.

.

Selasa, 13 Mac 2018

Perkongsian PAK21 bersama PLC Guru Fizik SBP

Teruja juga bila dapat jemputan untuk perkongsian bersama guru-guru Fizik untuk sekolah Berasrama Penuh bagi zon Utara. Ini adalah bagi inisiatif professional learning communities (PLC) bagi mempertingkatkan amalan terbaik dalam kalangan guru-guru tersebut. 



Saya dijemput bagi membuat perkongsian untuk amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21, sekaligus menjalankan sesi bengkel bagi membuka lebih banyak ruang perkongsian sesama guru Fizik. Program berlangsung di SM Sains Kubang Pasu, melibatkan sehingga hampir 50 orang guru Fizik dari SBP terpilih kawasan Utara.

Sesi bersambung lagi pada sebelah malam bagi sesi bengkel. Setiap kumpulan dalam 5-6 orang perlulah merancang satu sesi pdpc yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21, dengan memasukkan kemahiran 4K1N dan juga menggunakan strategi dan tools yang sesuai.  


Perkongsian PAK21 bersama PLC Guru Fizik SBP






Perkongsian PAK21 bersama PLC Guru Fizik SBP


 Ini adalalah hasil-hasil idea kreatif guru-guru Fizik ini. Aktiviti membantu mereka untuk menjadikan pdpc mereka sesuai dengan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21 yang banyak menumpukan kepada aspek membina kemahiran abad ke-21 murid.


Perkongsian PAK21 bersama PLC Guru Fizik SBP







Sesi berakhir pada jam hampir 10.30 malam. Sekalipun dah lewat, tak terasa kerana masing-masing bersemangat nak buat yang terbaik dengan perkongsian tersebut. Semoga ilmu yang dikongsi, dapat diamalkan pula selepas ini. 

Saya ucapkan selamat maju jaya buat semua guru yang terlibat.




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan