.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Selasa, 31 Oktober 2017

Rizq Islamic School Selepas Setahun

Ingat lagi tak pasal Rizq Islamic School? Selepas setahun, sekali lagi kali ini saya kembali ke sekolah tersebut untuk sesi perkongsian bersama guru di sini. Saya sendiri rasa sangat teruja, sebab nak tengok sendiri bagaimana perjalanan sekolah dengan pendekatan Finland dan Jepun ini dilaksanakan. 


Rizq Islamic School Selepas Setahun
Rizq Islamic School Selepas Setahun

Terkejut juga bila dimaklumkan bahawa walaupun baru setahun beroperasi, jumlah pelajar yang mendaftarkan diri di sekolah Rizq Islamic School ini sudah mencecah lebih 200 orang murid. Sekolah baru ok! Kelainan pada pendekatan sekolah ini berjaya meyakinkan ibubapa, bahawa sistem ini mampu memberi nilai tambah kepada anak-anak mereka. Tahniah Rizq Islamic School!


Ruang loker warna warni digunakan dengan baik baik oleh pelajar
Ruang loker warna warni digunakan dengan baik baik oleh pelajar

Kelas yang kecil memberi peluang lebih dekat murid dengan guru
Kelas yang kecil memberi peluang lebih dekat murid dengan guru


Selain daripada itu, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium utama komunikasi telah berjaya menarik perhatian ibubapa antarabangsa untuk turut mendaftarkan anak mereka di sini. Antaranya adalah daripada Turki dan juga Indonesia. 

Saya difahamkan beberapa pelajar yang semasa mula langsung tidak pandai berbahasa Inggeris, hanya mengambil masa beberapa bulan untuk turut boleh berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Ini kerana didorong oleh persekitaran yang membantu mereka untuk bertutur dengan baik. Budak-budak kan cepat menyerap..



Pembelajaran secara Play Based. Budak suka!
Pembelajaran secara Play Based. Budak suka!

Setiap ruang sekolah adalah ruang belajar
Setiap ruang sekolah adalah ruang belajar

Pembelajaran berpusatkan murid bagi mencungkil kemahiran abad ke-21
Pembelajaran berpusatkan murid bagi mencungkil kemahiran abad ke-21

Pembelajaran menggunakan gajet

Bagi yang bertanyakan kurikulum yang digunapakai oleh Rizq Islamic School, sekolah ini menggunakan kurikulum KSSR dan juga UPKK. Manakala bagi kurikulum tahfiz pula digunakan Kurikulum Tahfiz (Rizq Method). 

Bagi penilaian kurikulum tahfiz, murid dinilai melalui pelbagai sudut, iaitu sama ada secara audio, visual atau kinestetik. Kepintaran murid kan pelbagai? Maka penilaian yang pelbagai seperti ini memberi peluang dan lebih banyak ruang untuk murid dengan kepintaran yang berbeza. 



Kemeriahan sambutan Merdeka
Kemeriahan sambutan Merdeka

Murid mencurahkan kreativiti mereka untuk program sekolah

Masih mengekalkan konsep pendidikan secara Play Based dan juga ICT, perancangan Rizq Islamic School pada tahun 2018 adalah dalam memperkasakan lagi sistem tahfiz mereka dalam kalangan anak murid di sini. 

Selain daripada itu, pada tahun 2017 juga, sudah ada beberapa jaringan dilakukan dengan sekolah swasta daripada Indonesia bagi memberikan pendedahan kepada murid dengan pertandingan peringkat antarabangsa. Nak anak murid bersifat global, maka pendedahan seperti ini adalah sangat penting.


Perbincangan guru secara Teacher Sharing Session meningkatkan profesionalisme guru
Perbincangan guru secara Teacher Sharing Session meningkatkan profesionalisme guru

Satu perkara yang sangat menarik perhatian saya adalah konsep makan tengahari dari sekolah Jepun yang dinamakan Kyushoku. 



Kyushoku
Kyushoku adalah amalan yang cuba diterapkan dalam kalangan murid Rizq Islamic School yang mana, pada waktu rehat, murid akan bekerjasama mempersiapkan kelas mereka untuk sesi makan tengahari beramai-ramai. Makanan akan dihidangkan sendiri oleh murid, mengikut giliran yang ditetapkan.

Amalan Kyushoku terap tanggungjawab kepada murid

Makanan sehat lagi seimbang

Murid diberi peluang untuk menentukan diet seimbang mereka


Masing-masing sudah diberi amanah dan tugas bagi menyemai sikap bertanggungjawab dalam kalangan mereka seawal usia. Amalan sebegini terus mengingatkan saya dengan pengalaman saya di Korea, di mana murid di sana juga mengamalkan perkara yang sama!


Oleh sebab pendekatan yang digunakan di sekolah ini agak berbeza dengan sekolah swasta lain, maka latihan peningkatan profesionalisme guru sentiasa diadakan. Tak lain tak bukan, bagi mempersiapkan guru dengan kemahiran menggunakan pendekatan Play Based (dari Finland) dan juga IT.



Sesi training guru bersama pihak Apple


Perkongsian amalan PAK21 bersama guru Rizq Islamic School

Antaranya latihan yang diadakan adalah seperti sesi latihan bersama Apple. Latihan ini bagi memahirkan guru dengan aplikasi dan penggunaan device Apple dalam bilik darjah. Kalau anda ingat lagi, Rizq Islamic School juga memiliki makmal komputer yang beroperasi menggunakan device Apple. Jeles saya tau!

Secara keseluruhannya, dapatlah saya katakan Rizq Islamic School telah berjaya menjalankan operasi sekolah dengan sangat baik seperti yang diaspirasikan oleh mereka sendiri. Mengambil pendekatan yang berani dan berbeza, menjadi kekuatan utama buat Rizq Islamic School untuk menempa tempat dalam dunia sekolah swasta di Malaysia. 





Yang berminat dengan Rizq Islamic School, boleh lah terus berhubung dengan mereka
Yang berminat dengan Rizq Islamic School, boleh lah terus berhubung dengan mereka

Saya doakan semoga Rizq Islamic School terus menjadi platform terbaik buat ibubapa yang mahukan pendidikan tahfiz, abad 21 dan kompeten pada peringkat global. 

Buat Rizq Islamic School, tahniah dan selamat maju jaya!







Ahad, 29 Oktober 2017

Seminar PAK21 di PPD Kinta Utara

Selesai tugasan perkongsian di Petaling Perdana, menghala balik ke Kedah singgah dulu di Ipoh bagi sesi bersama guru di Kinta Utara. Seramai 200 orang guru, majoritinya bagi subjek Sains datang untuk sesi perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 di IPG Ipoh, Perak.

Seminar PAK21 di PPD Kinta Utara


Seperti biasa, saya kongsikan aspirasi dan inspirasi yang membawa saya untuk melakukan transformasi kepada pedagogi saya sendiri, iaitu pengalaman 80 Hari di Korea. Kemudiannya, kepada bagaimana saya sendiri mengamalkan perubahan tersebut di dalam bilik darjah, dan diakhiri dengan impak kepada murid saya.

Untungnya bagi perkongsian di Kinta Utara ini adalah majoritinya adalah guru Sains. Maka lebih mudah saya masukkan terus pendekatan PdPc STEM dalam contoh yang saya berikan. 




Seminar PAK21 di PPD Kinta Utara




Semoga perkongsian ini membawa dimensi baharu kepada para pendidik di sini, untuk melakukan yang terbaik buat anak murid masing-masing. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Amin!




Jumaat, 27 Oktober 2017

Seminar Amalan Terbaik PPD Petaling Perdana 2017

Rasa cukup bertuah apabila dijemput sebagai pemberi ucap tama (keynote) bagi Seminar Amalan Terbaik Pengurusan dan Pedagogi Guru anjuran PPD Petaling Perdana pada 26 Oktober yang lalu. Bertempat di MARDI, UPM Serdang, seminar tersebut menghimpunkan sehingga 300 peserta yang terdiri daripada kumpulan guru dan pentadbir dari sekolah seluruh PPD Petaling Perdana.


Seminar Amalan Terbaik PPD Petaling Perdana 2017
Bersama pembentang untuk Seminar PAK21 Petaling Perdana


Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JPN Selangor, iaitu Encik Shashim Shah bin Harun. Suka sungguh saya dengan satu pantun yang beliau titipkan dalam ucapan beliau.

Apa tanda batangnya tebu
Batang tebu halus uratnya
Apa tanda orang berilmu
Orang berilmu halus budinya


Tuan Timbalan Pengarah JPN Selangor
 
Setelah itu, majlis diteruskan dengan perkongsian beberapa guru daerah ini dengan inovasi dan kajian tindakan mereka. Amalan terbaik dalam bilik darjah. Memang hebat-hebat semuanya.







Sesi saya pula diteruskan pada sebelah petang.  Cabaran jugak sebenarnya nak menarik penonton waktu-waktu macam nih. Baru lepas makan, orang pun mengantok. Semoga lawak saya menjadi pada sebelah petang tu.



Alhamdulillah semuanya selesai seperti yang dirancangkan. Kumpulan jawatankuasa seminar amalan terbaik Petaling Perdana nih baik-baiknya semuanya. Mesra semuanya. Tak lupa juga dedikasi khas untuk pegawai yang berurusan dengan saya sepanjang seminar berlangsung, iaitu Puan Nurlyna. 








Seminar Amalan Terbaik PPD Petaling Perdana 2017



Apa pun saya amat lah berharap perkongsian sebegini diteruskan pada masa akan datang. Saya yakin, kita di Malaysia punya ramai guru-guru yang hebat dan berkualiti untuk dicungkil bakat mereka. 

Buat Petaling Perdana, selamat maju jaya saya ucapkan!



Rabu, 25 Oktober 2017

Program Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 Kubang Pasu 2017

Pada 24 Oktober yang lalu telah dijalankan Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 bagi daerah Kubang Pasu. Bertempat di ILP Jitra, program yang melibatkan guru-guru daerah Kubang Pasu sebagai pembentang dan juga para pentadbir sebagai peserta.




Hadir bagi merasmikan program adalah Tuan Pengarah JPN Kedah sendiri, iaitu Datin Paduka Dato' Hajjah Azuyah Hasan, diiringi oleh semua Ketua Sektor dan juga Pegawai PPD seluruh negeri Kedah. 



Antara pengisian menarik adalah sesi simulasi classroom yang dijalankan oleh seorang guru Bahasa Inggeris, forum, pameran inovasi dan juga teacher sharing session oleh guru-guru hebat daerah Kubang Pasu.


Simulasi Classroom





Forum








Pameran Inovasi





Bersama pegawai SISC+ Bahasa Inggeris Kubang Pasu, Puan Rozina


Bersama Guru Cemerlang Sains, Cikgu Nurul dengan produk inovasinya





Teacher Sharing Session




Bersama Ketua Sektor Akademik JPN Kedah, Encik Abdul Aziz Sulaiman


Secara keseluruhannya, saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah buat PPD Kubang Pasu, dan juga team pegawai SISC+ dan SIPartner Kubang Pasu yang mejadi tunjang utama kepada kejayaan program ini.

Saya yakin ramai yang mendapat banyak manfaat daripada perkongsian guru-guru pada hari ini untuk sama-sama dipraktikkan di peringkat sekolah masing-masing nanti. 

Semoga usaha ini memberikan impak baik kepada peningkatan pencapaian akademik di daerah Kubang Pasu.





Rabu, 18 Oktober 2017

Perkongsian PAK21 di Rizq Islamic School

Berkebetulan dengan jemputan saya ke KL oleh Akademi Sains Malaysia bagi program NICE 2017, saya juga menerima jemputan perkongsian daripada Rizq Islamic School. Sekolah swasta yang viral pada tahun lepas kerana pendekatan berbeza yang digunakan mereka.

 
Perkongsian PAK21 di Rizq Islamic School
Perkongsian PAK21 di Rizq Islamic School



Jemputan kali ini adalah bagi perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 yang memfokuskan kepada meningkatkan kualiti dan profesionalisme guru-guru mereka, dan dalam masa yang sama mencari penyelesaian terbaik bagi sekolah Rizq Islamic School ini.

Perkongsian berlangsung di dewan auditorium mereka yang selesa, dengan cukup santai. Disebabkan bilangan guru yang tak ramai, maka sesi perkongsian menjadi lebih akrab dan juga cukup terkesan.


Perkongsian PAK21 di Rizq Islamic School
Guru-guru muda yang bersemangat tinggi


Seronok juga saya lihat perkembangan Rizq Islamic School selepas setahun. Paling penting, saya nak tengok bagaimana mereka melaksanakan apa yang dikatakan selama ini, iaitu menggunakan pendekatan play based learning ala Finland, dengan pembudayaan daripada sistem pendidikan Jepun.


Rizq Islamic School

Training guru bersama pihak Apple

Sambutan Merdeka untuk anak-anak Rizq

Play based learning untuk pelajar


Guru-guru yang muda dan bertenaga juga merupakan satu kelebihan buat Rizq Islamic School. InshaAllah saya yakin, dengan semangat tinggi mereka pasti akan buat yang terbaik untuk anak-anak RIS. 

Kepada guru-guru Rizq Islamic School, selamat maju jaya saya ucapkan!



Selasa, 17 Oktober 2017

Pengalaman ke Ekspo Sains NICE MOSTI 2017

Pada 12 hingga 16 Oktober yang lalu telah berlangsungnya satu ekspo sains terbesar untuk tahun di negara kita, iaitu Ekspo Sains NICE, National Innovation and Creative Economy Expo 2017. Ekspo ini dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama beberapa lagi agensi yang berkait dengan sains di Malaysia.


Pengalaman ke Ekspo Sains NICE MOSTI 2017
Bersama warga pendidik KPM dan juga MARA

Saya juga turut dijemput oleh Akademi Sains Malaysia menerusi inisiatif Duta Sains bagi memperkenalkan lagi pendekatan IBSE, Inquiry Based Science Education. Inkuiri merupakan satu pendekatan pdp dalam menggalakkan lebih ramai murid untuk minat menceburi bidang sains.

Di booth AKademi Sains Malaysia, saya menjalankan aktiviti Rotocopter, atau juga dikenali sebagai Paper Gyrocopter dalam usaha memperkenalkan IBSE kepada pengunjung ekspo. 








Pengalaman ke Ekspo Sains NICE MOSTI 2017


Terdapat kumpulan guru lain juga yang terlibat bersama saya di booth yang sama. Mereka adalah kumpulan guru daripada sekitar Negeri Sembilan dan Selangor yang menjadi sekolah perintis pendekatan IBSE oleh Akademi Sains Malaysia.

Sepanjang dua hari menunggu di booth Akademi Sains Malaysia, ramai jugak kenalan yang saya jumpa di sini. Memang meriah, sebab pengunjungnya ramai sangat.


Pengalaman ke Ekspo Sains NICE MOSTI 2017
Team Akademi Sains Malaysia di NICE 2017
 
Pengalaman ke Ekspo Sains NICE MOSTI 2017
Bersama Encik Amirul (ungu), Pegawai Akademi Sains yang membawa kami ke NICE 2017

Sempat juga berkunjung ke booth-booth lain yang berada di sekitar 3 khemah utama. Selain daripada aktviti yang dijalankan, ada banyak juga sesi bengkel dan ceramah percuma untuk hadirin yang datang. 


Pengalaman ke Ekspo Sains NICE MOSTI 2017
Bersama editor Sains-lah II, Encik Faizal





Pengalaman ke Ekspo Sains NICE MOSTI 2017
Bersama team Petrosains yang membawakan Arduino

Pengalaman ke Ekspo Sains NICE MOSTI 2017
Booth Video STEM



Pengalaman ke Ekspo Sains NICE MOSTI 2017
Dapat sijil di booth Pusat Sains & Kreativiti Terengganu


Sesuai dengan tema Industrial Revolution 4.0 dan juga TN50, pameran NICE 2017 banyak memfokuskan kepada perkara yang akan 'in' untuk tahun mendatang. Antaranya adalah IOT (Internet of Things) , nanoteknologi, robotik, 3D printing, augmented reality dan lain-lain lagi.

InshaAllah penganjuran ekspo sains seperti ini lagi boleh memberi banyak input kepada para pengunjung dalam merakyatkan Sains di negara kita. Semoga usaha ini juga melahirkan lebih ramai generasi pelapis yang cintakan bidang STEM selepas ini.