.

.

Jumaat, 21 Julai 2017

La CELT 2017 - Kolokium Terbaik Guru Bahasa Inggeris Negeri Kedah

La CELT ataupun Langkawi Coloquium English Language Teacher merupakan platform terbaik bagi guru-guru Bahasa Inggeris negeri Kedah berkongsi best practises masing-masing dan meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang. Penganjuran kali kedua kolokium ini, masih mengekalkan Pulau Langkawi sebagai venue untuk menghoskan sehingga 200 orang guru Bahasa Inggeris seluruh negeri Kedah.

 

La CELT 2017 - Kolokium Terbaik Guru Bahasa Inggeris Negeri Kedah
Bersama AJK Utama penggerak La CELT 2017



Saya sendiri semasa dihubungi Encik Zanurin, pengerusi penganjuran La CELT 2017 ini rasa sangat teruja apabila dimaklumkan saya akan menjadi antara salah seorang pembentang jemputan untuk kolokium ini. Teruja dengan usaha  yang dijalankan. Saya yakin, tak sedikit dugaan yang ditempuh dalam nak menjayakan program besar seperti ini. 

Saya turut mengajukan soalan, kenapa tak dibuka saja penganjuran kolokium ini kepada orang luar. Melihat kepada pengisian, skala dan juga tempat penganjuran, saya rasa tentu ramai guru bahasa inggeris di luar sana yang berminat untuk turut serta dan mendapatkan ilmu perkongsian di sini. Jawapannya, ini adalah EKSLUSIF untuk guru bahasa inggeris negeri Kedah! Sangat beruntung!


La CELT 2017 - Kolokium Terbaik Guru Bahasa Inggeris Negeri Kedah
Bersama Pegawai SISC+ dan Bahasa Inggeris JPN dan PPD di Kedah


La CELT 2017 - Kolokium Terbaik Guru Bahasa Inggeris Negeri Kedah
Gerak kerja utama yang menjayakan La CELT 2017

Lebih menarik lagi, segala kos adalah dikeluarkan sendiri oleh guru-guru yang datang berkursus. Hebat sangat! Nampak kesungguhan di situ dalam misi menambahbaik kualiti pengajaran semua guru yang terlibat. Tahniah cikgu-cikgu Bahasa Inggeris negeri Kedah!

Perkongsian saya melibatkan dua sesi, iaitu sesi ceramah perkongsian dan juga sesi bengkel pada keesokan harinya. 


Sesi ceramah perkongsian

La CELT 2017 - Kolokium Terbaik Guru Bahasa Inggeris Negeri Kedah



Sesi bengkel








La CELT 2017 - Kolokium Terbaik Guru Bahasa Inggeris Negeri Kedah
Sir Soonufat, guru muda yang sangat berpotensi pergi lebih jauh

La CELT 2017 - Kolokium Terbaik Guru Bahasa Inggeris Negeri Kedah
Sir Aiman yang juga daripada SMK Jerlun, sekolah saya

Sedar tak sedar, ramai juga rupanya cikgu bahasa inggeris yang saya kenal. Ada yang pernah bertemu, tapi ada juga yang hanya pernah kenal di media sosial sahaja sebelum ini. Tapi satu yang saya perasan, iaitu semuanya sangat bersemangat tinggi, bermotivasi tinggi dan juga sangat rajin dan kreatif!

Lihat saja hasil mereka semasa sesi bengkel, cukup-cukup WOWW!! Memang saya akui, sesi bengkel bersama mereka di La CELT 2017 ini antara yang terbaik sepanjang tahun ini! Tahniah lagi sekali..
































La CELT 2017 - Kolokium Terbaik Guru Bahasa Inggeris Negeri Kedah


Sekembalinya saya dari Langkawi, penuh dengan pengetahuan baharu yang mana saya sendiri pula belajar daripada peserta kolokium La CELT. Seperti yang saya katakan dalam post instagram saya, "...its me who got inspired by them!"




Maka secara jujurnya saya katakan, kolokium ini berfungsi dengan luar biasa memberi input baharu kepada guru-guru Bahasa Inggeris negeri Kedah, dan saya sangat-sangat menyarankan kolokium seumpamanya diadakan lagi pada masa mendatang! 




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan