About Me

Perkongsian Amalan Terbaik STEM di UUM

Pada 26 Februari, saya telah mendapat satu peluang perkongsian yang sangat baik daripada sebuah IPTA yang tersohor di Utara tanahair, iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM). Ini apabila, Prof Ruzlan yang saya kenali semasa berkursus STEM di RECSAM, membuat jemputan perkongsian amalan terbaik STEM dalam bilik darjah.


Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Universiti Utara Malaysia


Ini bagi tujuan research opportunity, yang diharapkan melalui perkongsian saya, memberi idea baharu kepada para penyelidik, pensyarah, pelajar mengenai trend pendidikan STEM terkini bagi tujuan research atau pun inovasi. 

Memang lah saya rasa sangat teruja, sebab pihak yang memohon perkongsian adalah pendidikan tertier yang sentiasa saya rasakan perlu menjadi penghubung kepada industri dan peringkat sekolah. Maka saya sahut cabaran tersebut, sebagai satu ruang lagi untuk saya kembangkan perkongsian saya. Ini juga peluang kedua saya berkolaboratif dengan universiti, selepas perkongsian amalan bilik darjah bersama pihak UPSI pada tahun lepas.








Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Universiti Utara Malaysia


Seramai hampir 50 orang peserta yang menghadirkan diri untuk perkongsian ini. Kebanyakkannya adalah mahasiswa UUM, selain daripada kumpulan guru-guru daripada sekolah sekitar negeri Kedah dan Perlis. 

Kumpulan guru terbesar adalah kumpulan guru sains daripada MRSM Pendang dan SMK Syed Sirajuddin Perlis yang sanggup datang daripada jauh bagi perkongsian STEM ini. Terima kasih sangat-sangat cikgu!





Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Universiti Utara Malaysia






Antara yang saya kongsikan adalah pendekatan STEM yang saya gunakan dalam bilik, dan bagaimana saya menguruskan permasalahan yang berkaitan sepanjang pelaksanaan tersebut. Saya kongsikan juga pembelajaran Sains di Korea dan Indonesia daripada pengalaman saya berkursus di sana. 

Akhir sekali saya tutup dengan impak daripada pelaksanaan pendekatan STEM seperti inkuiri, problem solving dan project based learning kepada anak murid saya di SMK Jerlun. 



Selain itu, tak sangka juga saya, beberapa mahasiswa antarabangsa UUM juga turut serta dalam perkongsian tersebut. Tetapi saya percaya, inshaAllah sekurang-kurangnya mereka dapat melihat sudut pandang lain pada pendidikan STEM di Malaysia. 

Alhamdulillah, saya secara peribadi merasakan sesi perkongsian berlangsung dengan sangat baik. Peluang juga untuk saya membina beberapa rangkaian baru di universiti, selain memberi galakan dan motivasi kepada saya untuk turut sama-sama menyumbang aktif dalam bidang pendidikan di Malaysia. 


Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Universiti Utara Malaysia
Prof Ruzlan, Universiti Sains Malaysia

Akhir sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak IETLE, Universiti Sains Malaysia melalui Prof Ruzlan yang sudi memberi ruang kepada saya untuk membuat perkongsian dan percambahan ilmu. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. 





Catat Ulasan

0 Ulasan