.

.

Rabu, 8 Mac 2017

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman

Alhamdulillah dapat lagi ke Kemaman, Terengganu untuk perkongsian ilmu amalan PdPc Pembelajaran Abad 21 untuk tahun ini. Jika tahun lepas dua kali saya ke Terengganu, bagi tujuan perkongsian ilmu. Kali pertama, bersama PPD Kemaman untuk penyebaran Amalan PA21 kepada Pengetua Guru Besar, manakal kali kedua adalah untuk Perkongsian Amalan ICT Dalam Pembelajaran Abad 21 bersama penyelaras Bestari seluruh Terengganu. 



Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman

Sambutan bagi seminar ini adalah sangat menggalakkan dan di luar dugaan. Jangkaan 400 peserta secara kasar, rupanya melepasi sasaran awal yang ditetapkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Daerah Kemaman. Maka, terpaksa lah MPSM mencari dewan dengan kapasiti besar di Kemaman, iaitu ADTEC.

Saya pula, disebabkan menguruskan program Qiyamullail di sekolah, maka saya bergerak ke Kemaman pada sebelah malam hari Jumaat. Guna bas. Letih gila oi. Sampai saja di Kuantan pada jam lebih kurang 6 pagi, maka terus bertolak ke Kemaman, kira-kira sejam dari sana. 




Affan Cottage homestay murah selesa di Kemaman Terengganu
Affan's Cottage : Homestay murah dan selesa di Kemaman Terengganu


Affan Cottage homestay murah selesa di Kemaman Terengganu
Comel tak homestay yang saya duduk kat Kemaman nih? 

Affan Cottage homestay murah selesa di Kemaman Terengganu
Bahagian dalam homestay Affan's Cottage nih memang cosy dan sangat selesa


Affan's Cottage : Homestay murah dan selesa di Kemaman Terengganu
Bilik sebelah untuk gegurl, lagi comel!

Mujur lah Puan Noraini, Pegawai SI Partner+ Kemaman berbesar hati menumpangkan saya di homestay beliau, Affan's Cottage. Selesa sangat! Sempat jugak lah nak mandi dan berehat seketika sebelum nak turun pulak ke tempat berlangsungnya seminar. Yang ke Kemaman, kalau nak cari homestay selesa, murah dan padan dengan harga, boleh lah contact nombor di atas yer!



Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
ADTEC Kemaman, Terengganu

Sampai saja di ADTEC, saya lihat warga pendidik dah mula membanjiri kawasan tersebut untuk pendaftaran peserta. Saya dikenalkan dengan tuan PPD Kemaman, Encik Idris bin Bidin yang sangat mesra. Kali pertama jumpa dulu, siap belanja kami makan sata famous di Kemaman. 

Di sini lah baru saya dimaklumkan rupanya, peserta terdiri daripada warga guru bukan sahaja dari daerah Kemaman, tetapi juga warga pendidik dari seluruh Terengganu. Ada yang Besut, dari Setiu, dari Marang dan Kuala Terengganu juga. Tidak terhad kepada guru, tetapi ramai juga pegawai SISC+ yang turut hadir ke seminar tersebut.



Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman

Sesi bermula dengan ucapan tuan PPD Kemaman. Tagline "Kemaman Unggul" tu jelas mencirikan halatuju PPD Kemaman dalam nak mencorakkan pendidikan dalam daerah ini. Kejayaan Kemaman menganjurkan program sebegini yang pertama kali juga di negeri Terengganu merupakan usaha dan komitmen jelas daripada PPD Kemaman untuk memberikan yang terbaik.


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Peserta Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 bergambar dengan Tuan PPD Kemaman, Encik Idris bin Bidin 

Dek kerana ada lagi urusan yang perlu diselesaikan, tuan PPD kemudiannya terpaksa bergegas ke airport. Sebelum tu, kami bergambar dengan semua peserta seminar sebagai tanda kenangan kejayaan penganjuran seminar pada hari ini.


Sesi I : Ceramah Pembelajaran Abad 21
Sesi diteruskan dengan sesi perkongsian saya mengenai Pembelajaran Abad 21. Kali ini saya tambah sket tagline, "Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja", bagi memberikan gambaran bahawa pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 ini tidak lah hanya bersifat kosmetik semata-mata. Tetapi pengisian nya itu jauh lebih penting dan memberi makna!


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Pembelajaran Abad 21 : Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja

Tak sangka pula saya, kedudukan ADTEC yang terletak jauh dari kawasan bandar menyebabkan kami semua terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk sesi pertama. Pembentangan saya yang menggunakan Persembahan Prezi secara online, tidak dapat berfungsi kerana talian internet yang sangat perlahan. 

Mujur ada guru yang sudi meminjamkan smartphone beliau bagi digunakan sebagai hotspot untuk internet. Baru lah selesai segala masalah. Terima kasih banyak cikgu!

Saya mulakan dengan kenapa perlunya kita berubah. Perkara pokok yang menjadi asas kepada penentu kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 di negara kita. Kepesatan teknologi, persaingan dunia dan juga kelompok pelajar yang berbeza merupakan antara sebab kenapa kita perlu berubah dan bergerak seiring dengan sistem pendidikan negara lain.



Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Lebih 400 warga pendidik dari sekitar Kemaman dan daerah lain hadir ke seminar

Melihat kepada kemajuan teknologi dan juga pembangunan pendidikan di negara luar seperti Korea Selatan, ternyata berjaya membuka mata ramai para peserta. Teknologi seperti QR Code sudah digunakan dalam pdp mereka secara lazim sejak beberapa tahun lepas lagi. 

Maka untuk itu perubahan ke arah bertepatan dengan Pembelajaran Abad 21 adalah amat perlu dan boleh memberi impak kepada pendidikan kita. Saya kongsikan juga strategi pembelajaran yang boleh mengembangkan kemahiran 4C pelajar kita, seperti Gallery Walk, 3 Stray 1 Stay, Jigsaw dan lain-lain melalui pengalaman amalan sendiri dalam bilik darjah saya.


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Bersama guru dan pegawai SISC+ dari Besut, Setiu dan Marang

Pada akhir pembentangan juga saya kongsikan impak daripada pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 kepada anak murid saya.  Dengan latar belakang murid yang majoritinya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, ternyata pendekatan Pembelajaran Abad 21 telah berjaya memberi ruang untuk mereka lebih mencintai dan memanfaatkan ilmu.




Sesi II : Tips Menjadi Guru Yang Kreatif
Sesi kedua berlangsung selepas sesi I. Kali ini tajuk pembentangan nya adalah mengenai Tips Menjadi Guru Yang Kreatif. Topik ini juga sebenarnya menjadi tumpuan utama pada guru memandangkan untuk mendapatkan idea kreatif semasa mengajar juga merupakan satu cabaran buat warga guru. 


Guru juga perlu dilatih untuk mendidik pelajar dengan kaedah pdp yang kreatif

Antaranya perkara yang saya selalu pertimbangkan bila mencari idea pdp kreatif adalah dengan mempertimbangkan 'Wow Factor' dalam perancangan pdp tersebut. Murid haruslah berasa WOW dulu pada sesi set induksi bagi menjentik daya berfikir para pelajar. 

Perkara kedua adalah jaringan kolaborasi antara guru juga boleh menyumbang kepada pertambahan idea kreatif guru semasa mengajar. Malah saya sendiri juga mendapat inspirasi idea daripada guru-guru lain, yang kemudiannya ditambahbaik bersesuaian dengan tahap penguasaan anak murid saya.



Sesi III : Trial Out
Sesi akhir ini memberi peluang kepada para guru mencuba sendiri pengalaman sebenar dalam bilik darjah bersama saya. Open Classroom ini juga memberikan peluang kepada guru menyaksikan sendiri pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 seperti dalam bilik darjah. 



Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Sempat lagi 'cikgu' berselfie dengan 'anak murid'

Alhamdulillah, ramai je guru-guru yang bersemangat nak menjadi 'anak murid' saya di atas pentas. Melihat kepada semangat nya, saya cuba yang terbaik untuk memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PdPc Abad 21, dengan menekankan lebih banyak kepada kemahiran 4C dan juga teknik penyoalan yang membantu 'anak murid' untuk mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi mereka.

Tajuk yang dipilih adalah tajuk, "Langkah Keselamatan dalam Makmal". Penggunaan strategi Roundtable dan Gallery Walk pada satu sesi pdp juga membuka mata para guru bahawa kita boleh saja kreatif dan mengubahsuai strategi mengikut keperluan anak murid kita. 



Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Teknik penyoalan yang baik boleh membantu guru mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi murid

Tools seperti Sticky Note sangat membantu murid untuk terlibat aktif dalam pdp

Penggunaan tools seperti Sticky Notes jugak banyak membantu penglibatan aktif 'murid' semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Ini juga bertepatan dengan keperluan dalam Standard 4 SKPM Gelombang 2 yang mahukan murid sebagai pembelajar aktif.


Sesi selesai selepas 40 minit dengan refleksi dilakukan oleh 'murid'  dengan dibimbing oleh guru. Sekali lagi teknik penyoalan yang baik, sangat membantu saya sebagai guru untuk memberi panduan kepada murid membuat rumusan pembelajaran. 



Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Gambar kenangan 'cikgu' dan 'anak murid'

Sesi Q&A selepasnya, saya diberikan beberapa soalan yang memang sedia sudah dijangka seperti seminar sebelum-sebelumnya. Seperti kekangan masa untuk melaksanakan PA21 dengan sebab mengejar sukatan pelajaran, dan juga kawalan kelas. Saya berharap jawapan dan perkongsian saya memuaskan hati guru yang bertanya dan juga guru-guru lain yang ikut serta dalam seminar tersebut. 


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Dapat hadiah special dari Aleeya yang sangat berbakat, anak kepada Cg Naiman dan Pn Azimah

Apa pun, saya sangat berterima kasih dengan semua warga guru di Kemaman yang menyertai Seminar Perkongsian Amalan PdPc PAK21 anjuran MPSM Kemaman ini. Usaha yang sangat baik, dan semoga juga ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini.


Dah pasti saya tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan ramai rakan guru yang datang ke seminar ini. Semuanya memang bersemangat nak melaksanakan pdpc Abad 21 di sekolah masing2 selepas ini.



Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Kumpulan guru paling ramai dari SMK Chukai

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman


Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Dengan team paling jauh, dari Setiu, Besut dan Marang

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman



Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Bersama pelajar-pelajar untuk TV sekolah mereka. Good Luck!

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Bersama Cikgu Byeda, rakan setugas semasa di Sibu, Sarawak dulu

Terima kasih juga yang tak terhingga buat para pegawai PPD Kemaman, SISC+ dan juga SIPartner+ Kemaman yang banyak memberi tunjuk ajar untuk saya sepanjang daripada tahun lepas sehingga tahun ini. Ada saja ilmu yang nak dikongsikan oleh mereka. Semoga mendapat ganjaran setimpal daripadaNya.



Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Pegawai PPD dan SISC+ Kemaman yang banyak membantu untuk seminar ini

Seminar Perkongsian Amalan Pdpc PAK21 di Kemaman
Bersama Bonda Noraini, Pegawai SIPartner+ Kemaman

Semoga juga perkongsian di Seminar ini memberikan impak besar dalam memberikan anjakan paradigma kepada para pendidik yang hadir, khususnya warga pendidik di Kemaman ini.




3 ulasan:

  1. Cikgu skkijal9 Mac 2017 4:21 PTG

    Banyak ilmu sy dapat. Terima kasih cikgu hailmi

    BalasPadam
  2. My second time attending your seminar cg hailmi! Thank you for the input. Inspire me n others a lot!

    BalasPadam
  3. Baca blog CH pun dh semangat nk buat PA21. byk input yg dikongsikan. bertuah cikgu2 yang dtg seminar CH.

    BalasPadam