About Me

Trip ke Vietnam Hari 1

Cuti kali ni saya berkesempatan ke Vietnam. Tepat sekali adalah di Ho Chi Minh City, atau lebih dikenali sebagai Saigon. Trip bersama ahli keluarga, memang tak pernah membosankan.


Berlepas dari kLIA dengan menggunakan MAS Airline, kami tiba di lapangan terbang Saigon pada jam lebih kurang 330 petang.


Van Yang Dipercayai
Mulalah misi nak mencari van yang nak digunakan untuk ke hotel yang terletak lebih kurang 7km daripada airport. Hotel Cititel kami ambil supaya lebig dekat dengan Ben Thanh Market, sorga membeli belah.


Dalam tengah melilau taktau mana nak pegi, tanya lah van airport. Diorang tawarkan Dong 700,000 untuk van muat 12 orang. Lebih kurang rm125. Saya rasa macam mahal, maka survey lah dulu yang lain.

Akhirnya kak ipar dapat Vinasun Taxi, muat untuk 7 orang dengan hanya Dong 150,000, iaitu lebih kurang rm27 sahaja. Amik dua van, baru bayar rm54. Gila jauh beza!


So nasihat saya, sila gunakan servis Vinasun Taxi, yang dipercayai lagi best nih. Lokasi dia, sebaik saja keluar saja dari airport, terus belok kiri, paling hujung. Jimat ok!

Kalau nak gunakan aplikasi Grab pun boleh. Cuma mungkin kita yang akan kurang familiar dengan jenis kenderaan yang ditawarkan. Di Vietnam, Grab untuk motorsikal pun ada! Wajib cuba nih bagi yang datang secara solo atau kumpulan kecil.


Simkad di Vietnam
Selepas dah dapatkan van, sempat juga saya dapatkan simkad Vietnam dengan harga dong 150,000, rm27.


Bagusnya simkad Mobifone nih sebab dia boleh guna Internet untuk 10 hari dengan 15GB kuota.

Yeay, boleh update blog dan ig!.

Perjalanan ke hotel, makin menginjak malam. Kebetulan waktu mereka balik kerja kot. Penuh motosikal atas jalan. Pemandangan biasa bagi mereka yang sudah biasa ke Vietnam.


Ok, so dah sampai hotel. Saya berehat dulu. Esok saya share lagi cerita menarik, mana kitorang pegi ye!


Catat Ulasan

0 Ulasan