About Me

Peranan Manusia dalam Mengekalkan Keseimbangan Alam

Amalan semula jadi diancam kemusnahan akibat aktiviti manusia. Oleh hal demikian, manusia bertanggungjawab untuk memulihara dan mengekalkan keseimbangan semula jadi.

kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar
kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

-Menguatkuasakan undang-undang
Jabatn perhutanan sentiasa melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang di semua negeri. Sebagai contoh, membuat rondaan di kawasan hutan menggunakan helikopter dan menjalankan sekatan jalan raya bagi mengawal pergerakkan lori-lori yang membawa kayu balak.

-Meningkatkan kesedaran orang awam 
Di sekolah, murid diterapkan dengan nilai murni menghargai keseimbangan alam dalam mata pelajaran Pendidkan Moral. Nilai murni ini juga diterapkan melalui media massa seperti akhbar, radio dan televisyen.

-Mengamalkan Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Repurpose (5R)
amalan refuse (mengelakkan daripada menggunakan bahan yang tidak dapat dikitar semula), reduce (mengurangkan jumlah bahan yang digunakan), reuse (menggunakan semula sesuatu bahan), recycle (mengitar semula bahan) dan repurpose (menggunakan sesuatu bahan untuk kegunaan lain) dapat mengurangkkan bahan buangan.

-Menggunakan kaedah kawalan biologi
Mengelakkan penggunaan pestisid yang mencemarkan udara dan tanah dengan menjalankan kaedah kawalan biologi dalam pertaniaan.

Catat Ulasan

0 Ulasan