.

.

Rabu, 11 Julai 2018

Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura

Kedatangan saya ke Johor bagi Bengkel bersama Guru Sekolah Orang Asli rupanya dihidu dengan cepat oleh beberapa sekolah sekitar Kulai. Namun tindakan pantas Guru Cemerlang SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Cikgu Rohaya menjemput saya bagi tujuan perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah tersebut bersama rakan guru di sini.


Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura
Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura

Kebetulan pula, sahabat saya, pegawai SISC+ Kulai iaitu Encik Heryan Syah yang juga blogger bagi mudahmengajar.com turut akan berada di sana bagi membantu memberi sokongan kepada usaha yang dijalankan oleh guru sekolah dalam daerah PPD Kulai.

Dari lapangan terbang Senai, terus kami bergerak ke sekolah tersebut. Sempat juga saya bertemu dengan anak-anak yang belajar di sini. Comei-comei semua dan baik-baik semua. Sayang sket sebab tak sempat nak beramah mesra dengan mereka.


Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura


Perkongsian bersama warga guru diteruskan tepat jam 2.30 petang. Ramai juga warga pendidik di sini. Serasa saya mungkin mencecah sehingga 70-80 orang. Kebanyakkannya adalah guru muda yang masih bertenaga dan bersemangat menggalas tanggungjawab sebagai guru. Kekuatan sekolah, jika dimanipulasi dengan baik.

Saya kongsikan apa yang mendorong saya melakukan transformasi dan bagaimana saya melakukannya. Seharusnya, guru-guru juga perlu ingat bahawa apa yang saya usahakan ini bukanlah dalam masa sehari dua. Sebaliknya ada usaha bertahun yang akhirnya berjaya membudayakan budaya kerja dan memberi impak.


Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura

Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura


Sebab tu penting saya selalu maklumkan bahawa, beri masa untuk murid kita belajar dengan kaedah baru, sebagaimana kita beri masa kepada diri kita sebagai guru untuk belajar kaedah mengajar yang baharu.

Sesi selama satu jam tersebut berlanjutan sehingga sejam setengah. Seronok berkongsi pengalaman dan maklumat sehingga tak sedar masa berlalu begitu cepat. Apatah lagi saya pula memang sangat jarang ke Johor, maka saya ambil peluang ini untuk digunakan dengan baik. Semoga ilmu itu berterusan dan mendapat rahmatNya.


Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura


Harapan saya semoga perkongsian ini mampu memberi impak dan inspirasi kepada warga guru di SMK Pendidikan Khas Vokasional Indahpura bagi memberikan yang terbaik untuk anak murid kita masing-masing.


Perkongsian PAK21 di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura
Maklumbalas daripada guru-guru SMPKV Indahpura

Saya ambil kesempatan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, terutamanya Guru Cemerlang Cikgu Rohaya atas jemputan, serta kepada Pegawai SISC+ Daerah Kulai, terutamanya Encik Herryan Syah atas jasa baik sepanjang berada di Johor.

Terima kasih. InshaAllah ada rezeki kita jumpa lagi!


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan