.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Isnin, 30 Januari 2017

SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan penambahbaikan dan peningkatan kualiti pada beberapa standard seperti aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.



SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Untuk entri ini saya memfokuskan kepada standard yang perlu dicapai dalam Standard 4 SKPMg2 iaitu Pembelajaran dan Pemudahcaraan yang menekankan kepada peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Download




Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) 

4.1.1 Guru Merancang Pelaksanaan Pdpc secara profesional dan sistematik
Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik / ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuat kuasa


Aspek 4.2 Guru Sebagai Pengawal
Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan pdpc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan

4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang
Mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam pdp



SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang

4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang
Mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan



Aspek 4.3 Guru Sebagai Pembimbing
Guru bertindak sebagai pembimbing  untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran  dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran

4.3.1 Guru membimbing murid secara profesional dan terancang
Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan, dan mengabung isi pelajaran dengan kemahiran / mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah dan bersungguh-sungguh



Aspek 4.4 Guru Sebagai Pendorong
Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran

4.4.1 Guru mendorong minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang
Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjuru kepada pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajara, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan



SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru mendorong emosi dan minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang

4.4.2 Guru mendorong emosi murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang
Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan berterusan



Aspek 4.5 Guru Sebagai Penilai
Guru sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid

4.5.1 Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang
Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan


SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Murid sebagai Pembelajar AKtif

Aspek 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif

4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan
Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah



EXTRA INFO :  SKPM Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran 


Ahad, 29 Januari 2017

SKPMg2 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.



SKPMg2 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan  tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid. Download



Standard 1 : Kepimpinan
Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp. Download

PGB sebagai Peneraju
PGB sebagai Pembimbing
PGB sebagai Pendorong



Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Download

Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Aset
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Sumber Pendidikan
Iklim
Pengurusan Perpaduan
Permuafakatan Strategik



Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah. 

Kurikulum Download
Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan Mata Pelajaran
Pengurusan Masa Instruksional
Pengurusan Penilaian Murid

Kokurikulum Download
Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
Pengurusan Kelab / Persatuan
Pengurusan Badan Beruniform
Pengurusan Sukan / Permainan
Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
Pengurusan Sukan Untuk Semua
Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

Hal Ehwal Murid Download
Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
Pengurusan Disiplin Murid
Pengurusan Keselamatan Murid
Pengurusan Kesihatan Murid
Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling



Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Download

Guru Sebagai Perancang
Guru Sebagai Pengawal
Guru Sebagai Pembimbing
Guru Sebagai Pendorong
Guru sebagai Penilai
Murid sebagai Pembelajar Aktif

EXTRA INFO : Standard 4 SKPMg2 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan



Standard 5 : Kemenjadian Murid
Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran,  berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Download

Kemenjadian Murid Dalam Akademik
Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah Murid 



Sabtu, 28 Januari 2017

Pengalaman Kursus Online STEM di FutureLearn

Tahun lepas saya sempat mengikuti kursus secara online berkaitan STEM di futurelearn.com. Bila trending saja pasal STEM, saya cuba dapatkan sebanyak mungkin info yang berkaitan. Tapi sayang, di Malaysia pendedahan dan maklumat berkaitan STEM masih sangat kurang dan terhad. Maka saya ambil inisiatif sendiri untuk tambah ilmu STEM melalui pembelajaran secara online. Kursus atas talian lah senang ceritanya.



Kenapa Futurelearn.com?
Sebenarnya ada banyak lagi portal yang menawarkan pembelajaran secara atas talian nih. Tapi saya pilih portal ini sebab kursus yang ditawarkan sesuai dengan keperluan saya dan juga ditawarkan oleh universiti-universiti daripada luar negara, sesuai dengan portal ini yang berpusat di UK, kalau tak salah saya.



Pengalaman Kursus Online STEM di FutureLearn
Kenapa saya pilih futurelearn?

Selain daripada itu, sistem pembelajarannya juga agak sistematik dan sentiasa ada peringatan melalui emel kepada yang mendaftar. Boleh terus jawab menggunakan smartphone, pada bila-bila masa dan di mana saja. Maka lebih mudah lah untuk saya yang busy ini, diingatkan dari masa ke semasa.

Tak lupa juga, anda mengawal sepenuhnya proses pembelajaran anda. Maknanya kalau dah siap awal tugasan untuk minggu tersebut, anda boleh terus proceed ke minggu berikutnya. Tak payah nak tunggu-tunggu tugasan. Maklum lah jadi cikgu nih, kadang-kadang ada minggu yang kita akan busy sket. Jadi kita dah boleh buat siap-siap pada minggu sebelumnya.

Kursus juga ditawarkan secara percuma. Boleh daftar, SIGN UP akaun (juga boleh guna akaun Facebook) dan kemudian terus boleh pilih kursus online yang berkenan di hati. Ada banyak pilihan. Pilih lah mana yang anda nak belajar.



Pengalaman Kursus Online STEM di FutureLearn
Pilihan kursus yang pelbagai di futurelearn

Satu lagi yang saya suka sebab portal ini menawarkan sijil pencapaian atau sijil penglibatan yang boleh dibeli dengan sedikit bayaran. Pada saya ini satu elemen penting kenapa saya pilih futurelearn sebagai portal pembelajaran online. Sekurang-kurangnya ada juga bukti melalui sijil akan penglibatan dan pencapaian saya melalui kursus online sebegini.


Kursus STEM di Futurelearn
Kursus STEM online yang pertama saya ikuti adalah Assessment For Learning in STEM Teaching oleh National STEM Learning Centre. 

The National STEM Learning Centre is operated by STEM Learning Ltd. STEM Learning (formerly Myscience) is an initiative of the White Rose University Consortium (comprising the Universities of Leeds, Sheffield and York) and Sheffield Hallam University. STEM Learning manages the National Science Learning Network, the National STEM Centre and other programmes supporting STEM education.

Kursus bermula pada penghujung Februari dan mengambil masa selama 6 minggu. Setiap minggu ada info yang perlu saya baca, video yang perlu saya tonton, dan juga tugasan yang perlu saya lakukan. Ada bahan yang boleh didownload, termasuk juga video penerangan oleh para pensyarah dan juga nota bagi tajuk yang menarik. 



Pengalaman Kursus Online STEM di FutureLearn
Video juga sebahagian daripada pembelajaran secara online

Bagi tajuk ini, setiap minggu dibahagikan dengan baik. Bermula minggu pertama dengan pengenalan kepada kursus, diikuti dengan tajuk lain yang sesuai, sehinggalah ke peringkat akhir iaitu pengamalan dalam proses pdp. 

Antara yang menarik perhatian saya adalah teknik penyoalan yang dikemukakan, hinge point questions, intentional dialogue, kaedah mengdiagnosis soalan bagi membolehkan guru mengenalpasti kefahaman pelajar dan classroom talk. 

Ini semua membantu saya dalam menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis untuk pelajar. Seterusnya memanipulasikan situasi ini kepada proses pembelajaran STEM yang lebih bermakna buat mereka.


BACAAN EKSTRA : Apa Itu STEM?
Bagi kursus STEM kedua pula, tajuk yang saya pilih adalah Differentiating For Learning in STEM Teaching. Juga oleh National STEM Centre. Untuk kali ini kursus memakan masa 5 minggu, bermula pada akhir bulan Jun dan tamat pada pertengahan Julai. 




Ini jer yang mampu. Nak study obersi, English abam tak tere. Result SPM pun gitu² jer. Degree lagi lah. Bukan 3.93 ok. 😛 Mujur jumpa futurelearn.com, portal pembelajaran online nih.  Merasa juga ambik kos² pendek dengan omputih nih. Ya, omputih habaq ang. Makan minggu jugak, bergantung kepada kursus. Gigih kan abam? 😘 Yang ini, alhamdulillah masuk yang kedua dah untuk tahun nih. Kursus oleh National STEM Learning Centre, yang berpusat di London. Gitu. Dua² pasal STEM, sebab abam rasa masih tak banyak kursus seumpamanya di Malaysia. Kos belajar FREE habaq ang. Cuma untuk sijil jer, kena kuar duit sket. Pelaburan kann? Bestnya belajar online nih, awakk boleh ikut jadual suka hati awakk. Time rajin, pulon ler buat banyak².. time malas awak tengok jer sebelah mata. Lagi satu sebab boleh belajar guna smartphone anda, di mana². Best kan? So bagi yang berminat, cepat² ler pergi mendaftar. Pilih kursus yang berkenan. Daftar awal, nanti dekat² tarikh kursus nak start, diorang akan pm awakk lagi sekali yer.. hehe.. Selamat maju jaya! 😍 #futurelearn #onlinecourse #education #STEM
A photo posted by Cikgu Hailmi (@cikguhailmi) on


Kursus bermula dengan kenapa perlunya guru membuat pembezaan pembelajaran kepada murid. Minggu kedua pula diajarkan kaedah mendiagnosis kefahaman murid, dan minggu ketiga mengenai pembezaan pada pembelajaran melalui tugasan STEM. Minggu terakhir pula guru diberikan panduan untuk membuat refleksi terhadap pembelajaran yang dirancangkan untuk murid. 


Secara keseluruhannya, saya rasakan pengalaman mengikuti kursus online STEM ini adalah satu pengalaman baharu yang unik. Sekalipun pernah mengikuti kursus secara online sebelum ini melalui I-Think, hampir sama, tetapi sedikit berbeza rasanya. 

Yang penting adalah ilmu yang diperolehi itu. Saya percaya pengalaman ini boleh menambahkan lagi profesionalisma saya dalam bidang keguruan, terutamanya ilmu STEM. Seperti yang saya katakan di atas, ilmu STEM masih terhad di Malaysia. Maka tak salah jika ini dijadikan suatu jambatan ilmu untuk kita terus berkembang sebagai pendidik yang baik.

Teruskan misi untuk cari dan tambah ilmu! Jom



Jumaat, 27 Januari 2017

Perkongsian Pdpc Pembelajaran Abad 21 di SMK Simpang Kuala

Sehari sebelum bercuti sekolah sempena Tahun Baru Cina, saya menerima satu lagi jemputan perkongsian amalan pdpc Pembelajaran Abad 21 di SMK Simpang Kuala. Asalnya bagi tujuan ceramah akademik, tetapi kemudiannya bertukar kepada latihan dalam perkhidmatan bersama warga guru di sini.

Cuma sayang sket, kerana guru-guru berketurunan Tionghua tidak dapat turut serta kerana membuat persiapan untuk makan besar.


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Simpang Kuala


Pada petang yang dijanjikan, selesai saja sesi sekolah saya terus bergegas ke SMK Simpang Kuala. Tak sangka pula, jammed jalan di tengah bandaraya Alor Setar tu. Banyak pula kereta, sampai kan saya tiba di sekolah pada jam lebih kurang hampir 3 petang. 


Komputer yang disediakan pula tak dapat nak mainkan persembahan Prezi saya sehingga akhirnya jam 3.30 petang barulah sesi perkongsian dapat dimulakan. Minta maaf banyak yer!

Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Simpang Kuala


Untuk perkongsian kali ini, lebih kurang 50 orang guru yang terlibat. Seperti biasa, sekolah di Kedah nih memang ramai dengan cikgu-cikgu senior, yang jauh lebih berpengalaman berbanding saya di sekolah. 

Tetapi keterbukaan guru-guru di SMK Simpang Kuala ini untuk menerima perkongsian dari bahagian saya membuatkan sesi berlangsung dengan baik. Santai dan menggembirakan. Soalan dan perkongsian dari rakan guru juga membantu sesi berjalan dengan lancar.




Walaupun menjanjikan perkongsian tamat pada jam 4.30, tetapi akhirnya jam 5 petang juga selesai. Banyak perkongsian dan video yang saya perlu tunjukkan supaya pemahaman terhadap Pembelajaran Abad 21 itu melalui amalan dapat diceritakan dengan lebih jelas. 

Semoga juga perkongsian pdpc Pembelajaran Abad 21 di SMK Simpang Kuala ini mampu memberi inspirasi dan idea kepada para guru di sini. Apalah ertinya ilmu tanpa ada amalan nya. Selamat beramal!


Rabu, 25 Januari 2017

3 Stray 1 Stay sebagai Strategi P&P

Bagi pembelajaran Sains Tingkatan 5 untuk tajuk Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar, saya menggunakan strategi 3 Stray 1 Stay bagi menggalakkan pembelajaran yang lebih bermakna, dan sesuai dengan Pembelajaran Abad ke-21. Beberapa perancangan sebelum kelas dibuat, bagi memastikan kelancaran strategi 3 Stray 1 Stay yang dijalankan.


3 Stray 1 Stay sebagai Strategi P&P
3 Stray 1 Stay : Strategi P&P Abad ke 21

Apa Itu Strategi 3 Stray 1 Stay?
3 Stray 1 Stay adalah strategi p&p bagi pembelajaran koperatif dengan lebih menggalakkan pelajar untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran mereka. Strategi ini adalah sangat sesuai dengan pendekatan Pembelajaran Abad ke 21 yang menekankan kepada pembinaan konsep 4C dalam p&p murid, iaitu kemahiran kolaboratif, kreatif, berfikir kritis dan juga berkomunikasi.


3 Stray 1 Stay sebagai Strategi P&P
3 Stray 1 Stay : Strategi P&P Abad ke 21

Kaedahnya juga mudah.

Seorang pelajar akan 'stay' di meja pembentangan sebagai 'guru muda'. Manakala 3 orang pelajar lagi yang juga dari kumpulan yang sama akan 'stray' (berkeliaran) ke stesyen lain bagi mendapatkan ilmu daripada pembentangan kumpulan lain.

Aktiviti kolaboratif berkumpulan ini akan menggalakkan murid untuk berkomunikasi dalam menyampaikan idea dan kefahaman mereka, di samping menjana pemikiran yang kreatif dan kritis semasa proses p&p berlangsung.


3 Stray 1 Stay sebagai Strategi P&P
3 Stray 1 Stay : Strategi P&P Abad ke 21

Guru bertindak sebagai pemudahcara bagi memudahkan lagi proses pembelajaran dalam kalangan murid berlangsung. Guru juga bertindak sebagai pakar rujuk jika pelajar berdepan dengan persoalan dan masalah.


Banyak kelebihan menggunakan strategi ini. Selain guru bertindak sebagai pemudahcara, dan murid benar-benar belajar, setiap murid juga berpeluang untuk mencungkil bakat mereka dalam menyampaikan maklumat dengan baik.


Saksikan video di bawah untuk memudahkan lagi pemahaman anda mengenai Strategi P&P Abad 21, 3 Stray 1 Stay




Anda dapat saksikan sendiri bahawa pelajar memang aktif belajar sepanjang sesi p&p berlangsung. Malah aktiviti kolaboratif ini juga melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dalam menyampaikan idea mereka.

Semoga perkongsian ini menjadi ilmu bermanfaat kepada kita semua. Selamat beramal!



Ahad, 22 Januari 2017

Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Tunku Abdul Aziz

Sabtu lepas saya menerima jemputan bagi perkongsian Amalan PdPC Abad 21 di SMK Tunku Abdul Aziz, Kedah. Perkongsian ini adalah sebagai latihan dalam perkhidmatan bagi 90 orang guru, selepas selesai acara merentas desa.


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Tunku Abdul Aziz


Ini juga kali pertama saya ke sekolah ini. Atas jemputan puan pengetua sendiri, Puan Siti Arpah maka saya sahut juga jemputan ini sebagai satu lagi usaha perkongsian saya dengan warga guru. Seperti yang selalu saya katakan, bukan lah kerana saya pakar dan tahu semuanya. Tetapi sebagai perkongsian sedikit ilmu dari bahagian saya melalui pengalaman dalam kelas.


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Tunku Abdul Aziz


Sesi tamat pada jam lebih kurang 1 petang. Selesai bersoal jawab dengan para guru, kami kemudiannya bergerak ke bilik showcase PA21 di sekolah ini. Daripada apa yang saya difahamkan, bilik showcase ini boleh digunakan oleh mana-mana guru yang mahu menggunakannya. Siapa-siapa pun boleh guna. 


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Tunku Abdul Aziz


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Tunku Abdul Aziz


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Tunku Abdul Aziz


Sayang pula sebab tak tangkap lebih banyak gambar di bilik showcase ini. Tapi saya puji usaha pihak sekolah dalam langkah membudayakan Pembelajaran Abad 21. Pendek kata, selangkah demi selangkah.

Untuk warga SMK Tunku Abdul Aziz, tahniah saya ucapkan. Terima kasih juga untuk jemputan perkongsian ini, dan sampai kita jumpa lagi!



Khamis, 19 Januari 2017

Idea P&P Sains : Pengukuran, Kejituan, Kepersisan, Kepekaan dan Ralat

Bagi aktiviti pengukuran ini, saya terus menggabungkan alat pengukur yang betul dengan alat pengukur yang persis. Semua alat pengukuran diletakkan di 6 stesyen berbeza. Stesyen A bagi mengukur jisim, Stesyen B mengukur suhu, Stesyen C mengukur ketebalan buku, Stesyen D mengukur masa, Stesyen E mengukur isipadu dan Stesyen F mengukur arus elektrik.

Idea P&P Sains : Pengukuran, Kejituan, Kepersisan, Kepekaan dan Ralat








Idea P&P Sains : Pengukuran, Kejituan, Kepersisan, Kepekaan dan Ralat


Pelajar bergerak dari satu stesyen ke stesyen lain bagi melakukan pengukuran dengan menggunakan alat pengukuran yang disediakan.

Di sini guru bertindak sebagai pemudahcara yang membantu pelajar untuk melakukan pengukuran dengan jitu, persis, dan peka. Dalam masa yang sama membetulkan ralat yang dihasilkan murid. 




Idea P&P Sains : Pengukuran, Kejituan, Kepersisan, Kepekaan dan Ralat






Semoga perkongsian ini membolehkan lebih ramai pelajar mempunyai peluang untuk inkuiri dan ekplorasi dalam aktviti sains! 






Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan

Saya kira bertuah saat dihubungi oleh Pn Arni, dari SMK Labuan pada Oktober tahun lepas untuk perkongsian amalan pdpc abad 21 dengan guru-guru Sains di sekolah ini. Dengan sedikit perbincangan, kami bersetuju dengan tarikh yang diberikan, memandangkan hari perjalanan pulangnha adalah hari cuti awam di Kedah sempena Hari Keputeraan Kedah.



Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Bersama sebahagian guru yang menghadiri sesi Perkongsian Amalan PdPc Abad 21 di Labuan

Program yang asalnya hanya di peringkat panitia, kemudian berkembang kepada peringkat sekolah dan seterusnya menjadi program peringkat Jabatan Pendidikan WP Labuan!  Terkejut juga apa bila pada kali terakhir dimaklumkan bahawa seramai 500 orang guru dijangka hadir. Huhuuu.. Nervous oi..

Tapi saya sahut juga peluang ini sebagai satu ruang untuk saya berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang saya ada bersama rakan pendidik di Labuan. Kalau tak, tak tahu lah bila lagi nak berpeluang ke sana.

Hari kejadian pulak, hampir-hampir terlepas flight dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Kaunter dah tutup dek kerana saya tiba 30 minit sebelum penerbangan. Sepatutnya 45 minit sebelum dah perlu check in semua. Berpeluh memikir!



Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Pemandangan Alor Setar dari atas kapal terbang. Cantik kan?

 Mujur murah rezeki, sebab kebetulan ada seorang VIP dari Kedah yang juga bersama saya lewat. Selit lah juga saya di situ. Malah beliau turut membantu saya untuk diuruskan oleh pihak penerbangan. Selamat. Terima kasih Datuk!


Tiba di Labuan pada jam hampir 10 malam, dan saya disambut oleh seorang guru di SMK Labuan, Cikgu Hafiz. Kami makan sebentar di sebuah kedai makan di kawasan dataran.

Sedang menjamu selera, tiba-tiba saya ditegur tokei kedai. Tak sangka, rupa-rupanya beliau adalah bekas murid saya di SMK Seri Muda Penaga, masa zaman praktikum dulu. Keciknya dunia! Dari sana, kami terus ke Labuan Point, tempat saya menginap sepanjang di Labuan. Sampai saja terus tidur. Tambahan esok kena bangun awal.


Esok paginya saya bangun awal. Menikmati hidangan pagi dan juga menunggu jam 11 pagi untuk sesi testing bahan pembentangan di Labuan International School.



Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Dewan auditorium Labuan International School 

Sambil ditemani Cikgu Rizam dan Cikgu Chris, kami kemudiannya ke dewan auditorium tempat berlangsung majlis. Memang dahsyat. Cantik dan sangat selesa! Semoga saya dapat buat perkongsian yang baik untuk para guru pada petang ini.

Semuanya berjalan tanpa masalah. Hanya menunggu untuk digunakan dengan sebaiknya sahaja. Kami keluar makan dan seterusnya kembali ke auditorium pada jam 1 petang. Saya mula lihat ramai para guru yang sudah membanjiri dewan tersebut. Tetiba pulak rasa cuak. Ramai oi!

Saya difahamakn seramai 520 orang peserta yang terdiri daripada semua Ketua Sektor di JPWP Labuan, pengetua dan guru besar, serta guru-guru di seluruh Labuan, dengan setiap sekolah menghantar seramai 12 orang. Jumlah 520 ini juga sudah melebihi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan guru di Labuan, iaitu kira-kira 1400 orang.



Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
520 orang pendidik di Labuan yang hadir pada hari tersebut

Sesi perkongsian bermula dengan ucapan daripada Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah. Saya cukup suka dengan ucapan beliau yang sangat berinformasi. Padat, ringkas dan penuh isi. Terbaik tuan!

Kemudian bermulalah sesi saya. Seperti biasa, saya akan mulakan perkongsian dengan menunjukkan video dan gambar, kenapa kita perlu berubah? Kerana pada pandangan saya, kebanyakan guru tidak mahu berubah adalah kerana mereka tidak faham akan keperluan untuk berubah tu sendiri.



Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Saya di pentas!

Perkongsian ini juga sudah pasti menunjukkan apa yang saya alami di Korea bagi membuka lebih banyak mata ke arah keperluan untuk kita berubah. Daripada respon yang saya terima, boleh saya katakan bahawa melalui video tersebut, mereka sudah mula sedar mengenai keperluan untuk kita berubah.

Seterusnya baru lah saya masuk kepada isu sebenar, iaitu Pembelajaran Abad 21. Topik ini sangat besar dan mempunyai persepsi yang berbeza. Pada pandangan saya, pedagogi guru memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk budaya yang baik untuk Pembelajaran Abad 21. 



Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan
Poster untuk perkongsian di Labuan ini dihasilkan oleh Cg Azhar, SMK Labuan. Nice kan?

Dalam masa yang sama juga tidak menafikan kepada keperluan beberapa perkara lain, seperti persediaan bilik darjah yang kondusif dan juga peranan teknologi dalam menarik minat pelajar dan memudahkan kerja guru.

Mujur juga banyak video pdp yang saya rakamkan. Maka lebih mudah untuk saya menerangkan kepada guru-guru dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya tidaklah bosan guru-guru mendengar saja perkongsian saya selama 2 jam tersebut.

Selesai tamat pada jam 330 petang. Disusuli dengan ucapan penutupan dan majlis penyerahan cenderamata oleh Pengetua Labuan International School (LIS), Puan Zainab Batin diiringi oleh Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah.



Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Cenderamata disampaikan oleh Pengetua LIS, Puan Zainab Batin dan Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail

Kemudian ada sesi bergambar bersama guru-guru yang hadir. Daripada maklumbalas yang diterima, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada guru-guru yang menjadikan blog www.cikguhailmi.com sebagai tempat rujukan untuk Sains dan juga bahan berkaitan Pembelajaran Abad 21.



Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Tangkap gambar sket

Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Bergambar bersama Ketua Sektor dan Pengetua

Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Bersama Pengetua LIS dan Pengetua SMK Labuan

Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Bersama Cikgu Arni yang juga merupakan penyelaras program ini

Majlis tamat pada jam 4 petang. Kemudian saya dibawa oleh Cikgu Hafiz mengelilingi Labuan. Beberapa tempat tarikan di Labuan, beliau bawa. Tapi disebabkan masa yang tidak mencukupi, masa kami hanya berhenti tangkap gambar dan melihat-lihat saja kawasan sekitar.



Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Masjid Jamek, landmark di Labuan

Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
The Chimney, rumah api

Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Ya Allah, Berkatilah Labuan

Sebelah malam pula, saya bersama Cikgu Chris, Cikgu Shamsiah dan juga Cikgu Nazrin menjamu selera di Anjung Ikan Bakar. Sebelum sampai ke Labuan lagi, sudah ramai rakan yang mencadangkan supaya saya makan ketam di sini. Memang sedap sungguh! Entah berapa ekor ketam saya makan pada malam tu. 



Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Sesi ketam bersama Cg Nazri, Cg Chris dan Cg Shamsiah

Perkongsian Amalan Pdpc Abad 21 di Labuan bersama Cikgu Hailmi
Cenderamata special daripada Cg Arni. Terima kasih!

Hari terakhir saya berada di Labuan, dan penerbangan saya adalah penerbangan MAS pertama dari Labuan, Iaitu kira-kira pada jam 740 pagi. Cikgu Hafiz sekali lagi menghantar saya ke lapangan terbang. 


Secara keseluruhannya saya merasakan perkongsian di Labuan ini merupakan suatu pengalaman yang sangat menarik. Saya bertemu dengan ramai rakan baharu dan juga warga pendidik yang sangat berdedikasi. Dengan kekuatan yang ada, saya yakin Labuan juga mampu menjadi hub pendidikan utama di Borneo. 

Untuk itu, saya ucapkan Terima kasih untuk peluang, dan selamat maju jaya untuk masa depan!


Rabu, 18 Januari 2017

Idea P&P Sains : Gelombang

Idea kreatif bagi matapelajaran Fizik Tingkatan 5 ini dikongsikan oleh Cg Titiyaka Jajuri dari SMK BBP, Ipoh. Menggunakan plastisin bagi membina model yang sesuai, produk yang dihasilkan pelajar beliau memang sangat menarik. Tahniah cikgu dan tahniah juga untuk anak didik.