.

.

Khamis, 15 Mac 2018

Tutorial Guna AR Pada Buku Teks Sains

Penggunaan Augmented Reality (AR) dalam buku teks Sains KSSM merupakan satu ciri yang sangat menarik. Bukan sahaja murid boleh melihat sendiri video atau animasi tersebut, malah guru juga dapat menggunakan AR tersebut sebagai bahan tambahan bantu mengajar. Saya kongsikan tutorial untuk menggunakan AR pada Buku Teks Sains KSSM.

Langkah 1 - Download Aplikasi
Langkah pertama adalah dengan pergi ke Google Playstore (Android) untuk muat turun aplikasi yang digunakan. Hanya taip "AR Buku Teks".


Tutorial Guna AR Pada Buku Teks Sains
Download Aplikasi 'AR Buku Teks'

Langkah 2 - Install Aplikasi
Seterusnya Install aplikasi tersebut. Anda akan dapat melihat paparan awal seperti di bawah, dengan pilihan beberapa buah buku. Sehingga Mac 2018, buku teks yang ada adalah Sains bagi tingkatan 1 dan 2 yang menggunakan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.


Tutorial Guna AR Pada Buku Teks Sains
Install aplikasi AR Buku Teks


Langkah 3 - Pilih Untuk Download
Klik pada buku teks pilihan anda untuk muat turun bahan yang berkaitan. 

Tutorial Guna AR Pada Buku Teks Sains
Muat turun pilihan buku teks


Langkah 4 - Imbas Buku Teks
Langkah terakhir adalah imbas pada bahagian buku teks yang ditandakan dengan simbol AR tersebut. Aturkan semula kedudukan pengimbas jika gagal mendapatkan AR yang dihajatkan. 

Tutorial Guna AR Pada Buku Teks Sains
Imbas buku teks


Langkah 5 - Gunakan AR
Akhir sekali, maka bolehlah menggunakan AR tersebut bagi tujuan pembelajaran. 

Tutorial Guna AR Pada Buku Teks Sains
Gunakan AR untuk pembelajaran

Semoga perkongsian tutorial menggunakan Augmented Reality pada buku teks sains KSSM ini membantu lebih ramai guru dan murid mengoptimumkan penggunaan bahan yang ada pada buku teks tersebut. Selamat beramal!



4 ulasan:

  1. Perkongsian yang amat menarik. Terima kasih abam...

    BalasPadam
  2. Seronoknya budak2 sekarang dapat belajar dengan buku2 yang sangat canggih. Semoga mereka akan lebih bersemangat & menghargai teknologi.

    BalasPadam
  3. lucky la untuk kanak2 zaman skang ni..belajar dengan cara yang modern

    BalasPadam
  4. Wah... Makin maju cara pembelajaran skrg. Klau buat dkat buku teks pelajar sklh rendah pun menarik jgk

    BalasPadam