.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Selasa, 27 Februari 2018

Perkongsian Amalan Terbaik STEM di UUM

Pada 26 Februari, saya telah mendapat satu peluang perkongsian yang sangat baik daripada sebuah IPTA yang tersohor di Utara tanahair, iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM). Ini apabila, Prof Ruzlan yang saya kenali semasa berkursus STEM di RECSAM, membuat jemputan perkongsian amalan terbaik STEM dalam bilik darjah.


Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Universiti Utara Malaysia


Ini bagi tujuan research opportunity, yang diharapkan melalui perkongsian saya, memberi idea baharu kepada para penyelidik, pensyarah, pelajar mengenai trend pendidikan STEM terkini bagi tujuan research atau pun inovasi. 

Memang lah saya rasa sangat teruja, sebab pihak yang memohon perkongsian adalah pendidikan tertier yang sentiasa saya rasakan perlu menjadi penghubung kepada industri dan peringkat sekolah. Maka saya sahut cabaran tersebut, sebagai satu ruang lagi untuk saya kembangkan perkongsian saya. Ini juga peluang kedua saya berkolaboratif dengan universiti, selepas perkongsian amalan bilik darjah bersama pihak UPSI pada tahun lepas.








Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Universiti Utara Malaysia


Seramai hampir 50 orang peserta yang menghadirkan diri untuk perkongsian ini. Kebanyakkannya adalah mahasiswa UUM, selain daripada kumpulan guru-guru daripada sekolah sekitar negeri Kedah dan Perlis. 

Kumpulan guru terbesar adalah kumpulan guru sains daripada MRSM Pendang dan SMK Syed Sirajuddin Perlis yang sanggup datang daripada jauh bagi perkongsian STEM ini. Terima kasih sangat-sangat cikgu!





Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Universiti Utara Malaysia






Antara yang saya kongsikan adalah pendekatan STEM yang saya gunakan dalam bilik, dan bagaimana saya menguruskan permasalahan yang berkaitan sepanjang pelaksanaan tersebut. Saya kongsikan juga pembelajaran Sains di Korea dan Indonesia daripada pengalaman saya berkursus di sana. 

Akhir sekali saya tutup dengan impak daripada pelaksanaan pendekatan STEM seperti inkuiri, problem solving dan project based learning kepada anak murid saya di SMK Jerlun. 



Selain itu, tak sangka juga saya, beberapa mahasiswa antarabangsa UUM juga turut serta dalam perkongsian tersebut. Tetapi saya percaya, inshaAllah sekurang-kurangnya mereka dapat melihat sudut pandang lain pada pendidikan STEM di Malaysia. 

Alhamdulillah, saya secara peribadi merasakan sesi perkongsian berlangsung dengan sangat baik. Peluang juga untuk saya membina beberapa rangkaian baru di universiti, selain memberi galakan dan motivasi kepada saya untuk turut sama-sama menyumbang aktif dalam bidang pendidikan di Malaysia. 


Perkongsian Amalan Terbaik STEM di Universiti Utara Malaysia
Prof Ruzlan, Universiti Sains Malaysia

Akhir sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak IETLE, Universiti Sains Malaysia melalui Prof Ruzlan yang sudi memberi ruang kepada saya untuk membuat perkongsian dan percambahan ilmu. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. 





Ahad, 25 Februari 2018

Perkongsian Amalan PAK21 bersama Guru Sains Kulim

Alhamdulillah sekali lagi mendapat peluang berkongsi amalan Pembelajaran Abad ke-21 di Kedah. Kali ini di PPD Kulim Bandar Baru, atas inisiatif melalui Panitia Sains Daerah mereka. Berhubung dengan beberapa orang penting bengkel, akhirnya pada 24 Februari, berjaya juga dilangsungkan di bersama guru-guru Sains di daerah Kulim ini. 













Sesi perkongsian amalan PAK21 seterusnya dibahagikan kepada dua bahagian dengan yang pertama ceramah pengalaman dan sesi kedua adalah bengkel hands-on bagaimana merancang pdpc PAK21 dengan baik.

Ternyata komitmen dan juga semangat guru-guru berjaya memberikan nilai tambah kepada sesi bengkel ini bagi membolehkan mereka benar-benar memahami apa dan bagaimana pelaksanaan PAK21 dalam bilik darjah.






Perkongsian Amalan PAK21 bersama Guru Sains Kulim


Terima kasih tak terhingga kepada Encik Rusdi dan juga Puan Zarina Toh daripada PPD Kulim Bandar Baru atas layanan baik sepanjang keberadaan saya di Kulim. INshaAllah ada rezeki dan peluang boleh lah kita berkolaboratif lagi. 




Isnin, 19 Februari 2018

Pengalaman Sertai Bengkel STEM Robotik di RECSAM

Pada 6 hingga 8 Februari yang lalu, saya berpeluang untuk mengikuti satu bengkel STEM robotik di RECSAM, Pulau Pinang. Dengan tajuk, "Workshop on Fostering Imagination and Critical Thinking in Engineering Design Process : A Challenge in STEM Education", bengkel dikendalikan oleh Dr Tairo Nomura, Pengarah Pusat STEM di Saitama University, Jepun.


Peserta Bengkel STEM Robotik di RECSAM
Peserta Bengkel STEM Robotik di RECSAM
  Ada banyak perkara menyebabkan saya tergerak hati untuk mengikuti bengkel kali ini. Antaranya adalah disebabkan oleh mahu melihat bagaimana elemen Engineering dimasukkan dalam aktiviti STEM. Supaya lebih jelas part mana yang Engineeringnya tu.

Satu lagi yang menarik perhatian adalah disebabkan dalam satu tentatifnya adalah diselitkan perkongsian bagaimana pembelajaran STEM di sekolah tinggi Jepun. Satu peluang baik untuk saya mengambil inspirasi dalam mencari kesesuaian pendekatan dan aktiviti STEM dengan anak murid saya.


Tentatif bagi Bengkel STEM Robotik di RECSAM
Tentatif bagi Bengkel STEM Robotik di RECSAM

Konsep pendidikan STEM di Jepun
Konsep pendidikan STEM di Jepun

Bengkel 3 hari ini disertai oleh hampir 30 orang peserta. Antaranya adalah guru-guru Sains sekitar Kedah dan Pulau Pinang, serta pegawai kementerian pendidikan dari Cambodia. Dalam satu kumpulan dengan saya pula, pengurus sebuah sekolah swasta daripada Indonesia, Bapak Saiful, guru Sains SMK Kuala Kota Muda, Cikgu Hassuana dan pensyarah USM, Dr Nurjahan. 


Pengendali bengkel adalah Dr Tairo Nomura, pensyarah daripada Saitama University, Jepun. Beliau juga merupakan Pengarah kepada Pusat STEM di universiti tersebut. Kepakaran beliau dalam bidang robotik cukuplah mengkagumkan. Terlibat aktif sejak dari zaman belajar di peringkat universiti, Dr Tairo memanglah pakar robotik yang hebat.


Dr Tairo Nomura, pensyarah daripada Saitama University, Jepun
Dr Tairo Nomura, pensyarah daripada Saitama University, Jepun

Bagi sesi bengkel kami diberikan satu set kit robotik STEM yang diberi nama, STEM Du - Pla-Dan Robot Set. Dalamnya terkandung 2 motor, wayar, bekas batteri, 4 biji bateri AA dan juga satu microcontroller board.


STEM Du - Pla-Dan Robot Set
STEM Du - Pla-Dan Robot Set

AKtiviti pertama kami adalah menghasilkan wind fan dengan barangan yang ada dalam kit tersebut. Dengan menggunakan sebiji motor, serta dibantu oleh strawboard sebagai bahan untuk menghasilkan propeller, maka kami berjaya menghasilkan wind fan mengikut kreativiti masing-masing.


Hasilkan wind fan

Aktiviti kemudian dilanjutkan dengan membina kereta pula daripada idea yang diperolehi semasa aktiviti pertama. Kini dengan menggunakan dua biji motor, kami dikehendaki untuk merekacipta pula kereta yang boleh digerakkan dengan menggunakan bateri. 


Tugasan kedua hasilkan kereta

Selesai merekacipta kereta yang boleh bergerak, barulah Dr Tairo memberikan tugasan untuk memasukkan microcontroller board Arduino kat kereta tu. So maka fahamilah kami apa tujuan penggunaan microcontroller board tersebut kepada kereta yang dicipta. 

Dah lengkapkan dengan microcontroller

Baru lah nampak robotik sket kan?

Nampak tak macam mana beliau buat ansur maju memperkenalkan robotik kepada peserta? Dimulakan dengan membina binaan ringkas, kemudiannya ditambah dengan sedikit teknologi dan engineering dan akhirnya kepada robotik yang menggabungkan semua bidang pengetahuan tadi. 


Hari kedua pula kami mula didedahkan dengan coding ringkas menggunakan Arduino 1.6.10. Cabaran asalnya hanyalah untuk menggerakkan kereta ke depan dan ke belakang sahaja. Ini bagi membiasakan peserta dengan coding.


Belajar coding guna Arduino 1.6.10

Contoh arahan-arahan coding


Mujurlah saya ada sedikit basic coding kerana pernah terlibat menganjurkan Hour of Code di sekolah pada tahun lepas, maka boleh lah faham sikit-sikit. 
 

Tugasan kedua pula adalah  menggerakkan kereta tersebut dalam bentuk segi empat mengelilingi botol air. Bagi memperkenalkan sensor yang ada pada microcontroller board tersebut, maka tugasan seterusnya adalah menggunakan coding bagi membolehkan kereta robotik tadi berhenti pada garisan hitam. 


Degil tak nak berhenti kat garisan hitam di belakang tu


Coding yang lebih complicated sket


Tugasan diteruskan dengan coding bagi membolehkan kereta mengikut garisan hitam pada ruang kerja. Part nih saya dah mula fail dah. Hahahaha. 

Antara kereta robotik yang berjaya


Tugasan akhir yang paling mencabar adalah menggerakkan kereta robotik litar sukar yang menggunakan  sensor hitam. Saya hanya mampu tengok sahaja pada peringkat ini sebab kereta robotik saya langsung tak boleh nak bergerak ikut arahan. Hahahahha


Hasil rekacipta peserta Bengkel STEM Robotik RECSAM

Pada akhir bengkel, Dr Tairo meminta supaya setiap kumpulan membentangkan hasil kerja robotik masing-masing. Yang menariknya, Dr Tairo juga meminta hasil yang gagal untuk membentangkan hasil kerja mereka. Ini kerana, kata beliau, hal semasa proses berlangsung adalah jauh lebih penting daripada hasil akhir tersebut. Banyak juga perkara yang kita boleh belajar daripada kesilapan tersebut.


Team saya bergambar kenangan dengan Dr Tairo Nomura



Saya secara jujurnya, merasakan bengkel robotik yang saya ikuti ini sangatlah terbaik pengisiannya. Buat orang yang buta benda-benda robotik nih, bengkel seumpama ini banyak membuka mata saya mengenai peluang penggunaan robotik sebagai bahan pengajaran selepas ini.




Banyak input yang saya perolehi daripada pemerhatian saya terhadap pengajaran Dr Tairo Nomura yang mementingkan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar, selain daripada modul beliau yang dibangunkan dengan sangat cantik menampakkan lagi bagaimana robotik boleh diperkenalkan dengan mudah kepada murid.


InshaAllah, saya berharap selepas ini lebih ramai lagi guru yang didedahkan dengan bidang robotik, sebagai satu langkah meningkatkan minat murid kepada bidang STEM. Akhir kalam, majulah robotik untuk negara!



Perkongsian PAK21 bersama Guru Sekolah Rendah Islam Daerah Gombak

Peluang saat akhir yang tiba apabila mendapat jemputan daripada Sekolah Rendah Islam Saidina Abu Bakar As Sidiq, Gombak ketika saya berkunjung ke Kuala Lumpur bagi menguruskan soal Visa ke Amerika Syarikat. Berkebetulan dengan masa lapang, dan juga miscommunication dengan sebuah sekolah sebelum ini, ternyata peluang dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pihak sekolah ini untuk perkongsian amalan Pembelajaran Abad ke-21.


Perkongsian PAK21 bersama Guru Sekolah Rendah Islam Daerah Gombak
Perkongsian PAK21 bersama Guru Sekolah Rendah Islam Daerah Gombak

Walaupun masa yang ada singkat sahaja, tetapi tahniah kepada pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam Saidina Abu Bakar As Sidiq, Taman Sri Gombak yang cekap menguruskan segala promosi dan kemudahan lain. Seramai hampir 40 orang guru dari kawasan sekitar yang turut serta. Malah yang dari luar Gombak pun ada. Terima kasih banyak cikgu!

Kerana perkongsian dalam kumpulan kecil, maka sesi perkongsian berlangsung dengan sangat santai dan bersifat dua hala. Apa-apa yang kurang difahami oleh peserta, boleh saja terus ajukan kepada saya untuk penjelasan lebih lanjut. Maka penerangan jadi lebih sampai dan menjawab permasalahan yang membelenggu mereka selama ini mengenai pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21.


Perkongsian PAK21 bersama Guru Sekolah Rendah Islam Daerah Gombak


Sesi kedua untuk hands on pula memerlukan peserta untuk mem'PAK21'kan pengajaran harian mereka. Mengetahui secara spesifiknya apa yang perlu dan patut ada dalam perancangan bagi membantu kelancaran pdpc nanti. Peserta juga kini tahu dengan lebih tepat di mana letak kedudukan 4K 1N dalam pengajaran harian.






















