.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Ahad, 28 Januari 2018

Perkongsian PAK21 di SMK Convent Jalan Peel

Kali ini saya berkesempatan untuk membuat perkongsian dengan sebuah sekolah di Kuala Lumpur, iaitu SMK Convent Jalan Peel. Menerima jemputan perkongsian amalan pembelajaran abad ke-21 daripada Puan Faridah, Pengetua SMK Convent Jalan Peel membuatkan saya rasa tak mampu nak menolak jemputan tersebut. Lagi pula, sekolah ini merupakan antara sekolah pertama daripada Kuala Lumpur yang membuat jemputan. 




Kehadiran saya ke Kuala Lumpur juga sangat lah dialukan dengan sangat baik oleh pihak sekolah. Cikgu Alvin dan Cikgu Safwan datang menjemput saya di KL Sentral, kerana saya ke KL menggunakan ETS. Siap  bergambar lagi tengah-tengah kesibukan orang mengejar tren dan pengangkutan awam lain. Hahahaha.. Bukti untuk dihantar kepada pihak sekolah.




Kemudian saya terus dibawa ke Hotel Sunway Velocity untuk menginap. Memang sangat selesa. Terima kasih banyak SMK Convent Jalan Peel. Bersebelahan dengannya adalah kompleks membeli belah Velocity, maka taklah rasa boring sangat.

Esok pagi saya sudah dijemput oleh Cikgu Alvin untuk ke sekolah, yang terletak hanya 200m sahaja daripada hotel saya menginap. Kami adalah antara guru yang sampai awal. Maka saya dibawa ke pejabat bagi bertemu pihak pengurusan. Saya juga difahamkan bahawa seramai 4 orang pegawai akademik daripada JPWPKL juga berminat untuk mengikuti perkongsian saya hari ini.




Dari sana, kami sempat bersarapan pagi di belakang sekolah, sebelum memulakan perkongsian pada jam 8.30 pagi. Bagusnya, sebab SMK Convent Jalan Peel ini merupakan sekolah transformasi batch pertama. Maka kefahaman guru-guru di sini berkenaan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 adalah sangat tinggi.

Malah semasa sesi bengkel hands on juga guru-guru menunjukkan tahap kefahaman yang sangat tinggi. Lesson plan yang dirancang penuh dan padat dengan pelbagai Strategi PAK21 serta thinking tools. Mungkin hasil daripada perkongsian bersama pelbagai pihak semasa sesi latihan sekolah transformasi.







Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Daripada pemerhatian saya sepanjang aktiviti maka saya kongsikan beberapa nasihat dan tips bagi menggalakkan lagi amalan pembudayaan di sekolah yang kefahaman PAK21 nya sudah cukup bagus.

Antaranya adalah :
1. Bagi menggalakkan lebih ramai guru membudayakan perkara PAK21, maka kurangkan aktviti / strategi / tools yang terlalu banyak sehingga mungkin boleh membebankan guru untuk membuat persediaan.

2. Penggunaan Model Pembelajaran 5E boleh membantu menstrukturkan pembelajaran dengan lebih baik. Bermula dengan set induksi, pencarian maklumat, pembentangan, mengaitkan dengan KBAT dan akhir sekali membuat kesimpulan.




3. Saya dapati terdapat sedikit missing link pada pengembangan KBAT bagi aktiviti yang dirancangkan guru. Sebagai contoh, pelajar mencari maklumat, dan tahu mengenai pengetahuan tersebut, tetapi tidak dapat menghubungkan semua maklumat tersebut kepada satu pengaplikasian ilmu yang baharu (KBAT). Justeru itu saya mencadangkan penggunaan Model Pembelajaran 5E bagi mengatasi masalah ini. 

Akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur atas jemputan ke sesi perkongsian. Terima kasih juga yang tak terhingga buat pihak sekolah atas layanan yang sangat baik.

Perjalanan saya pulang ke Kedah kemudiannya bersambung lagi di KL Sentral. Pertemuan dengan guru muda yang sangat bersemangat tinggi, Cikgu Hafiz Mungin telah memberi saya semangat baru untuk juga sentiasa terus berusaha dengan sebaik mungkin.




Perbualan saya dan Cikgu Hafiz banyak berkisar kepada dunia pendidikan dan perancangan di masa akan datang. Melihat kepada kesungguhan Cikgu Hafiz dalam dunia pendidikan, maka saya syorkan beliau memohon Guru Cemerlang. Banyak juga tips yang saya kongsikan kepada beliau sepanjang 5 jam perbualan tersebut.


Tak sedar rupanya tren ETS saya ke Arau juga sudah tiba. Seterusnya mengucapkan selamat tinggal sebelum naik tren untuk balik ke kampung halaman. Pengalaman yang indah, dengan orang-orang yang baik. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin!





Jumaat, 26 Januari 2018

Cara Download Video Dari Facebook

Penggunaan Facebook sebagai platform perkongsian mendorong lebih ramai guru untuk berkongsi video menarik di laman FB. Kadang-kadang video yang dikongsi sangat rare dan sangat sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Maka saya kongsikan cara untuk guru download video daripada laman Facebook.


Langkah 1
Download apps yang sesuai untuk download video dari Facebook. Ada banyak pilihan di Playstore, tapi saya pilih "Video Download For Facebook" by Manuel Catalan.


Sebabnya, apps nih mudah digunakan, tak banyak iklan mengganggu dan rating kat Playstore pun boleh tahan bagus. Lagipun, apps ini yang pertama diperkenalkan kat saya! ;)


Langkah 2
Sesudah download dan install pada telefon pintar anda, boleh lah terus klik untuk buka. Paparan dia memang simple gila. Sedap mata memandang.



Langkah 3
Untuk mencari video yang nak didownload dari Facebook, boleh lah tekan butang FIND VIDEO. Nanti dia akan keluar laman Facebook anda macam biasa. Tapi melalui apps ini lah.



Langkah 4
Boleh scroll dan pilih video yang anda nak download. Atau nak lebih mudah, terus pergi ke butang search pada bahagian atas FB, dan mulakan carian kat page mana video tu berada.



Langkah 5
Bila dah jumpa video, mudah je. Terus klik, nanti akan naik pilihan untuk PLAY atau DOWNLOAD. So tekan DOWNLOAD. Nanti dia akan terus download video tersebut.




Langkah 6
Selesai download, video tu akan terus terpampang pada bahagian gallery video yang sudah didownload. Dah takyah susah-susah nak cari.



Langkah 7
Langkah akhir, cuma pilih jer video mana yang nak dimainkan. Klik macam biasa, nanti video akan dibuka dengan player kegemaran anda. Selamat berhibur!

Video paramesium oleh Cikgu Ayu Yunus

Semoga perkongsian saya ini membantu lebih ramai guru mendapat bahan bantu mengajar yang lebih baik dan berkualiti untuk digunakan dalam bilik darjah. Semoga membantu!


Jumaat, 19 Januari 2018

Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!

Bersempena Cuti Keputeraan Sultan Kedah hari ini, saya ambil peluang untuk melawat tempat menarik di Kedah. Pikir punya pikir, terlintas satu tempat sejarah yang dekat, tapi tak pernah pun saya melawat, iaitu Candi Lembah Bujang. Maka, start kereta dan terus bergerak ke sana.


Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!
Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!

Jika dari tempat saya di Perlis ni, jarak Candi Lembah Bujang ini hanya lah dalam 70km camtu saja. Bandar yang terdekat dengan Candi Lembah Bujang ini adalah bandar Sungai Petani, yang jaraknya lebih kurang 18km camtu sahaja. Maka bagi orang jauh yang berhajat nak datang, boleh lah tempah hotel di Sungai Petani, untuk lebih banyak aktiviti menarik selepas nya.

Buat pengetahuan, walaupun lokasi ini dekat saja dengan tempat saya, tapi ini adalah merupakan kunjungan kali pertama saya ke sini. Hahahaha..


Pintu masuk utama ke Kompleks Candi Lembah Bujang
Pintu masuk utama ke Kompleks Candi Lembah Bujang

Jadi bagi menjadikan kunjungan lebih bermakna, dan terisi dengan aktiviti, maka saya bawak juga dua orang fotografer sekolah saya, iaitu Fathurahman dan Firdaus. Saya gunakan juga peluang ini sebagai sesi latihan untuk mereka berdua. Kajian lapangan. Hahahhaha..



Binaan Tertua Manusia!
Tahu tak anda, yang Lembah Bujang nih adalah merupakan binaan tertua manusia yang pernah direkodkan di Asia Tenggara, iaitu dibina sekitar tahun 110 SM. Lama weyh. Malah lebih tua daripada Angkor Wat dan Borobudur yang dibina pada abad ke-7 dan ke-8. Wow.. dahsyat kan?

Kehadiran candi itu juga menunjukkan peradaban manusia yang bertamadun dah lama wujud di bumi Kedah nih. Setanding dengan tamadun-tamadun purba dunia yang lain. Wuiyooo.. takkan tak rasa bangga kot?

 
The Golden Chersonese = Semenanjung Emas
The Golden Chersonese = Semenanjung Emas


Selain daripada itu, Lembah Bujang nih memang sangat masyhur pada suatu ketika dahulu sebagai pelabuhan besar yang pedagangnya datang dari seluruh pelusuk dunia. Dengan Gunung Jerai sebagai 'panduan' mereka, sebelum mereka singgah ke muara Sungai Merbok di Utara Semenanjung Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai Semenanjung Emas!



Kompleks Candi Lembah Bujang
Sebenarnya Candi Lembah Bujang nih terdiri daripada penempatan beberapa buah candi dalam satu kawasan seluas 224 km persegi. Dan dalam kompleks nih ada banyak candi, sebagai contoh Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat, Candi Pengkalan Bujang dan Candi Bendang Dalam. 


Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Semasa saya sampai ke kawasan Candi Lembah Bujang, tak banyak kenderaan yang kelihatan. Jadi kawasan parking tu memang masih boleh diisi dengan lebih ramai lagi pengunjung. Hampir dengan kawasan parking juga ada disediakan surau bagi yang nak menunaikan solat.

Terus kami bergerak ke kawasan utama kompleks, iaitu yang menempatkan muzium dan macam pejabat sket lah. Tapi sayang, mungkin sebab datang pada hari cuti negeri, maka Muzium Arkeologi Lembah Bujang tu pun tak buka. Hanya boleh lihat beberapa artifak lama, yang macam perahu kat luar bangunan. Perahu Sagor namanya. 


Perahu Sagor di Candi Lembah Bujang
Perahu Sagor di Candi Lembah Bujang

Menurut catatan kat situ juga, penemuan Perahu Sagor nih membuktikan bahawa kenderaan ini telah digunakan sebagai pengangkutan utama masyarakat tempatan untuk membawa barang dagangan sejak kurun ke-3 masihi. Lamanya!


Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!

Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!


Dari sana kami mula bergerak ke arah kawasan utama yang menempatkan candi-candi. Kawasannya berbukit sket. Tapi tangga batuan disediakan bagi memudahkan pendakian. 


Di sebelah kiri sebelum nak mendaki tu ada juga beberapa batuan yang ditemui di merata tempat, dan dikumpulkan dengan tujuan yang sama. 


Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!

Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!




Kumpulan Candi-Candi Yang pertama sekali kami jumpa adalah Candi Pendiat. Candi ini juga dikenali sebagai Tapak 16 yang ditemui di Kampung Pendiat, dan kemudian di bina semula di atas Bukit Batu Pahat ini. 



Candi Pendiat di Candi Lembah Bujang

Candi Pendiat di Candi Lembah Bujang

Candi Pendiat di Candi Lembah Bujang



Yang kedua pula adalah Candi Bukit Batu Pahat. Juga dikenali sebagai Tapak 8 dan inilah candi yang sering dijadikan trademark kepada Lembah Bujang. Candi utama kat sini lah kiranya. Betul-betul atas bukit. 


Candi Bukit Batu Pahat di Candi Lembah Bujang

Candi Bukit Batu Pahat di Candi Lembah Bujang

Candi Bukit Batu Pahat di Candi Lembah Bujang

Candi Bukit Batu Pahat di Candi Lembah Bujang

Candi Bukit Batu Pahat di Candi Lembah Bujang



Yang ketiga pula adalah Candi Pengkalan Bujang, dengan label Tapak 21. Kedudukannya bersebelahan dengan Candi Bukit Batu Pahat saja. 


Candi Pengkalan Bujang di Candi Lembah Bujang

Candi Pengkalan Bujang di Candi Lembah Bujang



Dan yang terakhir adalah Candi Bendang Dalam, yang terletak di sebelah satu lagi. Candi ini pun sama, iaitu ditemui dalam tiga buah bangunan utama dan dibina semula di sini. Lebih kecil berbanding candi-candi yang lain. 



Candi Bendang Dalam di Candi Lembah Bujang

Candi Bendang Dalam di Candi Lembah Bujang

Candi Bendang Dalam di Candi Lembah Bujang



Sejarah Negara Yang Harus Dibanggakan!
Kawasan yang terbuka atas bukit ini tidak berbumbung dan terbuka. Memang best lah kalau datang pada waktu yang dah redup-redup sket. Kalau tak, sila bawak payung ok. Ada juga wakaf disediakan, tetapi agak jauh dengan kawasan utama candi atas bukit. 

Masa saya pergi tu memang tak ramai langsung orang. Jadi senang lah nak bergambar, tanpa gangguan. Hari lain saya tak pasti. Tapi berharap ramai lah orang ya, supaya sejarah negara kita dapat kita angkat ke satu tahap yang membanggakan. Supaya bangga dengan peradaban dan sejarah kita di bumi kita.


Pengalaman ke Binaan Tertua Manusia, Candi Lembah Bujang!
Sesi latihan di lapangan untuk team photographer sekolah

Untuk saya yang kali pertama ke sini, saya rasa satu pengalaman yang menarik. Sebelum nih tengok dalam buku teks Sejarah saja. Bila ada peluang macam ni, maka satu pengalaman yang bagus dan mengujakan.

Saya sarankan juga sekurang-kurangnya anda bawa keluarga ke sini sekurang-kurangnya sekali bagi menghayati sejarah peradaban kita yang telah lama wujud sejak sekian lamanya. Kena harus ingat, Candi Lembah Bujang ini jauh lebih tua berbanding Angkor Wat dan juga Borobudur yang kita selalu sebut-sebut tu. Artifak negara kita ini jauh lebih 'kaya' nilainya berbanding yang ada di negara orang. So mesti bangga ok!




Selasa, 16 Januari 2018

Bertemu Penerima Hadiah Nobel

Bila mendapat emel jemputan daripada Honeywell bagi menghadiri satu seminar pendek eksklusif, saya sudah rasa sangat teruja. Apatah lagi apabila, seminar tersebut akan diberikan oleh seorang penerima Hadiah Nobel Fizik, iaitu Saintis Professor Robert B Laughlin.


Dengan kebenaran hadir daripada JPN Kedah, maka saya bertolak ke Kuala Lumpur awal pagi ini dengan menggunakan kapal terbang. Tambang pergi balik baru rm120, maka saya rasa menggunakan kapal terbang lebih selesa dan cepat.


Sampai di KL Sentral, sempat saya bertemu sahabat, Cikgu Khuzaimy dan Cikgu Ali untuk makan tengahari di Teh Tarik Cafe. Terima kasih sebab sudi temankan saya.

Dari sana pulak saya guna Grab untuk ke Ritz Carlton Hotel di Bukit Bintang, tempat berlangsungnya majlis.

Rupanya majlis tersebut sangat eksklusif. Hanya sebilangan kecil yang dijemput, antaranya pihak media, sekumpulan guru dan MIGHT.


Sesi forum dimeriahkan oleh tiga panel yang sangat hebat. Mereka adalah:
1. Professor Robert  Laughlin, penerima Hadiah Nobel 1998 (Fizik)
2. Tan Sri Zakri Abdul Hamid, penasihat Sains kepada Perdana Menteri
3. Puan Sarinah, Honeywell

Dalam forum 15 minit ini mereka berkongsikan penglibatan awal mereka dalam dunia STEM. Keterujaan dengan benda sains di sekeliling mereka sejak mereka kecil, menjadikan mereka mint dan jatuh cinta yang mendalam kepada bidang sains. Itu yang saya perasan.


Panel forum juga menyatakan bagaiamana ibubapa dan guru memainkan peranan yang amat penting dalam menanam minat kepada dunia STEM. Namun yang paling penting adalah mengubah persepsi sendiri kepada dunia sains dan kepentingannya itu sendiri.

Honeywell juga rupanya memberi banyak galakan kepada menyuburkan bidang STEM melalui latihan dan sumbangan kepada guru-guru. InshaAllah jika ada peluang, saya akan kongsikan perkara ini lebih banyak di masa akan datang.

Penasihat sains perdana menteri, Tan Sri Zakri

Penerima Hadiah Nobel Fizik, Robert B Laughlin

Sesi yang berlangsung sehingga jam 4 petang itu juga memberi peluang yang banyak kepada tetamu untuk sesi soaljawab.

Sempat juga saya bertegur sapa dengan beberapa rakan guru yang hadir dan bertukar nombor fon. Mana tahu ada perancangan kolaboratif di masa akan datang.


Isnin, 15 Januari 2018

PBL bagi Sains Tingkatan 1

PBL atau merujuk kepada Pembelajaran Berasaskan Projek, atau Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan antara satu kelainan kepada KSSM Sains baharu. Bagi pelajar tingkatan 1 yang mengambil mata pelajaran Sains, murid digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.

 
PBL bagi Sains Tingkatan 1
PBL bagi Sains Tingkatan 1



Definisi PBL
Pembelajaran berasaskan projek menjurus kepada penghasilan produk bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar. Murid juga digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Rujuk DSKP Sains KSSM Tingkatan 2, m/s 33


Tidak seperti PBL Sains untuk Tingkatan 2, PBL bagi tingkatan 1 tidak dinyatakan dengan jelas dalam DSKP. Guru perlu merancang dan membina sendiri pembelajaran berasaskan projek mengikut kemahiran dan tahap murid.

Justeru itu, bagi menjalankan PBL dengan anak murid saya di sekolah, saya menggunakan peta minda di bawah sebagai panduan kronologi menjalankan pembelajaran berasaskan projek. 


Kitar Pembelajaran Berasaskan Projek
Kitar Pembelajaran Berasaskan Projek


Berikut adalah beberapa contoh PBL yang telah guru-guru Sains Tingkatan 1 pada tahun 2017, jalankan kepada murid mereka. Saya kumpulkan gambar dan bahan daripada pelbagai sumber internet, termasuk group telegram dan juga perkongsian di facebook. 


1) Inovasi Makanan
Projek ini adalah bagi topik "Ketumpatan". Murid diberikan tugasan untuk menginovasikan makanan atau minuman berasaskan konsep ketumpatan. Bagi PBL ini, saya kasik lagi meriah lagi dengan penganjuran Karnival Usahawan Cilik bagi menerapkan elemen keusahawanan dalam kalangan murid.







Bagi tujuan memudahkan urusan murid mendokumentasikan keseluruhan PBL mereka ini dengan baik, maka saya hasilkan Siri Buku Project Based Learning. Penggunaan buku ini membantu murid mencatatkan maklumat yang berguna sepanjang mereka menjalankan PBL. Dalam masa yang sama juga, buku ini membantu murid untuk meneroka perkara lain yang masih dalam ruang lingkup berkaitan topik yang perlu mereka pelajari. 

Saya masukkan juga elemen STEM melalui inovasi, GCED (Global Citizenship Education) melalui kajian kes bagi negara antarabangsa dan juga KBAT melalui beberapa tugasan seperti ramalan, dan apa yang mereka mahu lakukan di masa akan datang. 


Iklan Buku PBL bagi Sains Tingkatan 1
Iklan Buku PBL bagi Sains Tingkatan 1

Lebih menarik kerana semua ini adalah merujuk kepada isu setempat, yang akhirnya membantu murid untuk lebih memahami masalah yang ada dan menyelesaikan dengan pendekatan yang lebih lokal.


2) Terrarium
Ini juga satu PBL yang menarik. Pelajar membina taman kecil yang lengkap dengan ekosistem kecil dalam sebuah botol atau bekas kaca. 


PBL Membina Terrarium

3) Pencemaran Udara
Ini satu lagi PBL yang saya jalankan dengan murid saya, iaitu Pencemaran Udara, dari Bab 7. Sebelum ini saya mendapati ramai murid yang berdepan dengan masalah bila menjalankan PBL. Iaitu kebanyakan mereka hanya memfokuskan kepada produk semata-mata, tanpa memberi penekanan kepada proses. 







Justeru itu sebagai langkah membolehkan murid saya mendapat pembelajaran daripada proses mereka menghasilkan projek, maka saya sediakan Siri Buku PBL : Pencemaran Udara sebagai panduan bagi membimbing mereka menjalankan pembelajaran berasaskan projek ini. 

Hasilnya jauh lebih baik, kerana murid juga dapat mempelajari sisi lain pencemaran udara, tanpa hanya terlalu fokus pada penghasilan produk akhir.





Mudah-mudahan perkongsian ini membantu guru-guru sains tingkatan 1 untuk menjalankan PBL di sekolah.