.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Rabu, 22 Februari 2017

3 Strategi Pdp STEM di Malaysia

Perkembangan STEM di Malaysia sudah menjadi semakin rancak mutakhir ini. Beberapa inisiatif dirancang bagi memastikan pelaksanaan STEM, terutamanya di sekolah berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran. Berikut adalah 3 strategi Pdp STEM yang dijalankan di Malaysia.


3 Strategi Pdp STEM di Malaysia
3 Strategi Pdp STEM di Malaysia


1. Inkuiri
Pendekatan ini merangsang sifat ingin tahu dalam diri murid sehingga membawa naluri ingin menyiasat bagi mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu persoalan

Extra : IBSE (Inquiry Based Science Education)



2. Penyelesaian Masalah
Kaedah pembelajaran berasaskan masalah, di mana murid dapat menyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri secara kolaboratif dan berpusatkan murid

Extra : Kursus STELR -STEM Education di Bandung 



3. Berasaskan Projek
Pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang, mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan menghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjurus kepada matlamat yang spesifik.






Ahad, 19 Februari 2017

Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi

Kali ini saya berpeluang untuk berkongsi pengalaman PdPc Abad 21 dengan warga guru di sekolah negeri kelahiran saya Perlis, iaitu SMK Syed Alwi. Walaupun dengan jadual yang agak padat, tetapi inshaAllah saya cuba cari masa yang sesuai memandangkan ini merupakan jemputan pertama dari sekolah dalam negeri Perlis. 


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi
Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi

Variasi yang ada pada sekolah ini menyebabkan banyak perkara saya perlu bagi perhatian bila nak buat perkongsian di sekolah ini. Mereka terdiri daripada guru pelbagai aliran. Ada guru aliran perdana, aliran pendidikan khas dan juga aliran Tingkatan 6. Apatah lagi contoh yang banyak saya kongsikan adalah contoh pengajaran bagi matapelajaran Sains. 

Tetapi inshaAllah saya cuba yang terbaik bagi berkongsi pengalaman ini, dan dalam masa yang sama memastikan perkongsian ini dapat menjadi ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada warga sekolah SMK Syed Alwi.


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi
Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi

Daripada reaksi semasa perkongsian, jelas terpancar keterujaan warga pendidik di sini apabila mendengar perkongsian saya mengenai cara kerja dan juga sistem pendidikan di Korea. Membuka minda dan perspektif baharu terhadap kenapa perlunya kita juga berubah dalam mendidik. 


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi
Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi

Perkongsian menjadi semakin positif apabila rakan guru di SMK Syed Alwi mula melontarkan soalan demi soalan bagi mengupas bagaimana saya melaksanakan PdPc Abad 21 di dalam bilik darjah. 

Fokus utama saya tentu lah pada strategi pengajaran yang berpusatkan kepada 4 konsep penting dalam Pembelajaran Abad 21 iaitu mengalakkan murid berkomunikasi menyampaikan idea, menggalakkan murid untuk berkolaboratif dalam kerja berpasukan, menjana pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid.


Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi
Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di SMK Syed Alwi

Pembelajaran yang menyeronokkan tentu meninggalkan impak kepada murid, sekaligus memberikan pembelajaran yang penuh dengan makna. Murid juga berkembang dari sebanyak mungkin aspek, terutamanya pada kemahiran yang mereka perlukan pada Abad ke-21 ini.

Diharapkan melalui perkongsian pengalaman ini memberikan sudut pandang baharu yang boleh dimanfaatkan oleh warga guru di SMK Syed Alwi. Semoga jadi ilmu yang berguna. Amin!



Perkongsian PdPc Abad 21 di SMK Bandar Puteri Jaya

Minggu lepas saya berkesempatan untuk satu lagi perkongsian amalan pdpc Abad 21 di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah iaitu SMK Bandar Puteri Jaya. Segala urusan adalah melalui Cikgu Deeparani, guru Bahasa Melayu yang sentiasa proaktif dalam memastikan saya berpeluang berkongsi dengan rakan guru di sini. 


Perkongsian PdPc Abad 21 Cikgu Hailmi di SMK Bandar Puteri Jaya
Perkongsian PdPc Abad 21 di SMK Bandar Puteri Jaya

SMK Bandar Puteri Jaya adalah sekolah yang baru beroperasi pada tahun 2015. Tetapi lokasinya yang strategik di antara beberapa buah taman perumahan membuatkan sekolah ini menjadi pilihan ramai pelajar. Jika tak salah saya, jumlah pelajarnya saja sudah mencecah angka 1000 walaupun baru dua tahun dibuka. 

Perkongsian berlangsung di bilik Pusat Sumber yang besar dan kemas. Memang sangat selesa. Ketika saya tiba, Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya, Tuan Haji Osman bin Omar sedang berkongsikan maklumat terkini pendidikan Malaysia mengenai SKPM Gelombang 2. Dan tentunya perkongsian beliau adalah lebih banyak merujuk kepada Standard 4, yang memfokuskan kepada peranan guru dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan.


Perkongsian PdPc Abad 21 di SMK Bandar Puteri Jaya
Tenaga kerja utama Pembudayaan PAK21 di SMK Bandar Puteri Jaya

Sementara menunggu giliran, saya juga diperkenalkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, iaitu Cikgu Harun bin Salleh yang cukup bersemangat dengan program perkongsian ini. Selain daripada Cikgu Deeparani sendiri, usaha ini turut dibantu oleh Penyelaras PAK21, iaitu Cikgu Harifah Md Amin. 

Patut lah usaha pembudayaan PAK21 di SMK Bandar Puteri Jaya ini berjaya, kerana pasukan ini mendapat sokongan padu dari pihak pentadbir dan juga rakan guru lain. Tahniah saya ucapkan.


Barisan pentadbir dan pelaksana turut bersama untuk  perkongsian PAK21

Pegawai SISC+ dari PPD Kuala Muda Yan turut hadir

Boleh tonton video di bawah bagi melihat secara keseluruhan, ceramah perkongsian amalan pdpc Abad 21 yang dijalankan di sekolah ini. 




Diharapkan melalui perkongsian pengalaman ini, berjaya membuka perspektif baru dan juga memberi inspirasi kepada rakan guru di SMK Bandar Puteri Jaya bagi membudayakan Pembelajaran Abad 21 di sekolah ini. 

Harapan saya tak lain dan tak bukan, adalah segala perkongsian ilmu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh warga guru dengan pengamalan di dalam kelas. Bukan sekadar tahu, tetapi juga beramal dengan pengetahuan tersebut.


Cenderamata daripada Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya, Tuan Haji Osman bin Omar

Gambar kenangan bersama warga sekolah SMK Bandar Puteri Jaya

Saya melihat kerjasama berpasukan di sekolah ini merupakan sumber kekuatan utama dalam membantu SMK Bandar Puteri Jaya mencapai kecemerlangan. 

Dengan usaha dan semangat jitu segenap lapisan warga sekolah, daripada barisan pentadbir kepada barisan pelaksana, iaitu guru sendiri; tak mustahil sekolah ini juga boleh sebaris dengan sekolah-sekolah utama lain dalam PPD Kuala Muda Yan suatu hari nanti.




Bertemu dengan warga pendidik yang positif, merupakan suatu motivasi untuk saya terus aktif berkongsikan sedikit ilmu pengetahuan yang saya ada. Untuk warga SMK Bandar Puteri Jaya, selamat maju jaya saya ucapkan!



Jumaat, 17 Februari 2017

Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint Malaysia

Baru-baru ini saya berpeluang untuk mencuba satu servis percetakan yang menarik di Internet, iaitu khidmat print online (cetak atas talian). Website yang menawarkan perkhidmatan print menarik ini adalah Gogoprint Malaysia yang boleh diakses melalui http://www.gogoprint.com.my/



Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint
Mudah nya print online dengan Gogoprint

Walaupun sebenarnya ada banyak website yang menawarkan khidmat seumpamanya, tetapi kali ini hati saya tertarik untuk mencuba perkhidmatan Gogoprint Malaysia nih sebab nampak mudah dan tak menyusahkan. 



Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint
Khidmat print online di Gogoprint

Saya diberi baucer secara kupon sebanyak RM120. Hmm.. banyak jugak yang boleh digunakan untuk print bahan dengan harga sebanyak ini. Memang pening nak print apa. Tapi setelah saya mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Gogoprint Malaysia, maka saya buat keputusan untuk mencetak poskad yang akan digunakan sebagai hadiah kepada follower blog ini.



Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint
Pilihlah produk yang sesuai dengan tujuan percetakan anda

Bahagian kolum atas tu, anda boleh klik dan lihat lebih banyak pilihan bentuk apa yang anda nak cetak menepati keperluan anda. Banyak! Antara yang ada adalah bagi tujuan bisnes, party, pemasaran dan macam-macam lagi. Kalau dah rambang mata sangat tak pasti nak cetak yang mana satu, boleh terus ke pilihan Best Seller. 


Di sini lagi banyak pilihan. Ada flyer, ada poster, ada envelope, ada booklet, leaflet, brochure, dan banyak lagi lah senarai nya. Pilih lah mana yang anda berkenan mengikut tujuan anda. Maka kat sini saya klik bahagian Postcard.

Kalau ada yang nak try order bisnes kad, boleh lah pegi klik kat sini https://www.gogoprint.com.my/business-cards.html

Selepas itu, anda ada lebih banyak pilihan saiz, jenis kertas, cetakan berwarna atau macam-macam lagi setting. Bagi  yang mengutamakan kualiti cetakan dan produk, maka kat sini lah kelebihan bagi setting anda sendiri tentukan.



Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint
Anda bebas tentukan sendiri kualiti produk anda

Yang bestnya, setiap kali anda buat ubah setting, bahagian harga akan secara automatik memberikan harga yang sesuai dengan ciri-ciri yang anda mahukan. Maka bolehlah memilih jenis kertas, atau saiz yang berpadanan dengan bajet anda. Tak dak lah nanti kes yang over-budget pulak kan. Memang terbaik kan? 

Pilihan harga pula memang banyak, boleh disesuaikan dengan bajet anda. Dan yang lagi best, harga tu boleh dipilih mengikut bilangan hari yang anda mahukan produk tersebut disiapkan. Sama ada nak mahu percetakan normal ataupun secara ekspress. 



Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint
Pilihan harga yang banyak sesuai dengan bajet dan keperluan anda

Bagi yang ada lebih bajet, dan kesuntukan masa, maka anda pilihlah pilihan harga yang sesuai melalui percetakan secara ekspress. Yang penting, bahan siap dicetak dan sampai kat rumah anda, tepat pada masanya!


Fasa terakhir adalah Order Summary, iaitu ringkasan kepada order yang anda buat. Di sini juga ada disediakan beberapa perkhidmatan lain seperti khidmat design dengan harga yang berpatutan serta tiga kali konsultasi atau pun anda gunakan sahaja design yang anda buat. Terserah.



Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint
Ringkasan order membantu anda sebelum bergerak ke peringkat seterusnya

Jika anda bersetuju dengan segala spesifikasi yang telah anda pilih tadi, maka teruslah ke 
bahagian Shopping Cart. Ada beberapa perkara dimaklumkan seperti tarikh bahan siap dan dicetak serta maklumat lain. 



Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint
Bahagian Shopping Cart

Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint
Bahagian Payment yang berfungsi dengan sangat baik

Teruskan ke bahagian Payment dan akhir sekali jangan lupa upload design anda dengan menggunakan format pdf. Website jugak memaparkan hari dan masa terakhir untuk anda muatnaik design bagi memastikan bahan dapat disiapkan pada masa yang dijanjikan. 



Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint
Jangan lupa upload design anda pada masa yang ditetapkan!

Selesai semua urusan, anda akan menerima emel daripada Gogoprint Malaysia memaklumkan mengenai order anda. Ada nombor rujukan bagi membolehkan anda mengikuti setiap perkembangan order anda. Saya punya order dah siap. Tak sabar nak tunggu minggu depan sampai ke rumah!



Mudah nya Print Online Dengan Gogoprint
Makluman order anda disampaikan melalui emel dari masa ke semasa

Seingat saya, walaupun pertama kali menggunakan servis Gogoprint Malaysiat ini, semua urusan dapat diselesaikan dalam masa tak sampai 2 jam. Kalau lambat pun mungkin sebab ada terlalu banyak pilihan, sampai rambang mata, nak yang itu, nak yang ini.

Penggunaan website ini juga sangat mesra pengguna. Butang yang digunakan memang simple, dan tidak mengelirukan. Mudah saja untuk saya guna dan pilih, serta bergerak ke step seterusnya. Bahagian Payment pun memang berfungsi dengan sangat baik, mudah untuk buat urusan pembayaran secara online.

Dan ciri terakhir paling saya suka bila gunakan Gogoprint Malaysia ini adalah sebab saya dah tak perlu nak ke kedai printing. Bukan kerana tak cukup masa, tapi kerana melalui Gogoprint nih kita sendiri boleh pilih kualiti dan ciri cetakan yang macam mana kita nak untuk produk kita. Sesuai untuk mereka yang mementingkan kualiti, walaupun perlu bayar lebih sikit. 

Ok minggu depan barang sampai, saya update lagi ok! 





Khamis, 16 Februari 2017

8 Peranan Guru Dalam Melestarikan Pendidikan STEM

Peranan guru dalam melestarikan pendidikan STEM di Malaysia memang merupakan suatu perkara yang tak dapat nak dinafikan lagi. Perkembangan murid di peringkat sekolah, sama ada rendah atau menengah yang kebanyakkan masanya dipengaruhi oleh guru, membolehkan bidang STEM ini diperkenalkan dengan lebih baik dengan mereka. 

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh guru dalam menggalakkan murid untuk lebih cenderung kepada bidang STEM adalah dengan cara:

1. Menarik minat, memotivasikan dan relevan

2. Mengaplikasikan dan mengintegrasikan STEM


8 Peranan Guru Dalam Melestarikan Pendidikan STEM
Peranan guru dalam Pendidikan STEM

3. Menggunakan kaedah inkuiri, penyelesaian masalah / projek

4. Memberi peluang murid untuk eksplorasi ilmu menggunakan pelbagai media

5. Memberi peluang kepada murid menganalisis dan mensintesis maklumat dalam membuat rumusan

6. Membolehkan murid berkomunikasi secara efektif dan berkongsi hasil produk melalui pelbagai media / platform

7. Memberi peluang murid membuat rumusan, refleksi dan menambah baik idea / produk

8. Menggalakkan murid bekerjasama sebagai satu pasukan



Selasa, 14 Februari 2017

Blog Pendidikan Terbaik di Malaysia

Baru-baru ini laman web Pendidik2u telah berkongsikan satu artikel yang menarik, iaitu "Senarai Blog Pendidikan Yang Bagus Untuk Dilawati". Dalamnya disenaraikan 13 blog pendidikan di Malaysia yang menarik, berinformasi dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan jika anda mencari mengenai info pendidikan di Malaysia.



Blog Pendidikan Terbaik di Malaysia
Blog Pendidikan Terbaik di Malaysia

Alhamdulillah, laman blog www.cikguhailmi.com juga tersenarai antara salah satu blog pendidikan yang bagus untuk dilawati. Review daripada Pendidik2u untuk blog Cikgu Hailmi adalah seperti berikut,

Blog Cikgu Hailmi sememangnya blog yang terkenal, terutamanya di kalangan guru sains, banyak perkongsian maklumat serta artikelnya yang menarik untuk dibaca. Blog yang patut dijadikan sebagai blog contoh.

Terima kasih! Menyenaraikan blog Cikgu Hailmi dalam senarai antara blog pendidikan terbaik di Malaysia merupakan satu pengiktirafan kepada usaha-usaha perkongsian saya dalam media sosial selama ini. 


Antara blog pendidikan lain yang turut disenaraikan adalah Pendidik2u, CikguShare, SistemGuruOnline, cocomy, MohamadSyahmiHarun, CikguIK, CikguGrafik, CikguAyu, KSSR.org, EnglishVibes, AkhbarPendidikan, dan CgNarzuki. 


Usaha selama 4 tahun ini juga ternyata telah berjaya membuahkan banyak kenangan manis kepada saya dalam dunia pendidikan di Malaysia. Semoga juga blog www.cikguhailmi.com terus menjadi pilihan no.1 pembaca blog pendidikan di Malaysia. Terima kasih atas sokongan anda!



7 Ciri Pdp STEM

Penekanan bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) dalam pendidikan Malaysia nampaknya semakin agresif bermula tahun 2017 ini. Beberapa inisiatif STEM di Malaysia juga telah dirangka dan dijalankan bagi memastikan bidang ini bergerak seiring dengan kemampuan negara untuk berkembang maju.

Berikut adalah 7 ciri-ciri Pdp STEM yang telah digariskan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. 

1. Peka terhadap isu dan masalah dunia sebenar

2. Memberi pelbagai jawapan / penyelesaian dengan justifikasi

3. Inkuiri / projek / penyelesaian masalah dalam kehidupan sebenar

4. Kerja berpasukan yang produktif


7 Ciri Pdp STEM


5. Mengaplikasi pemahaman kandungan STEM

6. Memberi peluang menambah baik idea atau produk

7. Mengaplikasi kemahiran proses mereka bentuk


Semoga panduan ini memberikan info berguna untuk guru selaku pelaksana di sekolah, manfaatkan dalam aktiviti pembelajaran yang melibatkan STEM. Selamat maju jaya!



Ahad, 12 Februari 2017

Perkongsian PdPc Abad 21 di SMK Megat Dewa

Kali ini datang peluang untuk perkongsian pengalaman pdpc abad 21 di SMK Megat Dewa. Masih dalam daerah dan PPD yang sama dengan sekolah saya, sekolah ini memang tak asing lagi untuk saya. Ramai rakan-rakan guru sains di sini, yang selalu mempunyai aktiviti dengan saya melalui program sains peringkat daerah.


Perkongsian PdPc Abad 21 di SMK Megat Dewa


Selesai tamat waktu persekolahan, saya cuba sampai ke sekolah secepat mungkin. Ramai juga guru yang sudah mula menunggu di dalam bilik seminar. Tahniah untuk para guru SMK Megat Dewa yang masih setia menunggu perkongsian saya, walaupun saya difahamkan bahawa sebelah pagi nya saja sudah ada beberapa program besar dijalankan di sekolah. Tentu penat kan? Syabas dari saya!


Perkongsian PdPc Abad 21 di SMK Megat Dewa


Perkongsian PdPc Abad 21 di SMK Megat Dewa


Perkongsian berlangsung dengan baik. Pengalaman di Korea banyak membuka mata warga pendidik di sekolah ini. Mereka ternyata begitu teruja dengan suasana pembelajaran di sana. Saya kongsikan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas saya sendiri semasa pdp berlangsung. 




Semoga perkongsian tersebut menjadi inspirasi dan juga panduan kepada guru-guru di SMK Megat Dewa bagi membudayakan Pembelajaran Abad 21 di sini.

Selamat maju jaya dan semoga berjaya!



Jumaat, 10 Februari 2017

Rawatan Untuk Buta Warna

Tahukah anda masalah penglihatan warna atau pun juga lebih dikenali sebagai buta warna banyak melanda orang lelaki berbanding orang perempuan. Serius? Ya. Dan daripada fakta tersebut juga, dikatakan 5 - 6 % lelaki mempunyai masalah buta warna. Maknanya setiap 100 orang lelaki, ada 5-6 orang yang tidak dapat melihat warna dengan baik! Ramainyaaa... 


Rawatan Terkini Untuk Buta Warna
Lelaki lebih berisiko mengalami masalah buta warna


Bagaimana Buta Warna Boleh Berlaku?
Buta warna boleh berlaku apabila gen yang mengalami mutasi tersebut dipindahkan daripada ibu pembawa kepada anak kandungannya. Walaupun si ibu pembawa gen tidak mengalami masalah buta warna, tetapi kesan tersebut akan ada pada anak tadi.

Perlu juga anda tahu bahawa masalah ini akan berterusan dari lahir sampai bila-bila kerana berlaku disebabkan mutasi yang berlaku pada gen. Kesian kan?


Beza penglihatan yang normal dan mereka yang mempunyai masalah buta warna
Beza penglihatan yang normal dan mereka yang mempunyai masalah buta warna

Ramai yang menderita kerana masalah penglihatan ini. Dan tak kurang juga yang terpaksa mengorbankan cita-cita dan impian kerana dikatakan tidak ada langkah sesuai untuk membantu mereka menangani masalah buta warna ini. 

Lagi tambah kecewa, apabila biasanya perkara ini hanya diketahui apabila mula berkira-kira mencari kerja selepas tamat pengajian. Masa medical check-up. Mesti frust kan?.


Ujian Penglihatan Ishihara untuk menguji masalah buta warna
Ujian Penglihatan Ishihara untuk menguji masalah buta warna

Ya lah. Kalau di Malaysia, mereka dengan masalah buta warna tidak dibenarkan untuk menjadi seorang juruterbang. Malah ada juga kes yang tidak diterima melanjutkan pelajaran ke institusi bagi memburu cita-cita dan impian idaman gara-gara masalah ini. Nak-nak lagi time kena buat ujian warna Ishihara tu kan? Memang mimpi ngeri lah..



Bolehkah Buta Warna Dirawat?
Tapi kini anda dah tak perlu bimbang. Rupa-rupanya dah ada teknologi dan inovasi yang boleh digunakan untuk merawat masalah buta warna. Bukan saja anda boleh dapatkan dalam bentuk kaca mata, tetapi juga ianya sedia dalam bentuk contact lens! Wow!


Kacamata dan contact lens untuk masalah buta warna
Nampak lain sket kan kaca mata untuk orang buta warna

Beberapa ciri yang ada pada contact lens ini juga menjadikan ianya adalah pilihan yang tepat untuk anda. Tiada siapa yang akan perasan lensa nya yang boleh blend in masuk dengan warna coklat gelap anak mata orang Asia nih. Pendek kata, lens nih memang sangat sesuai untuk digunakan setiap hari.

Yang bagusnya lagi, sebab semua kanta mata ini adalah boleh digunakan secara kekal dan hanya perlu diganti jika dah rosak atau pun anda hilangkan. Hehehe..


Kacamata dan contact lens untuk masalah buta warna
Satu lagi kaca mata bagi merawat masalah buta warna

Maka cubalah google ujian warna Ishihara dan uji tahap penglihatan anda. Jika anda berdepan dengan kesukaran untuk membaca nombor-nombor pada plat Ishihara ini, silalah hubungi pihak di bawah untuk membantu anda.


Usj Optometrist 28, Jalan USJ 10 / 1E Taipan, Subang Jaya, Selangor


Usj Optometrist
28, Jalan USJ 10 / 1E Taipan, Subang Jaya, Selangor, MALAYSIA
Tel : 03-80119038


Call dulu ya untuk buat temujanji pemeriksaan mata. Boleh juga LIKE page facebook mereka di https://www.facebook.com/pages/USJ-Optometrist/372926482810049 untuk maklumat lanjut. Lagi mudah kan?


Oh ya. USJ Optometrist juga menawarkan harga yang menarik untuk para pelajar bagi membantu mereka mengejar impian ke peringkat lebih tinggi. Untuk pelajar universiti saya tak pasti. Tapi kalau nak mudah, hubungi saja USJ Optometrist!


Suri hati depan mata pun takkan perasan yang awak guna lens buta warna. LOL!

Dan sebagai satu-satunya pengedar sah bagi jenis kanta ini di Malaysia, maka mereka menjualnya dengan harga yang lebih murah dan paling penting stok nya sentiasa ada! Jangan lupa cuba tanya mereka ya.. 

Semoga teknologi ini membantu anda menggapai impian!




Khamis, 9 Februari 2017

Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan

Untuk Sains KSSM, pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Sebagai projek kepada inovasi makanan dan minuman dengan menggunakan konsep ketumpatan, saya menganjurkan kepada pelajar satu karnival jualan. Tak sangka pula, ramai pelajar Tingkatan 1 yang berminat dengan idea tersebut dan akhirnya kami menamakannya Karnival Usahawan Cilik.


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan

Ikuti kronologi dari bermula perancangan sehinggalah ke hari berakhirnya karnival.



Hari Ahad 
Untuk kelas pada hari Ahad ini, saya mengemukakan idea mengenai karnival jualan dan dipersetujui oleh pelajar. Kemudian kami sama-sama membuat lantikan AJK yang akan bertanggungjawab menguruskan karnival.

Terdapat 4 kumpulan yang akan menjual makanan dan minuman daripada kelas 1 Arif, 5 kumpulan daripada kelas 1 Bestari. Manakala pelajar kelas 1 Cemerlang bertindak sebagai AJK menguruskan hal-hal seperti kerja teknikal, siaraya, promosi, kebersihan dan lain-lain. Pendek kata, semua pelajar Tingkatan 1 terlibat!


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Setiap kumpulan jualan haruslah mempunyai pengurusan organisasi yang baik. Untuk itu, mereka perlu melantik seorang Ketua, Bendahari, Unit Promosi dan juga Tugas Khas. Setiap seorang dinyatakan dengan jelas, tugas dan peranan mereka.

Contoh kertas kerja diberikan kepada Setiausaha untuk disemak dan dimurnikan mengikut keperluan mereka untuk Karnival ini. Selesai menyemak, setiausaha akan serahkan kertas kerja kepada Pengarah Projek yang mana akhir sekali akan diserahkan kepada Pengetua.


Hari Isnin
Pengarah Projek iaitu Syamil dari kelas 1 Arif, dan Hasnan dari kelas 1 Bestari bersama-sama saya, menyerahkan kertas kerja yang sudah siap dan lengkap kepada Pengetua. Memandangkan mereka adalah pelajar Tingkatan 1, maka sebelum mereka masuk, mereka telah dilatih untuk cuba berkomunikasi yang baik dengan Pengetua.

Seperti dijangka, beberapa soalan yang bakal ditanya Pengetua, memang dikemukakan oleh Pengetua. Maka tidak menjadi masalah sangat kepada mereka untuk menjawab dan memberikan jawapan kepada pengetua. 


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Pengarah Projek berjumpa dengan Pengetua untuk membincangkan mengenai karnival

Antara yang diceritakan mereka adalah nama program, tujuannya, jenis makanan yang bakal dijual, pelajar yang terlibat, serta peruntukan yang mereka perlukan. Saya hanya berada di dalam bilik yang sama, memerhatikan mereka berkomunikasi dengan Pengetua, sambil merakamkan video.

Alhamdulillah, pihak sekolah telah berbesar hati membiayai sebahagian modal yang diperlukan oleh pelajar untuk membuat gerai jualan.


Hari Selasa
Sehari sebelum berlangsungnya Karnival Usahawan Cilik, para pelajar mula menjalankan persediaan. Mereka mula mendapatkan barang-barang yang diperlukan untuk jualan pada hari esok.

AJK Promosi juga giat bergerak mempromosikan karnival dari kelas ke kelas, dan juga melalui poster. 

Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
AJK Promosi giat mempromosikan karnival melalui poster

Perkembangan setiap kumpulan perlu dilaporkan oleh Ketua Kumpulan kepada Pengarah Projek kelas masing-masing. Pengarah Projek akan melaporkan pula kepada saya apa perkembangan setiap kumpulan. Nice kan?



Hari Rabu
Tibalah hari yang dinantikan. Masa ke-4 sebelum rehat adalah masa bagi matapelajaran PJPK. Kebetulan pula guru PJPK tiada di sekolah, maka saya gunakan waktu tersebut bersama pelajar untuk persiapan tempat. 


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Bagi menambahkan kemeriahan karnival yang bakal berlangsung sebentar lagi, maka diadakan satu lagi sudut pameran. Bahan yang dipamerkan adalah hasil kerja pembentangan pelajar Sains Tingkatan 5, bagi tajuk Pencemaran dan Alam Sekitar. 


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Pelajar Tingkatan 5 terlibat dengan pameran hasil kerja bagi tajuk Pencemaran dan Alam Sekitar

Pelajar pula mula menyiapkan gerai jualan mereka. Di samping menyiapkan barang jualan, mereka juga menghias meja mereka dengan menggunakan alas meja. Ada yang lebih kreatif dengan menghasilkan poster dan juga tanda harga bagi barang jualan mereka. Memang terbaik!


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Float antara minuman yang dijual

Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Agar-agar dua lapis

Waktu rehat bermula, kawasan tersebut mula dipenuhi dengan pengunjung. Sambutan memang sangat di luar jangkaan. Gerai yang menjual float merupakan gerai yang paling laris. Beberapa orang guru juga datang membeli barang jualan pelajar di situ sebagai tanda menyokong program tersebut. Terima kasih!


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Asal nya hanya satu program kecil, tetapi tiba-tiba menjadi meriah lebih daripada yang saya sangkakan. Boleh tonton video di bawah bagi melihat sendiri kemeriahan berlangsungnya karnival ini.




Ini merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan untuk saya. Melihat anak-anak Tingkatan 1 menguruskan karnival ini dari mula, sehingga berjalannya program ini merupakan satu kenangan manis.

Saya yakin banyak perkara yang telah dipelajari oleh para pelajar ini sepanjang mereka menguruskan program, sama ada sebagai ajk utama atau pun ajk jualan. Proses pembelajaran Sains jadi lebih menarik dengan beberapa elemen merentasi kurikulum seperti keusahawanan. 


Penuh sesak dengan pengunjung

Maklumbalas yang saya dapat daripada guru dan juga murid-murid lain juga sangat membanggakan. Lebih ramai pelajar yang melihat program seperti ini berjaya memberi nilai tambah kepada mereka.

Jadi secara keseluruhannya boleh lah saya katakan, bagi program Karnival Usahawan Cilik ini, merupakan suatu program yang SUKSES!