Secara keseluruhannya saya rasakan sesi di SRI Saidina Abu Bakar As Sidiq ini sangat membuahkan hasil. Peserta dapat melihat dengan lebih jelas apa sebenarnya Pembelajaran Abad ke-21 dan peranannya kepada guru dan murid pada masa kini. Apa yang sedang dan bakal kita tempuhi selepas ini.


Maklumbalas daripada peserta selepas tamat bengkel PAK21 bersama Cikgu Hailmi
Maklumbalas daripada peserta selepas tamat bengkel PAK21


Semoga juga perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 bersama guru-guru di sini memberikan perspektif baharu kepada semua. Untuk itu, saya ucapkan Selamat Maju Jaya!


Sabtu, 17 Februari 2018

Sains Lah 2 - Bahan Bacaan STEM

Di Malaysia, sebenarnya sangat sedikit bahan bacaan yang berkaitan dengan STEM. Dalam keadaan kita nak menghebahkan lebih banyak info dan kebaikan bidang STEM nih, maka kisah-kisah inspirasi dan motivasi, "From Zero to Hero" dalam dunia STEM, patutlah diperbanyakkan lagi. Namun, mujurlah ada Sains Lah 2!

Sains Lah 2 : Bahan Bacaan STEM untuk Murid
Sains Lah 2 : Bahan Bacaan STEM untuk Murid

Sains Lah 2 ini adalah novel kedua kompilasi kisah-kisah inspirasi dan motivasi 25 orang saintis muda Malaysia. Macam-macam cerita. Ada yang cerita macam mana boleh terjebak dengan bidang STEM nih. Ada yang cerita kisah suka duka dalam bidang STEM. Dan macam-macam lagi. Tapi semuanya akhirnya sekali happy ending lah dalam bidang STEM!

Untuk Sains Lah 2 nih artikel saya juga terpilih sebagai salah seorang daripada 25 penulis kisah hidup hebat nih. Tak sangka, sekalipun bergelar guru, tapi dapat jugak kisah hidup saya dirakamkan sebaris dengan Saintis-saintis Malaysia yang lain. Bangga weyh!


Kisah hidup saya juga dirakamkan dalam "Hari Ini Secupak, Esok Mesti Segantang"
Kisah hidup saya juga dirakamkan dalam "Hari Ini Secupak, Esok Mesti Segantang"

Dah tentu saya kongsikan kisah hidup saya, dengan pengalaman sedih masa universiti, siap extend 3 semester, hampir kena buang, sehingga lah berjaya bangkit dan menuju kejayaan. Sedih weyh! Kalau nak baca, sila ready tisu sekotak kat sebelah..

Dan sebab ada lagi 24 kisah inspirasi dan motivasi lagi yang semuanya menuju ke arah STEM, maka saya jadikan juga novel ini sebagai bahan bacaan STEM kepada anak murid saya, iaitu semasa relief class (guru tak ada) dan juga semasa aktiviti Kelab Sains dan Matematik


Sains Lah 2 bahan bacaan STEM yang sesuai semasa perjumpaan aktiviti Kelab STEM / Kelab Sains Matematik
Sains Lah 2 bahan bacaan STEM yang sesuai semasa perjumpaan aktiviti Kelab STEM / Kelab Sains Matematik

Murid seronok membaca kisah sebenar inspirasi dan motivasi 25 saintis muda Malaysia
Murid seronok membaca kisah sebenar inspirasi dan motivasi 25 saintis muda Malaysia

Budak pun sangat suka. Sebab kisah yang mereka baca ini, adalah kisah sebenar hero-hero dalam bidang STEM, yang dekat dengan mereka. Bersemangat mereka, bila baca macam-macam kisah pengorbanan dan kesusahan yang ditempuh oleh 25 saintis ini, tapi akhirnya semuanya berjaya. Pendek kata, anda boleh confirm berjaya selagi anda kuat berusaha!


Pihak Pusat SUmber Sekolah juga boleh jadikan buku ini sebagai bahan bacaan STEM kepada murid di sekolah. Bila lagi nak pupuk minat membaca, dalam masa yang sama boleh beri galakkan dan motivasi kepada murid dalam bidang STEM. Kan?


Yang berminat nak dapatkan buku Sains-Lah 2, sila hubungi nombor telefon di atas ya!

Jadi, bagi yang berminat nak dapatkan buku Sains-Lah 2 ini, anda boleh hubungi nombor di atas. Nak senang, ikut jer arahan pada poster tu. Selesai semua perkara. Terima kasih!