About Me

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM

Baru-baru ini telah selesai satu Program Kecekapan Jimat Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih Negeri Kedah anjuran CETREE - USM. Pertandingan yang berlangsung sejak Januari 2016 dan berakhir pada Mei 2017 adalah bertujuan bagi memberikan kesedaran kepada warga sekolah terutamanya dalam mengurangkan penggunaan elektrik di premis masing-masing sekurangnya 3%.


Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM
Pasukan Jimat Tenaga SMK Jerlun

Program bermula apabila kumpulan sekolah SMK Jerlun dipanggil bagi satu Bengkel Kecekapan Tenaga di Sungai Petani. Lanjutan tersebut, satu jawatankuasa guru dan pelajar dibentuk bagi menjalankan program Jimat Tenaga ini di sekolah.

Bagi menambahkan ilmu lagi dalam bidang yang berkaitan dengan kecekapan tenaga dan juga green technology, selagi lagi pasukan sekolah SMK Jerlun dijemput untuk menyertai Kem Teknologi Hijau yang bertempat di BDB Hotel, Jitra pada tahun lepas.


Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM
Kem Teknologi Hijau
 
Antara langkah yang dijalankan oleh pasukan Jimat Tenaga SMK Jerlun adalah, menubuhkan organisasi yang lengkap dengan bidang tugas masing-masing. Bekerja dari sana, pasukan J-Force mengenalpasti kawasan yang menjadi punca peningkatan penggunaan elektrik yang tinggi.




Tak lain tak bukan, penggunaan elektrik yang tinggi dah tentu datangnya dari penggunaan pendingin hawa yang berlebihan di dua tempat utama, iaitu bilik guru dan juga bilik pusat sumber.


Bertitik tolak dari sana, pasukan J-Force menjalankan beberapa program kesedaran yang menumpukan kepada pelajar, guru dan warga sekolah keseluruhannya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:


01. Poster Kesedaran
Poster mengenai jimat tenaga dilekatkan di setiap kelas dan bilik khas. Selain itu, beberapa kawasan strategi seperti mesin punch card dan juga kantin turut diletakkan bagi memberi ingatan setiap masa kepada warga sekolah.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


02. Sticker
Sticker digunakan bagi memudahkan warga sekolah mengenalpasti kedudukan lampu dan kipas dengan mudah. Sekaligus ini mengelakkan daripada berlakunya pembaziran elektrik.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


03. Papan Kenyataan
Papan Kenyataan digunakan sebagai platform utama penyebaran ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan kempen jimat tenaga.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


04. Stesyen Kitar Semula
Stesyen Kitar Semula ditubuhkan bagi memberi peluang kepada warga sekolah untuk terlibat aktif dengan aktiviti kitar semula. Stesyen ini diletakkan di tempat tumpuan pelajar, iaitu koperasi.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


05. Taman Citrus
Bagi mengalakkan lagi penanaman tumbuhan di sekolah, pihak kami menubuhkan satu Taman Citrus yang terletak bersebelahan dengan makmal sains. Lebih banyak tanaman, bermakna lebih banyak gas karbon dioksida yang digunakan oleh tanaman tersebut.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


06. 5 Minit Bersama Komuniti
Kesedaran mengenai kempen jimat tenaga turut dipanjangkan kepada pengetahuan ibubapa dan waris. Pengetua, Tn Haji Abdul Razak Mat akan menggunakan 5 minit bagi setiap perjumpaan bersama ibubapa memberi penerangan mengenai kempen jimat tenaga yang dijalankan.

Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


Alhamdulillah pada 19 Julai yang lalu, satu pasukan penilai daripada CETREE-GT USM  dan JPN Kedah telah datang menilai program kecekapan tenaga yang dijalankan di SMK Jerlun. SMK Jerlun merupakan antara 10 buah sekolah yang berjaya melalui penilaian kedua.

Mereka adalah Prof Dr Haslan Abu Hassan, Dr Faizal Baharum dan juga Tn Haji Hafiz daripada JPN Kedah.








Harapan saya selaku penyelaras program, diharapkan melalui program sebegini mampu memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada anak didik saya. Apatah lagi kumpulan pelajar ini adalah terdiri daripada kalangan pelajar Tingkatan 3 dan 2.

Secara jujur, saya rasa sangat teruja melihat kumpulan pelajar ini berjaya membentangkan aktiviti yang mereka jalankan dengan baik. Tak sangka, walaupun latihan untuk mereka hanyalah dalam masa yang singkat sahaja.


Pengalaman Menyertai Program Kecekapan Jimat Tenaga CETREE-GT USM


Selain daripada itu, semoga juga dengan penganjuran program kecekapan tenaga seperti ini mampu memberi kesedaran kepada warga sekolah SMK Jerlun terutamanya dalam membudayakan amalan cekap dan jimat tenaga. Perubahan sikap daripada warga sekolah adalah sangat diharapkan selepas ini.


Kalau ada berita baik, nanti saya akan kongsikan. Buat sementara waktu, sila doakan yang terbaik untuk pasukan kami!



Catat Ulasan

0 Ulasan