.

.

Sabtu, 20 Mei 2017

Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah

Selepas selesai perkongsian di Pulau Pinang dan Pendang pada minggu ini, sesi bersambung di SMKA Kedah. Kali ini perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 bersama Jurulatih Utama dan Guru Cemerlang bagi subjek Pendidikan Islam dari seluruh negeri Kedah.



Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Ketika dihubungi oleh pegawai Pendidikan Islam dari JPN Kedah, Ustaz Fathily, untuk program bersama guru Pendidikan Islam ini, saya terus mencadangkan seorang lagi rakan saya yang juga merupakan pengamal Pembelajaran Abad ke-21, iaitu Ustaz Asrulnizam. 


Dijangka sehingga hampir 150 orang Ustaz Ustazah yang terlibat bagi program ini, menghimpunkan dari semua daerah di Kedah, termasuk daripada Pulau Langkawi. 


Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Sesi pertama bermula dengan perkongsian saya dengan tajuk "Pembelajaran Abad ke-21 : Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja". Fokus saya sudah tentulah kepada amalan pedagogi guru yang perlu diperkasakan ke arah menghasilkan murid Malaysia yang luar biasa.


Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Sesi kedua pula adalah sesi perkongsian Ustaz Asrulnizam, melalui amalan Pembelajaran Abad ke-21 beliau di dalam bilik darjah. Sangat sesuai, kerana perkongsian beliau adalah menyentuh secara langsung amalan bagi matapelajaran Pendidikan Islam. 


Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Sesi ketiga pada petang hari disambung dengan sesi bengkel hands-on bersama para peserta. Peserta dalam kumpulan merancang aktiviti pembelajaran bagi topik pilihan dengan elemen PAK21. Sesi ini sangat merangsang para guru dalam benar-benar memahami bagaimana mahu mem'PA21'kan pdpc mereka.


Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Secara keseluruhannya, perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 bersama Jurulatih Utaam dan Guru Cemerlang bagi guru Pendidikan Islam negeri Kedah ini saya sifatkan sebagai berjaya mencapai objektifnya.


Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Bengkel PAK21 Bersama JU dan GC Pendidikan Islam Kedah


Yang lebih penting adalah bagaimana ilmu yang dipelajari itu diamalkan selepas ini. Selamat maju jaya buat semua para ustaz dan ustazah negeri Kedah!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan