyum saya membacanya.

Puisi kimia oleh Cikgu Shehdi, Aku Jadual Berkala

Mesejnya sampai, dan yang penting cukup kreatif sebab dikaitkan dengan kimia. Saya kongsikan di sini untuk tatapan cikgu Sains dan Kimia yang lain juga.



PUISI AKU JADUAL BERKALA

Di mana duduknya aku
Sebagai seorang guru
Di dalam Jadual Berkala itu....

177 unsur tersusun rapi
Asas yang kukuh rintisan Dimitri
Tertib menaik jisim atom dikaji
Ruang kosong ditinggal buat yang belum ditemui
Konsep nombor atom idea cetusan Moseley

Sesuaikah aku seorang guru
Sebagai unsur kumpulan satu
Logam alkali nama gelaran
Sifat berubah menuruni kumpulan
Lembut bahasa di kelas hadapan
Bertukar garang bersama kelas belakang
Lantaran sikap pelajar yang suka berdendang
Ibarat litium dengan air memberi tindak balas perlahan
Umpama seketul kalium dengan air bisa menjadi punca kebakaran
Mampukah aku membuat penyesuaian
Dalam menongkah arus perubahan dunia pendidikan..

Atau
Biar aku menjadi gas adi
Neon argon kripton xenon nama diberi
Di kumpulan 18 megah berdiri
Tetapi lengai secara semulajadi
Petala valens telah lengkap diisi
Tidak perlukan sesiapa di sisi
Selesa hidup sendiri tanpa perlu terima elektron atau tanpa perlu berkongsi
Mungkin tidak.. kerana aku punyai visi
Mendidik kalian demi pertiwi
Sahabat sahabat guru perlu berada di sisi
Saling membantu dan menyokong sesama sendiri
Terus mendidik menabur bakti

Atau
Unsur kumpulan 17 lebih bersesuaian
Unsur halogen nama timangan
Molekul dwi atom yang berpasangan
Berbau sengit, beracun dan arus elektrik tidak dialirkan
Tidak sesuai... kerana di dalam kelas aku berseorangan yang mengajar kalian
Tanpa pasangan tanpa tuan pengetua sebagai peneman

Mungkin
Biar aku menjadi unsur peralihan
Duduk di tengah tengah diapit di kiri dan kanan
Banyak sifat istimewa dengan pelbagai pilihan
Seperti ferum yang punyai 2 nombor pengoksidaan
Ibarat kobalt yang berwarna merah jambu dalam larutan
Tanda ion ion unsur peralihan menunjukkan kehadiran
Begitulah seorang guru perlu menyesuaikan
Sifat sifat istimewa perlu ditonjolkan
Demi mempelbagaikan aktiviti pembelajaran

Namun
Biarlah aku hanya menjadi
Unsur karbon yang jarang dikaji
Arang yang hitam legam kadang dibenci
Intan berlian berkilau yang dipuji
Sebagai lilin yang menyalakan api
Membakar diri sendiri untuk menerangi
Kehidupan dan masa depan pelajar yang disayangi
Aku tidak akan pernah berhenti
Menabur bakti yang luhur dan murni


Kredit : Cikgu Shehdi



Buat Cikgu Shehdi, tahniah sebab dapat hasilkan karya kreatif yang penuh bermakna. Semoga Allah kurniakan lebih banyak idea kreatif bagi dikongsikan dengan lebih banyak guru-guru. Tahniah!



Isnin, 24 September 2018

Senario Industri dan Kerja Masa Akan Datang : Bersediakah Kita?

Fenomena Revolusi Industri 4.0 yang melanda kita pada masa sekarang secara tak langsung juga menuntut perubahan dan transformasi kepada bidang pendidikan kita. Cara murid belajar dan guru mengajar juga haruslah dipastikan selari dengan keperluan industri, dalam menyediakan murid dengan kemahiran abad ke-21 yang mereka perlukan pada masa akan datang. 


Senario Industri dan Kerja Masa Akan Datang : Bersediakah Kita?
Senario Industri dan Kerja Masa Akan Datang : Bersediakah Kita?

Dalam hal sebagai seorang pendidik yang perlu terkehadapan, maka antara laman yang sering menjadi rujukan saya dalam menyediakan murid saya dengan masa akan datang mereka adalah https://www.weforum.org/ yang saban ketika mengeluarkan laporan-laporan bermakna yang boleh menjadi indikator kepada keperluan industri dan bagaimana dunia kita akan bergerak pada masa akan datang. 

Justeru itu, maklumat penting seperti ini adalah sangat diperlukan ke arah melahirkan murid yang kompetitif dan berkemahiran tinggi sesuai pada masa bila mereka diperlukan sebagai pekerja dalam industri akan datang. 


"Future Scenarios and Implications for the Industry"
"Future Scenarios and Implications for the Industry"

Saya tertarik dengan satu laporan yang dikeluarkan oleh laman web ini bertarikh 5 Jun 2018, iaitu bagi tajuk "Future Scenarios and Implications for the Industry". Cikgu-cikgu boleh download secara percuma laporan lengkap melalui laman web asal di SINI.

Secara ringkasnya, ada 3 senario yang diramalkan mungkin akan melanda dunia dan  industri pada masa akan datang, iaitu


Senario 1 : Dunia Virtual
Era di mana semua orang dan benda akan terkait dengan dunia virtual dalam segenap aspek kehidupan. Sistem pintar dan juga robotik akan turut menguasai bidang pembinaan. 

Implikasinya:
1. Mobiliti asset bagi tempat tinggal, rekreasi dan penumpang
2. Sistem pintar dan robot akan tergabung dengan IU 
3. Pembikin software akan menguasai
4. Kemunculan bisnes baharu berkaitan data dan perkhidmatan

*IU = Infrastruktur and Urban Development Industry



Senario 2 : Kilang Menguasai Dunia
Masyarakat yang didominasi oleh kumpulan korporat menggunakan pelbagai prefabrication dan juga modularization untuk menghasilkan struktur yang jimat kos. 

Implikasinya:
1. Peningkatan industri pembinaan dan komersial
2. Prefabrikasi dan penghasilan secara besar besaran
3. Pembekal beroleh keuntungan
4. Peluang perniagaan baharu



Senario 3 : Reboot Teknologi Hijau
Dunia yang sarat dengan konflik berkaitan dengan sumber mentah dan perubahan iklim menuntut kepada kaedah pembinaan yang lebih mesra alam dan juga menggunakan bahan yang sustainable

Implikasinya:
1. Kelestarian perlu diberi keutamaan
2. Teknologi baharu dengan kesan minima kepada persekitaran
3. Keperluan kepada maklumat mendalam mengenai bahan
4. Peluang perniagaan baharu berteraskan persekitaran dan kitarsemula


Jadi ini disertakan juga beberapa cadangan yang dikemukakan kepada para pendokong industri bagi mempersiapkan diri dengan dunia masa akan datang berasaskan kepada tiga senario yang diramalkan.


Persediaan bagi menghadapi industri akan datang
Persediaan bagi menghadapi industri akan datang

Untuk bacaan lanjut boleh teruskan baca di SINI

Kesimpulannya, senario yang diberikan ini mampu memberikan kita sedikit idea bagi bersedia dengan perubahan masa akan datang. Sebagai pendidik, amat wajarlah jika kita sentiasa bersedia untuk bergerak secara dinamik ke arah mempersiapkan anak murid kita dengan kemahiran yang diperlukan mereka pada masa akan datang.






Jumaat, 14 September 2018

4 Langkah Mudah Beli Insuran Untuk Travel

Ini pertama kali saya beli insuran untuk travel. Selaku kakitangan awam, sebenarnya kita berkelayakan untuk mohon perlindungan insuran daripada kerajaan bila kita buat perjalanan ke luar negara. Tetapi, kelayakan nya hanya sekali saja setahun. Maka buat yang kerap travel berkali-kali, maka kena lah beli insuran sendiri. 


4 Langkah Mudah Beli Insuran Untuk Travel
4 Langkah Mudah Beli Insuran Untuk Travel

Buat yang bertanya kenapa kena beli insuran untuk travel nih, saya bagi beberapa kelebihan dan perkara yang kita kena fikirkan bersama. Pertama, kes kehilangan luggage / beg duit. Kedua, kemalangan atau kecederaan semasa di luar negara. Ketiga, berlakunya bencana alam di negara yang kita pergi. Dan ada pelbagai lagi situasi. Jadi, sebagai langkah berjaga, insurans adalah jalan terbaik!

Masa saya survey untuk beli insuran untuk travel nih, saya buat carian seperti biasa di Google. Tapi yang paling menarik perhatian saya adalah daripada AIG. Saya pilih AIG sebab laman web dia dan antaramuka yang digunakan memang sangat mesra pengguna dan mudah. Senang faham, walaupun saya pertama kali nak gunakan khidmat tu. Saya share sket apa yang saya lakukan seterusnya, sampai siap beli semua. 



Langkah 1 : Trip Details


1. Trip Details
Nampak tak? Mudah giler kan? Pilih saja mana destinasi yang anda nak pergi, letak tarikh travel dan seterusnya pilih untuk individu atau kumpulan. Pastu tekan butang GET A QUOTE, maka terpampanglah pakej-pakej yang ditawarkan dengan kemudahan dan keistimewaan yang seperti yang anda hajatkan.


Langkah 2 : Select Plan

2. Select Plan
Untuk langkah kedua, anda diberi beberapa pilihan pakej yang sesuai dengan kemampuan dan keistimewaan yang ditawarkan. Anda boleh buat sendiri perbandingan dan pilihan yang sesuai dengan anda dan keperluan. 

Semasa saya melayari laman web ini pada 14 September 2018, harga insuran untuk travel adalah seperti berikut:

Deluxe : RM65.00
Standard : RM39.00
Basic : RM26.00

Dan saya pilih pakej STANDARD yang sesuai dengan apa yang saya nak dan apa yang insuran tu boleh tawarkan. Harga pun tak lah mahal sangat.
 
Langkah 3 : Traveller Details
Langkah 3 : Traveller Details



3. Traveller Details
Selepas memilih pakej yang sesuai dengan anda, maka langkah ketiga adalah memasukkan maklumat penting mengenai pengembara tersebut. Maklumat yang diminta, maklumat asas sahaja. Tapi kalau yang beli untuk berkumpulan tu, kena ready lah dengan maklumat ahli keluarga yang lain tu jugak.  Senang urusan nanti.
 

4. Payment
Langkah terakhir adalah dengan membuat bayaran. Anda boleh pilih samada mengunakan kredit kad atau pun debit kad. Proses pembayaran juga mudah dan tidak mengambil masa yang panjang.

Pakej Standard + stamp duty (RM10.00) = RM49.00

Bagi 5 hari perjalanan dengan RM49 saya rasa satu pelaburan yang menguntungkan. Bak kata orang tua dulu, sediakan payung sebelum hujan.


4 Langkah Mudah Beli Insuran Untuk Travel
Yes! Dah beli insuran untuk travel

Lepas buat bayaran, maka akan keluar satu page yang menunjukkan nombor polisi anda dan juga untuk cetak. Cetak lah satu untuk simpanan anda bawa ke luar negara supaya senang nak rujuk nanti.  Ada juga disertakan nombor telefon yang anda boleh hubungi jika berlaku apa-apa.

Semoga perkongsian ini membantu rakan guru yang lain dalam mendapatkan insuran untuk travel dengan mudah. Anda boleh cuba dengan agensi insuran yang lain juga untuk lihat perbezaan keistimewaan setiap satunya. Nanti komen kat bawah ok.





Ahad, 2 September 2018

Bahan Sumber STEM untuk Guru

Bagi guru STEM yang tengah mencari bahan sumber STEM, maka saya syorkan untuk anda melawat ke laman web STEM yang diusahakan PADU Education, iaitu https://stem.padu.edu.my/terokai-stem/guru . Di laman web ini terkumpul beberapa bahan sumber berkaitan STEM yang berguna untuk dijadikan sebagai contoh dan panduan kepada guru STEM. Semoga bermanfaat!



Bahan Sumber STEM untuk Guru
Bahan Sumber STEM untuk Guru

1. Bahan Sumber Pdp STEM (Bahagian Pembangunan Kurikulum)
Laksanakan aktiviti pengayaan dalam bilik darjah anda dengan pengintegrasian elemen-elemen STEM
http://bpk.moe.gov.my/index.php/inisiatif-pppm/stem


2. Hacking STEM Lesson Plans (Microsoft)
Laksanakan aktiviti berasaskan inkuiri dan projek menarik STEM bersama murid anda
https://www.microsoft.com/en-us/education/education-workshop/default.aspx


Bahan Sumber STEM untuk Guru
Bacaan tambahan yang berkaitan dengan STEM
  3. Bahan SUmber Video Pendidikan STEM (Eduwebtv)
Perkenalkan konsep STEM kepada murid anda menerusi video-video menarik
 http://www.eduwebtv.com/eduwebtv/?cat=2450


4. Modul Multimedia dalam Pdp STEM Abad 21 (Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan)
Gunakan penyampaian multimedia dalam bilik darjah anda
 http://www.eduwebtv.com/eduwebtv/?page_id=11237





Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi

1 September yang lalu saya berkesempatan untuk membuat perkongsian di sebuah sekolah SABK di Yan, Kedah iaitu SMA Fauzi. Ini adalah kunjungan kedua saya ke sekolah ini, selepas kali pertama pada tahun 2016 bagi tujuan Teknik Menjawab Soalan Sains PT3. Sekolah kecil molek, tetapi muat untuk menampung anak-anak murid yang hebat.


Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi
Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi


Kedatangan saya disambut mesra oleh tuan pengetua, langsung diajak ke kantin bagi sarapan pagi. Walaupun perut dah penuh terisi sebelumnya, bagi tidak menghampakan hajat tuan rumah, maka saya alas juga perut dengan dua biji kuih. Seterusnya dibawa ke bilik mesyuarat yang cukup memuatkan lebih kurang 40 orang guru.

Tanpa membuang masa maka saya teruskan mulakan perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 saya di sini. Saya kongsikan pengalaman-pengalaman saya sepanjang menjadi guru pertukaran di Korea, dan juga pengalaman berkursus di Indonesia dan juga Amerika Syarikat bagi membuka mata dan minda guru-guru di SMA Fauzi, betapa perlunya untuk kita melakukan transformasi pendidikan. Dan transformasi paling utama itu adalah transformasi yang bermula daripada diri sendiri!

Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi

Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi


Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi


Seterusnya saya sambung dengan 'soul' di sebalik Pembelajaran Abad ke-21 dan bagaimana saya melakukannya di bilik darjah. Saya kongsikan juga beberapa masalah yang saya hadapi sepanjang melaksanakan PAK21 di sekolah serta bagaimana saya menangani isu tersebut dengan sebaiknya. 

Akhir sekali saya kongsikan juga apa impak yang diperolehi kepada anak murid saya, yang juga kemudiannya terus memotivasikan  saya untuk terus melakukan yang terbaik kepada mereka. Impak ini termasuklah pada perubahan sikap mereka, pencapaian akademik dan bagaimana PAK21 telah mengubah mereka menjadi independent learner


Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di SMA Fauzi


Alhamdulillah dengan semua perkongsian berlangsung selama hampir 3 jam, saya berharap dapat memberi inspirasi dan semangat kepada rakan guru di SMA Fauzi ini bahawa sudah tiba masanya kita lakukan transformasi kepada cara murid kita belajar. INshaAllah semoga usaha kecil ini mampu memberi impak besar kepada kemenjadian murid di sini. Amin!