.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Selasa, 25 April 2017

Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin

Selesai program di Pekan, saya terus dihantar oleh pegawai Pekan, En Azizi dan En Adon ke Rompin. Kali ini ke Lanjut Beach Resort bagi program bersama PPD Rompin dengan kerjasama ECER. Sebenarnya program di Pekan tersebut juga merupakan rentetan bersekali daripada perancangan program di Rompin ini. Alang-alang dah ke Pahang, terus buat tour!



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin

Disebabkan sampai pun dah malam, maka saya terus mandi dan tidur. Perlu rehat yang cukup untuk program pada hari esok. Kedudukan Lanjut Beach Resort yang jauh sket ke dalam, dan tambahan sunyi sepi saja, lagi lah rasa macam cepat nak tidur. Huhuhu

Esok paginya baru saya bertemu dengan Encik Hakimi, Pegawai Sains PPD Rompin, yang merupakan pegawai yang sentiasa berhubung dengan saya bagi program di Rompin ini. Masih muda. Kalau tak salah, tahun posting pun lebih kurang saya, iaitu sekitar tahun 2007. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Bersama dengan Pegawai daripada ECER

Selesai sarapan kami bergerak ke dewan seminar, dengan lebih ramai guru yang dah mula hadir dan membanjiri resort tersebut. Saya difahamkan ada guru yang datang dari sekolah yang sejauh 160km semata-mata untuk menghadiri program ini! Besarnya negeri Pahang nih weh!



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Selepas dah siap semua, guru-guru pun dah ambil tempat, maka kami mulakan sesi perkongsian. Seperti biasa sesi ceramah 2 jam saya, yang menceritakan Pembelajaran Abad 21 sepenuhnya bermula daripada keperluan untuk melakukan transformasi pendidikan, sehinggalah kepada strategi yang boleh diguna semasa pdpc dalam kelas.



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Saya tunjukkan juga contoh sebenar yang saya jalankan dalam kelas dengan pelajar saya, sejauh mana strategi tersebut boleh digunapakai dan memberi kesan kepada pembelajaran murid. Alhamdulillah feedback daripada guru-guru daerah Rompin nih sangat baik. Memang diorang datang untuk belajar dan berkongsi ilmu. INshaAllah.

Sesi kedua pula adalah sesi bengkel. Tempoh masanya dua jam juga. Kali ini peserta bergerak dalam kumpulan kecil mengikut subjek dan membincangkan idea pdp mereka bagi satu subtopik yang dipilih. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Daripada sana, idea pdp dikembangkan kepada strategi yang difikirkan sesuai dan juga tools PA21 yang mahu digunakan. Perkembangan idea bermula dari sana dan pemahaman terhadap Pembelajaran Abad 21 lebih jelas di peringkat ini. Mujur ramai para pegawai SISC+ yang membantu jadi fasilitator sepanjang bengkel berlangsung. 


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Barisan pegawai SISC+ yang banyak membantu perjalanan program PA21 di Rompin

Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Bersama dengan moderator untuk program di Rompin

Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Bersama dengan Timbalan PPD Rompin

Alhamdulillah banyak idea menarik daripada para guru yang dapat dilihat. Masing-masing clear dengan ciri apa yang perlu mereka masukkan dalam aktiviti pdpc. Malah saya juga menyarankan perbincangan idea ini dipanjangkan lagi kepada bentuk rancangan pengajaran yang lebih teratur dan dijalankan dalam kelas, sebagai satu strategi PLC, iaitu Lesson Study. 2 dalam 1 bro!


Saya tak sempat nak tunggu sehingga berakhirnya majlis. Ini kerana saya terpaksa bergerak ke KLIA untuk kejar flight balik ke Alor Setar pada jam 7 petang. Maka selesai saja bergambar bersama tetamu VIP pada hari itu, saya ditemani oleh Encik Hakimi dan sahabatnya terus bergerak ke KLIA menaiki kereta. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup hantar saya jauh-jauh ke KLIA. Perjalanan 3 jam kot meredah Rompin, Kuala Pilah dan Nilai. 

Pengalaman perkongsian di Rompin ini banyak membuka mata saya mengenai Pahang dan guru-gurunya. Baru saya betul-betul sedar yang negeri Pahang nih memang ler sangat besar oi.. huhuhu.. Pastu guru-guru Rompin nih memang terbaik. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Saya puji daripada segi sikap mereka, dan juga kesungguhan mereka dalam nak belajar dan tambah ilmu. Pendek kata, rajin dan tak banyak songeh. Suka saya dengan sikap pendidik yang camnih. Keep it up. Tahniah tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik di Rompin. 

Semoga perkongsian ilmu ini mampu memberi manfaat kepada warga pendidik di sini, dan juga buat saya sendiri. InshaAllah!



Ahad, 23 April 2017

Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang

Pada 23 April yang lalu, saya menerima kunjungan muhibah daripada kumpulan guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor.  Lawatan penandaarasan bagi tujuan melihat pelaksanaan pdpc Abad 21 dalam bilik darjah, melalui PLC dengan strategi peer coaching. Rombongan yang dihadiri oleh 14 orang guru Sains ini merupakan inisiatif yang sangat baik.


Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Tambah mengkagumkan saya, usaha dan kos perjalanan ke sekolah saya ini semuanya ditanggung oleh guru-guru yang hadir. Saya pasti, tak sedikit kos yang mereka keluarkan untuk beberapa hari di Kedah. Tahniah untuk usaha dan komitmen yang tinggi bagi sebuah perkongsian.

Sesi perkongsian peer coaching berjalan dengan lancar di makmal sekolah. Tajuk yang saya pilih untuk perkongsian ini adalah berkaitan dengan inersia. Masa pdp adalah selama 40 minit, bagi kelas 5 Arif dengan seramai 20 orang murid.


Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Sesi dimulakan dengan set induksi aktiviti ringkas, cabaran menarik kertas secepat mungkin di atas sebuah gelas. Di atas kertas tersebut diletakkan duit syiling 50 sen. Pelajar perlu memasukkan syiling tersebut ke dalam gelas, melalui gerakan kertas tersebut.

Aktiviti meriah dengan cubaan demi cubaan pelajar. Selesai semua pelajar berjaya melakukan tugasan, saya minta pelajar senaraikan lagi beberapa perkara yang hampir sama situasinya dengan kes menarik kertas tadi.

Jawapan pelajar kemudiannya disalurkan kepada topik pembelajaran pada hari ini, iaitu inersia.

Seterusnya pelajar berada dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 orang dan bergerak ke stesyen mereka masing-masing. Dalam kumpulan pelajar akan menghasilkan lukisan mengenai situasi yang mereka pilih, dan berkaitan dengan inersia.


 

Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang
 

Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Kemudian mereka akan membentangkan kepada rakan-rakan mereka yang lain mengenai inersia yang mereka kongsikan. Sesi pembentangan ditambah meriah lagi dengan sesi penyoalan daripada rakan-rakan mereka.

Kemudian bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid, saya tayangkan video mengenai impak daripada perlanggaran kereta dan langkah keselamatan yang perlu ada pada kereta tersebut. Pelajar dalam kumpulan dibekalkan dengan helaian kerja mengenai ciri-ciri keselamatan kereta yang perlu ada.

Sesi pdpc tamat dengan rumusan pembelajaran yang dibuat oleh pelajar. Saya gunakan teknik penyoalan berkesan bagi membimbing pelajar membuat rumusan. Alhamdulillah, objektif pembelajaran tercapai.


Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Tambah meriah, apabila Cikgu Jamilah tampil membuat kuiz pendek bagi menguji pemahaman pelajar mengenai tajuk yang diajar pada hari ini. Terima kasih Cikgu Jamilah untuk hadiah saguhati kepada anak pelajar 5 Arif!


Dari sana, kami bergerak ke Bilik Mesyuarat bagi sesi perbincangan. Untuk sesi ini, saya mulakan dengan pembentangan kajian impak pelaksanaan pembelajaran abad 21, sama seperti yang saya bentangkan di Kuantan pada hujung Februari.


Peer Coaching dengan Guru Sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang


Beberapa soalan dan juga maklumbalas diterima sepanjang perkongsian selama 1 jam di sini. Perkongsian saya rasa berjaya mencapai matlamat dan tujuan.

Secara jujurnya saya rasa sangat terharu dan gembira dengan usaha daripada kumpulan guru sains SMK Sultan Abdul Aziz Shah yang sanggup datang dari jauh, demi sebuah perkongsian. Semoga juga apa yang saya kongsikan memberi banyak manfaat kepada mereka, dan juga kepada diri saya sendiri!

Buat kumpulan guru SMK Sultan Abdul Aziz Shah, saya doakan selamat maju jaya!



Sabtu, 22 April 2017

Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah

Pada 22 April yang lalu, saya berpeluang untuk sebuah perkongsian dengan rakan guru Bahasa Melayu dari seluruh negeri Kedah. Kali ini tempat penganjuran adalah SMK Bandar Seri Puteri, Sungai Petani. Misi kali ini adalah lanjutan daripada kejayaan sesi Latihan Dalam Perkhidmatan yang telah diadakan pada bulan Februari lalu.



Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah
Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah

Seminar kali ini disertai oleh ramai warga pendidik dari daerah luar, terutamanya guru Bahasa Melayu. Pujian patutlah diberikan kepada Panitia BM Daerah Kuala Muda Yan yang mengambil inisiatif bagi memajukan guru-guru nya. 

Ditambah dengan Pengetua yang proaktif, dan guru yang berdedikasi, maka terhasillah gabungan budaya kerja yang mantap lagi memberi impak.



Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah
Bersama Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya, Tuan Haji Osman

Sesi perkongsian mendapat maklumbalas yang menarik daripada para guru. Ramai yang nampak dengan lebih jelas akan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 dalam bilik darjah. Seperti yang selalu saya jelaskan, bukan sekadar susun kerusi dan meja sahaja. 



Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah



Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Sesi kemudiannya berhenti rehat dan kami bergerak ke bilik-bilik showcase Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah ini. Memang hebat! Ternyata pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah bukan hanya pada ciri fizikalnya, tetapi juga dari segi pedagoginya. Tahniah!



Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Kami kemudiannya juga dibawa melawat ke Bilik Kaunseling yang cukup menenangkan jiwa. Hiasan dalaman punya cantik, macam rumah sendiri. Tentu selesa bagi pelajar dan guru untuk meluangkan masa di Bilik Kaunseling ini. Tahniah buat kaunselor SMK Bandar Puteri Jaya ini.



Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Seminar PAK21 bersama Guru BM Negeri Kedah


Harapan saya semoga perkongsian ilmu pada hari ini memberi impak bermanfaat kepada usaha mentransformasikan pendidikan Malaysia. Usaha kecil daripada saya, semoga membawa gelombang besar kepada warga pendidik di Kedah terutamanya. 





Selasa, 18 April 2017

Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan

Bagi program perkongsian Pembelajaran Abad 21 di Pekan ini, saya bertolak ke Kuantan pada sebelah petang Khamis. Guna kapal terbang, sampai ke lapangan terbang waktu malam. Disebabkan faktor jarak Pekan dan Kuantan yang tidak jauh, maka pihak penganjur memberikan saya penginapan di Kuantan saja. Lebih selesa katanya. 


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan
Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan

Sesi sebelah malam, di bawa oleh Encik Rizal pegawai SISC+ Matematik Pekan untuk makan-makan dengan para pegawai SISC+ Kuantan, Kak Ani dan juga Kak Suriani. Memang sedap betul makan makanan Thai kat sini. Tapi tak ingat pulak nama kedainya. Huhu..


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Esok pagi nya juga dibawa sarapan pagi dengan menu ala Pantai Timur. Dah pasti saya tak lepaskan peluang merasa Nasi Kerabu dengan daging bakar. Selesai menjamu selera, terus bergerak ke Pekan, tempat berlangsungnya program. 


Memandangkan ini juga kali pertama saya sampai ke Pekan, mata nih melilau jugak melihat kawasan Parlimen yang disandang oleh Perdana Menteri kita sendiri. Apatah lagi Pekan nih juga merupakan bandar diraja bagi negeri Pahang. 

Maka banyak jugalah bangunan yang berkaitan dengan Diraja di sini. Tak lupa juga kawasan-kawasan industri berat yang menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada anak tempatan di sini.


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Tibanya di sekolah agama negeri, tempat berlangsungnya sesi perkongsian. Ke dalam sikit, tapi sesuai untuk suasana pembelajaran. Tetamu juga sudah mula memenuhi tempat. Sayang sikit sebab lama jugak masa terbuang untuk masalah teknikal setting komputer dan juga lcd sekolah. Tak sangka, masalah talian internet yang kurang memuaskan juga mengganggu masa perkongsian. 


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Sudahnya, hanya pada jam 3.30 petang barulah program boleh dimulakan. Mujur juga ada backup powerpoint. Maka sesi perkongsian berjalan dengan lancar selepas itu. Cabaran betul untuk buat perkongsian waktu petang selepas Jumaat nih. Tapi saya cuba sampaikan dengan sebaik mungkin buat warga pendidik Pekan.

Alhamdulillah semuanya tamat seperti dirancangkan. Saya rasa dalam jam 5.30 petang juga berakhirnya program di Pekan ini. Tahniah buat warga pendidikan di Pekan yang terus menunggu hingga saat akhir majlis tamat. 


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Pekan


Bertemu dengan warga pendidik Pekan yang peramah dan sabar menjalankan tugas merupakan satu kenangan yang manis untuk saya kenang sepanjang berada pertama kali di Pekan. Semoga perkongsian ini memberikan kita ilmu bermanfaat untuk kita terus berjaya sebagai warga pendidikan di Malaysia! 



Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017

Setelah hampir setahun bertungkus lumus menyiapkan Video STEM KPM bersama rakan-rakan, selesai juga. Tapi kali ini misi kami disambung dengan Seminar Kepenggunaan Video STEM KPM yang akan diadakan di Zon Tengah, Utara, Timur, Selatan dan Sabah Sarawak. Beberapa kali sesi pertemuan diadakan, dan akhirnya kemuncak majlis pelancaran adalah di SMAP Kajang.


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017
Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017

Bagi Seminar Penggunaan Video STEM KPM ini, peserta yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran STEM akan diperkenalkan dengan Video STEM KPM. Terdapat sebanyak 18 buah video STEM KPM daripada pelbagai subjek, dengan pelbagai topik yang memfokuskan kepada konsep asas yang menjadi masalah kepada pelajar.


Slot pertama Seminar adalah disampaikan oleh saya sendiri, dengan tajuk "Video STEM KPM dan kaitannya dengan Pembelajaran Abad 21". Antara perkara yang saya sentuh dalam 45 minit tersebut adalah elemen-elemen PA21 yang terdapat dalam video STEM tersebut. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Slot kedua dikongsikan oleh wakil UTM, dengan menceritakan sejarah Video STEM daripada penghasilan video BLOSSOM hasil kerjasama KPM, UTM dan juga MIT. Kemudian Video STEM KPM dikembangkan lagi mengikut format dan cara yang tersendiri.

Sesi ketiga pula adalah lebih berfokuskan kepada tatacara penggunaan Video STEM sebelum, semasa dan selepas sesi pdpc. Guru akan lebih mula memahami bagaimana video STEM KPM tersebut digunakan. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar diteruskan dengan sesi bengkel. Seorang fasilitator, iaitu guru yang berpengalaman yang pernah terlibat dengan pembikinan video BLOSSOM atau Video STEM KPM akan membimbing rakan guru peserta menilai keberkesanan penggunaan video tersebut dalam memperbaiki kualiti pdp seorang guru.


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Bengkel kedua pula lebih menjurus kepada peserta menyediakan kerangka awal dan konsep awal video STEM. Buku panduan yang dibekalkan semasa sesi awal pendaftaran juga mengandungi langkah demi langkah bagaimana menghasilkan video STEM yang berjaya. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017
Buku panduan dengan gambar kenangan pasukan school-based saya

Bagi guru yang ada kemahiran membikin video atau ingin mencuba, bolehlah mula menghasilkan video STEM yang lebih kemas, dan menarik lanjutan daripada ilmu bengkel ini. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seharian di SMAP Kajang pada hari ini, sangat memberikan kenangan manis buat saya. Bertemu dengan ramai rakan guru yang hebat dan berkebolehan, memang cukup mengujakan. Bukan senang nak berkumpul macam nih. Kesemua rakan saling bantu membantu, malah menyokong apa yang dilakukan oleh yang lain.

Semoga persahabatan ini terus berkekalan dan memberi inspirasi kepada pasukan guru lain juga. Amin!