.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Isnin, 31 Disember 2018

Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 di MRSM Beseri

Sesi perkongsian tahun 2018 di tutup dengan peluang berkongsi ilmu amalan terbaik PAK21 dengan guru-guru MRSM Beseri, Perlis. Seingat saya, perkongsian ini adalah yang kelima bersama kumpulan guru MRSM selepas Kubang Pasu, Jeli, Langkawi, dan KJ Sains MARA seluruh Malaysia.







Secara keseluruhannya, saya gembira bertemu dengan warga guru di MRSM Beseri yang cukup bersemangat untuk berkongsi ilmu. Banyak perkara yang dikongsikan termasuk pengalaman di Korea dan Amerika Syarikat yang banyak membuka minda saya dalam melihat pendidikan di Malaysia.

Selamat maju jaya buat guru MRSM Beseri. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dalam mendidik anak bangsa.



Ahad, 30 Disember 2018

Scan Dokumen dengan Mudah Guna Tiny Scanner

Teknologi telefon pintar banyak membantu guru dalam menguruskan dokumen. Banyak aplikasi yang ada membolehkan guru mengimbas atau bahasa mudahnya, scan dokumen dengan lebih cepat, mudah dan tanpa sebarang kos. Iaitu dengan menggunakan Tiny Scanner. Saya kongsi kan langkah mudah untuk menggunakan Tiny Scanner bagi urusan scan dokumen anda!




Langkah 1
Download dan Install aplikasi Tiny Scanner daripada Play Store and . Banyak lagi aplikasi lain yang cikgu boleh cuba. Tapi yang syorkan ini sebab interface dia yang simple dan memudahkan.




Langkah 2
Buka aplikasi Tiny Scanner anda, dan kemudian tekan butang kamera untuk scan dokumen. Set kan jugak sempadan bahagian tepi kiri dan kanan, atas dan bawah dokumen yang nak discan.



Langkah 3
Tentukan tahap gelap dan cerah dakwat yang nak digunakan sesuai dengan dokumen yang anda ada, dan dokumen yang anda nak simpan. Biasanya saya pakai set yang dah standard saja. Dokumen dah nampak bersih.


Langkah 4
Letak nama yang bersesuaian dengan tajuk dokumen yang anda nak simpan.



Langkah 5
Pilih format mana yang anda nak simpan. Ada dua format yang anda boleh pilih, sama ada dalam bentuk .pdf atau .jpg. Favorite saya tentu lah format .jpg yang lebih mudah nak urus dan nak di kongsi dengan orang lain.


Langkah 6
Jika format .jpg yang dipilih, anda terus boleh simpan ke Gallery dengan menekankan butang Share. Jadi lebih senang nak dihantar ke WhatsApp atau pun Telegram.



Alhamdulillah selesai. Demikianlah 6 langkah mudah yang cikgu-cikgu boleh guna kan untuk scan dokumen yang cikgu perlu kan. Hanya guna telefon pintar Masing-masing, dengan cara guna yang Sangat mudah dan menyenangkan. Semoga membantu dan selamat berkongsi!


Jumaat, 28 Disember 2018

Faham Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Dengan Lebih Mudah

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebelum ini dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam DSKP. Selain daripada Standard Prestasti, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).


Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Sebelum kita pegi lebih lanjut mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) jom kita fahamkan dulu tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan apa bezanya dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).


Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Standard Kandungan
Standard Kandungan adalah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran 
Standard Pembelajaran adalah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Standard Prestasi
Standard Prestasi adalah  suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid. 



Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif iaitu Pentaksiran Untuk Pembelajaran dan juga Pentaksiran Sebagai Pembelajaran. 

Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran. 


Pentaksiran Formatif dan Sumatif
Pentaksiran Formatif dan Sumatif


Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Contoh pentaksiran ini ialah aktiviti soal jawab semasa pembelajaran dijalankan. Maklumat yang diperolehi membantu guru meneruskan PdPc seterusnya.


Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Contoh pentaksiran ini ialah murid membina peta konsep tentang apa yang telah dipelajari bagi mempamerkan pemahaman dan hubungannya dengan pengetahuan semasa. Pentaksiran ini memberi peluang kepada murid belajar dan memikirkan cara mereka belajar. 


1. Pentaksiran Kendiri
Murid menilai kerja mereka sendiri berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas

Bentuk pentaksiran kendiri ialah:
- Rancangan / diari mingguan murid
- Soal selidik
- Portfolio
- Pemarkahan merujuk kriteria tertentu
- Helaian pentaksiran dengan memberi ulasan
- Maklum balas secara lisan
- Perbincangan kumpulan atau individu
- Kenyataan peribadi untuk kad laporan
- Persediaan dan perancangan ke arah hasil kerja muktamad
- Analisis kriteria dan keupayaan pentaksiran murid


2. Pentaksiran Rakan Sebaya
Memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam pasukan atau kumpulan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab. 


Pentaksiran Tentang Pembelajaran
Pentaksiran Tentang Pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Biasanya berlaku dalam bentuk ujian sumatif. Juga boleh berlaku dalam bentuk pembentangan hasil projek. 



Objektif Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru. 

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru dapat:
- mengesan pengetahun sedia ada murid
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- mengetahui keberkesanan PdPc
- merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc
- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, murid dapat:
- mengesan perkembangan diri
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- meningkatkan pencapaian pembelajaran



Ciri-Ciri Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Terdapat 9 ciri utama yang dapat membantu guru dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan dapat diatasi dengan segera. PBD dilaksanakan seperti rajah di bawah

 
Ciri Utama Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Ciri Utama Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)





Tahap Penguasaan
Tahap Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan perkembangan murid. Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusu secara hierarki dan digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran. 


Pernyataan Tahap Penguasaan
Pernyataan Tahap Penguasaan


Bagi yang nakkan maklumat lebih lanjut mengenai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), anda boleh lah download Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) daripada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.




Dari panduan yang disediakan, contoh juga diberikan bagaimana nak isi templat pelaporan PBD dengan lebih terperinci.



Pertimbangan Profesional 
Pertimbangan profesional ialah pertimbangan yang dibuat menggunakan pengetahuan profesional terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai, bukti pencapaian, strategi pengajaran, kaedah pentaksiran serta kriteria dan standard yang ditetapkan. 

 
Elemen Pertimbangan Profesional
Elemen Pertimbangan Profesional


Guru perlu membuat keputusan secara beretika dan bertanggungjawab mengenai tahap penguasaan murid, berdasarkan analisis dan rumusan maklumat terhadap pembelajaran.

Elemen dalam melaksanakan pertimbangan profesional adalah pengetahuan, tanggungjawab profesional, input murid dan pengalaman. Perkara lain yang juga perlu diambil kira dalam melaksanakan pertimbangan profesional adalah hasrat kurikulum, tujuan pentaksiran, kaedah pentaksiran, suasana pentaksiran, amanah dan peluang.


Moderasi
Moderasi adalah proses penetapan aspek atau kriteria dalam pentaksiran. Moderasi dijalankan bagi tujuan memastikan pertimbangan yang dibuat adil, konsisten, sah dan boleh dipercayai. Guru boleh menggunakan mana-mana kaedah seperti kalibrasi, persidangan dan merujuk pakar.


Secara keseluruhannya, pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah seperti carta alir berikut.


Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


 1. Merancang PdPc dan Kaedah Pentaksiran
- memahami kandungan tajuk dalam DSKP
- menentukan objektif pembelajaran yang perlu dicapai murid dan yang hendak ditaksir guru
- Mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai


2. Melaksanakan PdPc dan Pentaksiran
- Pentaksiran secara Lisan
- Pentaksiran secara bertulis
- Pentaksiran secara pemerhatian


3. Merekod dan Menganalisis Penguasaan Murid
- rekod dalam bentuk pernyataan, simbol, markah dan gred
- boleh dilakukan dalam rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak dan templat pelaporan


4. Tindakan Susulan


5. Melapor
- merangkumi tahap penguasaan, penyataan tentang minat, sikap dan perlakuan serta cadangan tindakan susulan


Bagi membantu guru-guru lebih memahami Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) direkodkan, guru-guru boleh lah rujuk pada 15 Contoh-Contoh Instrumen Pentaksiran yang ada pada Bab 6 Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).




Secara keseluruhannya,  diharapkan melalui perkongsian ini mampu membantu memudahkan urusan guru-guru mendapatkan gambaran awal (sebelum mendalami) mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 

Bersamalah kita meningkatkan kualiti profesional kita sebagai guru, dan seterusnya memberi impak positif kepada pendidikan di Malaysia!



 

Khamis, 27 Disember 2018

15 Contoh Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru menentukan hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan dari Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. 

Contoh instrumen dalam artikel ini hanyalah sebagai panduan dalam memberi idea kepada guru tentang bentuk instrumen yang boleh digunakan dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru bebas memilih dan menentukan kaedah serta instrumen pentaksiran berdasarkan kreativiti, situasi dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.



Secara mudahnya, contoh instrumen pentaksiran seperti yang diberikan dalam Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah seperti berikut:


1. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian
- senarai semak
 
Senarai semak


- anekdot

Catatan anekdot
Catatan anekdot


- rekod berterusan

Rekod berterusan
Rekod berterusan


-  gambar aktiviti

Gambar Aktiviti


2. Kaedah pentaksiran secara lisan
- murid dengan guru

Pentaksiran secara lisan antara murid dengan guru
Pentaksiran secara lisan antara murid dengan guru



- murid dengan murid

Pentaksiran secara lisan antara murid dengan murid
Pentaksiran secara lisan antara murid dengan murid


- murid dengan bahan pembelajaran

Pentaksiran secara lisan antara murid dengan bahan pembelajaran
Pentaksiran secara lisan antara murid dengan bahan pembelajaran


3. Kaedah pentaksiran secara penulisan
- lembaran kerja (soalan latihan)

Lembaran kerja (soalan latihan)
Lembaran kerja (soalan latihan)


- lembaran kerja (bentuk jadual)

Lembaran kerja (bentuk jadual)
Lembaran kerja (bentuk jadual)


4. Pentaksiran kendiri
- lembaran pentaksiran kendiri atau refleksi 

 
lembaran pentaksiran kendiri atau refleksi
lembaran pentaksiran kendiri atau refleksi


- penggunaan rubrik

 
Penggunaan rubrik
Penggunaan rubrik


- senarai semak 

Senarai semak
Senarai semak


- skala kadar 

Skala kadar
Skala kadar


5. Pentaksiran Rakan Sebaya
- borang maklum balas 

Borang maklum balas
Borang maklum balas

Semoga perkongsian 15 contoh instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini memberikan guru-guru sedikit input berguna mengenai pelaksanaan PBD di sekolah dengan lebih baik.




 

Rabu, 26 Disember 2018

Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran bertarikh 3 Disember 2018 telah memaklumkan takwim penggal dan cuti persekolahan bagi tahun 2019. Bagi negeri Kumpulan A, sesi persekolahan 2019 akan bermula 1 Januari 2019 sehingga 21 November 2019, manakala bagi negeri Kumpulan B, sesi persekolahan 2019 akan bermula 2 Januari 2019 sehingga 22 November 2019.


Kumpulan A
Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

 
Takwim Persekolahan Tahun 2019 Kumpulan A
Takwim Persekolahan Tahun 2019 Kumpulan A




Kumpulan B
Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya


Takwim Persekolahan Tahun 2019 Kumpulan B
Takwim Persekolahan Tahun 2019 Kumpulan B


Cuti Perayaan
Cuti perayaan yang telah diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.

Cuti Perayaan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019
Cuti Perayaan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019


Semoga perkongsian takwim dan cuti persekolahan bagi tahun 2019 ini membantu memudahkan urusan guru-guru dan pihak sekolah dalam merancang perjalanan program dan aktiviti untuk sepanjang tahun. 



Selasa, 25 Disember 2018

Refleksi Saya Untuk Tahun 2018

Tahun 2018 adalah tahun ke-12 saya bergelar pendidik. Sekejap saja masa berlalu. Rasa macam baru jer posting. Hahaha. Saya kira sudah mendapat rentak dalam dunia pendidikan. Namun dengan berbaki berpuluh tahun lagi nak mengajar, siapa tahu apa yang akan berlaku. Ye dak? Yang penting, jaga niat, jaga tujuan, InshaAllah Allah mudahkan segala urusan lain. 

Refleksi Saya Sebagai Guru Untuk Tahun 2018
Refleksi Saya Sebagai Guru Untuk Tahun 2018

Buat yang first time baca blog saya, artikel ini adalah refleksi ke-6 saya. Boleh baca refleksi saya buat pada tahun 2013, 2014, 2015, 2016, dan 2017 untuk melihat suka duka saya dalam bidang pendidikan. Jangan dok tengok tang yang berjaya saja. Onak duri tu, siapa yang tahu kan?


Seronok juga bila menulis refleksi nih. Apatah lagi disimpan dalam bentuk penulisan kat blog sebegini. Sekurang-kurangnya ada juga tempat luahan dan motivasi saya sendiri untuk saya merenung kembali, apa yang saya dah sumbang dan capai sebagai seorang guru.



Blogging Tahun ke-6
Macam tak percaya kan, dah 6 tahun saya menulis. Dengan usia blog yang sebegini, maka semakin lah ianya bersifat mesra Google. Jadi cari apa saja yang berkaitan pendidikan, inshaAllah boleh jumpa blog cikguhailmi.com nih. Satu pencapaian lah jugak. Sebab bukan senang nak istiqamah menulis blog nih weyh.. 



Jom follow @cikguhailmi di media sosial
Jom follow @cikguhailmi di media sosial

Sehingga kini blog dah mencatatkan jumlah view hampir 30, 000, 000. Sebanyak 1,500 artikel dah ditulis, majoritinya untuk pendidikan. Perkongsian di media sosial lain juga banyak membantu perkembangan blog ini.

Youtube : 7000 https://www.youtube.com/cikguhailmi
Facebook : 50,000 https://www.facebook.com/cikguhailmi/
Instagram : 12,000 https://www.instagram.com/cikguhailmi/
Twitter :  1,331 https://twitter.com/cikguhailmi





Bahang STEM
Sesuai dengan trend pendidikan pada tahun ini, maka banyaklah perkongsian yang berkaitan dengan STEM untuk tahun ini. Penstrukturan KPM dengan penubuhan Pusat STEM Negara yang diterajui oleh Dr Ihsan Ismail sangat membantu memberi impak perhatian kepada bidang STEM pada tahun 2018 ini.

 
STEMVengers - Kumpulan guru STEM aktif
STEMVengers - Kumpulan guru STEM aktif


Bermula dengan sesi bengkel hands-on bersama pasukan STEMVengers menerusi siri Kolokium Pendidikan STEM di Sarawak, Sabah dan Kelantan. Sayang sket sebab untuk siri Kolokium STEM terakhir di Perak, tak dapat saya sertai atas kekangan masa dengan persediaan murid menghadapi peperiksaan SPM. 

Selain daripada kepada guru, permintaan terhadap pendedahan amalan terbaik STEM juga datang daripada bakal guru. Pada Oktober, saya menerima lawatan daripada bakal guru IPKDRI Terengganu untuk melihat makmal. Mac sebelumnya pula adalah lawatan guru-guru Sains SMK Jalan Tiga, Bangi juga bagi tujuan yang sama.



Lawatan bakal guru Sains dari IPGM Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu
Lawatan bakal guru Sains dari IPGM Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu
Perkongsian amalan STEM terbaik, pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek
Perkongsian amalan STEM terbaik, pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek


Pelantikan sebagai Tenaga Pengajar Utama bagi Inquiry-Based Science Education (IBSE) inisiatif Pusat STEM Negara juga banyak membantu saya menjalankan perkongsian dengan murid dengan menggunakan pendekatan inkuiri dan project-based learning.

Antara murid yang pernah ikuti bengkel STEM bersama saya adalah SMK Bandaraya Kota Kinabalu (Sabah), SMK Pengkalan Chepa 1 (Kelantan), SMK Bandar Puteri Jaya (Kedah) dan SMK Tun Sharifah Rodziah (Kedah). 



Aktiviti STEM di SMK Tun Sharifah Rodziah
Aktiviti STEM di SMK Tun Sharifah Rodziah


Amerika, Aku Datang!
Kemuncak tahun ini juga bila saya terpilih bagi mengikuti program Honeywell Educators at Space Academy 2018 di Alabama, Amerika Syarikat. Amerika weyh! Memang tak sangka sangat dapat jejakkan kaki kat negara Uncle Sam tu. Tapi alhamdulillah, jadi rezeki.

 
Honeywell Educators at Space Academy 2018
Honeywell Educators at Space Academy 2018




Mission to Mars
Mission to Mars


Banyak sangat pengalaman yang saya dapat daripada tempoh 10 hari mengikuti kursus STEM di sana. Saya tulis lengkap perkongsiannya dari persediaan, Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4, Hari 5, Hari 6 dan 10 Perkara Yang Saya Belajar Daripada Pengalaman Tersebut. Semoga juga jadi manfaat untuk orang lain.

 
Jemputan ekslusif ke Kedutaan Amerika Syarikat
Jemputan ekslusif ke Kedutaan Amerika Syarikat


Selang sebulan pulang dari Amerika, saya dapat jemputan istimewa untuk hadir ke Kedutaan Amerika Syarikat. Ekslusif sangat pada saya. Sebab bukan semua orang ada peluang yang sama. Peluang bertemu dengan beberapa personal yang bekerja di Kedutaan membuka mata saya mengenai arah tuju sebagai pendidik pada tahap global. 

Hasil daripada pengalaman ke US jugak berjaya membuahkan Karnival Eskplorasi STEM Angkasa, hasil kerjasama Pusat STEM Negara dan JPN Kedah, yang berlangsung di SMK Jerlun, sekolah saya sendiri. Tuan Haji Ahmad Rafee, Pengarah Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan sendiri yang turun merasmikan program tersebut. Bangganya!

 
Eksplorasi STEM Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah
Eksplorasi STEM Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah


Sangat seronok apabila karnival STEM berskala negeri dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama penuh warga sekolah, dan pihak lain yang terlibat dalam membawa bidang penjelajahan angkasa kepada murid luar bandar di sini.

Siri penulisan buku Project-based Learning bagi Sains Tingkatan 1 juga telah berjaya dilengkapkan dengan tajuk Pencemaran Udara, Karnival Usahawan Cilik dan Pembiakan Vegetatif. Manakala buku STEM : Amalan Terbaik Bilik Darjah juga telah berjaya menjadi satu lagi buku penulisan saya pada tahun ini. 



Lengkap siri PBL dan buku STEM Amalan Terbaik Bilik Darjah
Lengkap siri PBL dan buku STEM Amalan Terbaik Bilik Darjah



Pembelajaran Abad ke-21
Untuk tahun 2018 ini, masih lagi saya mendapat jemputan perkongsian amalan terbaik PAK21 dalam bilik darjah. Jika dulu jemputan banyaknya daripada negeri sebelah Pantai Timur, seperti Pahang dan Terengganu, tahun ini jemputan pula banyak dari zon Utara dan Tengah. 

 
Sesi perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Seremban
Sesi perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Seremban


Sehingga kini, sejak 2016 sudah lebih 200 bengkel dan seminar yang berkaitan telah saya diberi peluang sebagai penceramah. Alhamdulillah, rasa sangat seronok dapat berkongsi ilmu dengan guru-guru lain. Apatah lagi jika ilmu tadi dimanfaatkan pula. Best!

Ada yang mahu ke tahap yang lebih dekat, maka diadakan juga Open Classroom bagi 120 orang guru dari 5 buah sekolah dalam daerah Kubang Pasu. Selain itu ada beberapa sekolah yang juga datang bagi tujuan benchmarking seperti dari SMK Jalan Tiga, Selangor

Malah pihak sekolah saya juga telah mula mengorak langkah dengan menganjurkan perkongsian amalan terbaik guru-guru SMK Jerlun yang mendapat pujian daripada pegawai SISC+ yang hadir. 



Open Classroom bagi guru dibimbing dalam daerah Kubang Pasu
Open Classroom bagi guru dibimbing dalam daerah Kubang Pasu

Dan kemuncaknya, pada Disember juga saya dijemput bagi Kempen Guru Pembelajaran Abad ke-21 yang dianjurkan oleh PADU Education di Cyberjaya. Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, iaitu Dr Maszlee Malik dalam suasana yang cukup meriah. 


Superhero Teachers bagi Kempen Guru Pembelajaran Abad ke-21
Superhero Teachers bagi Kempen Guru Pembelajaran Abad ke-21

Tambah lagi menggembirakan bila nama saya juga diumumkan sebagai antara Superhero Teacher bersama beberapa rakan guru lain. Meremang bulu roma weyh.



Anugerah Antarabangsa
Dua anugerah yang menjadi kemuncak pada kerjaya saya untuk tahun ini, ialah Ikon Guru Teknologi Pendidikan Negeri Kedah semasa Anugerah Pembestarian Kedah 2018 dan juga Anugerah Best Science Teacher from Malaysia yang dianugerahkan semasa Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 di Bali, Indonesia.  Anugerah yang memang saya pun tak sangka.



Perkongsian melalui media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia
Perkongsian melalui media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia


Anugerah Guru Sains Terbaik di Ki Hajar Dewantara Award 2018, Bali Indonesia
Anugerah Guru Sains Terbaik di Ki Hajar Dewantara Award 2018, Bali Indonesia

Jika diikutkan juga sebenarnya tak pernah pun saya nak aim kepada anugerah-anugerah nih. Buat saja kerja buat kita, dengan penuh passion sebagai seorang guru. Tapi tu lah. Kadang-kadang rezeki Allah nak bagi tu kita tak tahu. Maka bila ada peluang, cuba lah dengan sebaik mungkin, sedaya upaya.  

Rezeki ini juga membuka peluang kepada saya untuk kolaborasi dengan lebih banyak guru di peringkat antarabangsa, terutamanya di Asia Tenggara. Selepas anugerah di Bali tersebut, saya mendapat dua jemputan untuk perkongsian secara seminar online. 

 
Pengalaman seminar online dengan pembentang antarabangsa
Pengalaman seminar online dengan pembentang antarabangsa


Yang pertama seminar online bersama dengan SEAMOLEC, Indonesia dan satu lagi adalah dengan seminar online kerjasama Kementerian Pendidikan Indonesia bagi pendekatan STEM untuk sekolah-sekolah Teknikal dan Vokasional di sana. Satu pengalaman baharu yang sangat menarik!

Ada kalanya juga, setelah dengan sepenuh usaha kita jalankan, jika masih belum jadi kita punya, maka percayalah, itu maksudnya belum sampai rezeki kita. Belum sampai masa tepat yang dijanjikan rezekiNya. Teruskan berusaha, jangan putus asa, mana tahu tahun depan, jadi rezeki kita pula!



Laluan Kerjaya
Seperti yang selalu saya tegaskan, bahawa saya punya kecintaan yang sangat tinggi, kepada laluan Guru Cemerlang. Untuk berada di bilik darjah, bereksperimentasi dengan anak murid, merupakan satu kepuasan bekerja buat saya. 

Namun dengan beberapa perkembangan terkini dalam penstrukturan semula jawatan dan kementerian, menyebabkan saya kini bersedia untuk apa saja jika seandainya jawatan Guru Cemerlang ini digantikan dengan jawatan lain yang hampir serupa.

Adakah SME akan menggantikan Guru Cemerlang?
Adakah SME akan menggantikan Guru Cemerlang?

Saya difahamkan juga akan ada jawatan berteraskan SME (Subject Matter Expert) yang akan diperluaskan lagi kepada pegawai lain, bukan sahaja pedagogi dalam bilik darjah. Jadi kita tunggu saja dulu apa yang bakal berlaku, dengan usaha sepatutnya juga turut dipersiapkan dari masa ke semasa. 

Sebagai langkah menghadapi apa yang belum diketahui itu juga, saya berusaha meningkatkan nilai tambah pada diri saya dengan menyambung pelajaran ke peringkat Master. Pilihan saya tentulah, mod eksekutif cuti sekolah di UKM dengan jadual yang lebih fleksibel untuk saya. 



Sarjana Sains Pendidikan 2018 / 2019 - Mod Cuti Sekolah (UKM)
Sarjana Sains Pendidikan 2018 / 2019 - Mod Cuti Sekolah (UKM)

Benar lah kata orang, lebih banyak kita tahu, maka lebih banyak yang kita tak tahu sebenarnya. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya pelajari sepanjang dua semester ini, dan inshaAllah akan membantu profesionalisme saya sebagai guru selepas ini. Mohon anda semua doakan semoga usaha menuntut ilmu saya ini dipermudahkan olehNya juga ya.



Sebagai penutup refleksi kali ini, saya merasakan bahawa setiap pencapaian tidak bermakna, jika tidak ada yang dapat kita kongsikan semula dengan orang lain. Seperti yang saya katakan kepada adik-adik KOMTEP 2018, "it is not about you got selected to go to Korea. It is about what can you do, after you come back from Korea!" 

 
What's next?
What's next?


Itu lah yang saya cuba terapkan pada setiap kali perkara yang saya capai dan diberikan peluang. "What's next?" itu adalah lebih penting pada pandangan saya, dan sejauh mana impaknya itu juga boleh memanfaatkan orang lain. 

Untuk itu, jom sama-sama kita berjaya!