.

.

Sabtu, 26 Ogos 2017

Bengkel PAK21 Bersama Pensyarah Matrikulasi

Pada 25 Ogos yang lalu saya berkesempatan membuat perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 bersama pensyarah Kolej Matrikulasi Zon Utara. Bertempat di Kolej Matrikulasi Perlis, sebanyak 4 buah Kolej Matrikulasi terlibat dengan program ini, iaitu KM Kedah, KM Teknikal Kedah, KM Pulau Pinang dan juga tuan rumah sendiri.


Bengkel PAK21 Bersama Pensyarah Matrikulasi
Bengkel PAK21 Bersama Pensyarah Matrikulasi

Walaupun konsep belajar yang sedikit berbeza antara sistem di sekolah dan di Kolej Matrikulasi (lecture dan tutorial), tetapi itu tidak menghalang daripada perkongsian ilmu PAK21 berlangsung. 

Malah maklumbalas yang diterima daripada kebanyakan pensyarah yang hadir juga memberi input menarik kepada saya, bagi dikongsi dengan lebih ramai warga pendidik. Antaranya adalah sikap pelajar Matrikulasi bagi setahun dua ini, kemahiran berfikir dan juga aspek lain yang pada saya inshaAllah boleh diselesaikan dengan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21.


Sesi Ceramah




Bengkel PAK21 Bersama Pensyarah Matrikulasi
Bersama Guru Matematik saya semasa di sekolah menengah, Cikgu Md Zain


Sesi Bengkel

















Bengkel PAK21 Bersama Pensyarah Matrikulasi


Alhamdulillah sebab segalanya berjalan dengan lancar. Perkongsian ilmu juga memberi input baik buat kedua pihak, penceramah dan juga peserta bengkel sendiri. Akhirnya, pada saya pelaksanaan amalan PAK21 inilah yang menjadi penentu kepada kejayaan kerja buat kita. 

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua. Amin!



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan