.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Jumaat, 30 Disember 2016

Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 1 KSSM

Berikut adalah tajuk-tajuk bagi matapelajaran Sains Tingkatan 1 berdasarkan sukatan baharu KSSM yang digubah mengikut DSKP Sains Tingkatan 1. Sukatan KSSM Sains Tingkatan 1 terdiri daripada 5 tema dengan 9 bab yang perlu dikuasai oleh murid. 


Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 1 KSSM
Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 1 KSSM


BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PENYIASATAN SAINTIFIK
1.1 Sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian
1.2 Makmal Sains anda
1.3 Kuantiti fizik dan unitnya
1.4 Penggunaan alat pengukur, kejituan, kepersisan, kepekaan dan ralat
1.5 Ketumpatan
1.6 Langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik
1.7 Sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan saintifik


BAB 2 : SEL SEBAGAI UNIT ASAS KEHIDUPAN
2.1 Sel - Struktur, Fungsi dan Organisasi
2.2 Respirasi Sel dan Fotosintesis


BAB 3 : KOORDINASI DAN GERAK BALAS
3.1 Homeostasis dalam benda hidup


BAB 4 : PEMBIAKAN
4.1 Pembiakan seks dan aseks
4.2 Sistem pembiakan manusia
4.3 Kitar haid
4.4 Persenyawaan dan kehamilan
4.5 Faktor yang mempengaruhi perkembangan fetus dan bayi
4.6 Kemandulan dan pencegahan kehamilan
4.7 Pembiakan tumbuhan


BAB 5 : JIRIM
5.1 Jirim dalam alam
5.2 Tiga keadaan jirim


BAB 6 : JADUAL BERKALA
6.1 Pengelasan unsur
6.2 Campuran
6.3 Sebatian


BAB 7 : UDARA
7.1 Komposisi udara
7.2 Pembakaran
7.3 Pencemaran udara


BAB 8 : CAHAYA DAN OPTIK
8.1 Penggunaan cermin
8.2 Sifat cahaya
8.3 Pantulan cahaya
8.4 Pembiasan cahaya
8.5 Penyebaran cahaya
8.6 Penyerakan cahaya
8.7 Penambahan dan penolakan cahaya


BAB 9 : BUMI
9.1 Sistem dan struktur bumi
9.2 Bahan bumi
9.3 Proses utama bumi
9.4 Fenomena geobencana
9.5 Usia bumi
9.6 Sumber bumi dan geologi gunaan




Rabu, 28 Disember 2016

Kembara Ilmu STEM ke Bandung, Indonesia

Cuti sekolah 2016 saya berpeluang ke Bandung, Indonesia. Jika sebelum ini juga atas tujuan kursus STEM bersama QITEP in Science di sana, kali ini untuk edu trip, Kembara Ilmu STEM bersama ASCO Edutech. Suatu pengalaman yang menarik, sebab first time join kembara jalan-jalan sambil belajar nih.





Hari 01 (17 Dis 2016)
Rombongan 'che kiah' kami nih disertai oleh lebih kurang 15 orang, diketuai oleh boss ASCO Edutech iaitu Encik Azril. Yang selebihnya adalah guru-guru Sains dan juga pensyarah universiti. Orang sains ler semuanya. 

Penerbangan ke Bandung adalah pada jam 8 pagi. Maka seawal 6 pagi saya dan rakan yang lain sudah berada di KLIA bagi penerbangan menggunakan Malindo. Walaupun pada mulanya barisan panjang giler, tapi akhirnya semua sempat check in tepat pada masanya. 




Di ruang menunggu nih baru lah mula berkenalan dengan rakan guru lain. Semuanya datang dari sekolah yang berbeza dari seluruh Malaysia. Ada yang dari Kedah, dari Negeri Sembilan, Selangor, dan tak lupa juga Labuan.




Kami tiba di Bandara (Airport) Bandung lebih kurang jam 10 pagi. 2 jam saja penerbangan, macam pergi Sibu, Sarawak. hahahhaha.. Dari sana kami terus bergerak ke Pudac Scientific yang terletak lebih kurang 40 minit daripada airport. Sesak mata melihat ke'macet'an di sini. Maka langkah mudah, tidur! Hahahahaha

Sampai di Pudac Scientific, gembira oi bila disambut dengan banner sebesar alam kat depannya. Rasa benar-benar dihargai. 




Kami menjamu selera dengan makanan Sunda. Dan seterusnya di bawa melawat ke sekeliling kilang Pudac Scientific. Besar gila kot kawasan kilang nya! Ada partition yang pelbagai mengikut pengkhususan masing-masing. 

Mula-mula bahagian packing. Semuanya dari kotak hingga ke bekas plastik disediakan sendiri oleh Pudac Scientific. Yang menariknya, setiap kotak mempunyai tulisan yang berbeza. Ada tulisan Rusia, China dan yang tak kenal lagi. Baru lah kami tahu rupanya produk dari Pudac Scientific ini dikomersialkan sehingga ke hampir 50 buah luar negara.




Kemudiannya sambil tu melihat produk-produk Pudac Scientific yang berbentuk kit. Memang best gila tengok! Macam budak-budak dapat mainan. Hahahahaha.. serius best!

Semua tempat dalam kilang kami melawat. Daripada tempat packing tadi ke tempat awet spesimen biologi, tempat penghasilan kaca dan akhirnya ke tempat penghasilan barangan plastik. Cukup mengkagumkan!






Kembali ke tempat pelatihan, kami diberikan taklimat pengurusan makmal oleh seorang pensyarah Fizik daripada Universiti Pendidikan Indonesia, Bandung iaitu Pak Agus. Belajar lah mengenai kepentingan mengendali dan menguruskan makmal dengan baik. 




Akhirnya kami kembali ke hotel, iaitu Fave Braga Hotel yang terletak di Braga. Selesa, tapi tak sempat nak dok lama. Letak beg dan terus keluar makan di Rumah Makan Dago Panyawangan . Serius sedap gila masakan Sunda dia. Memang bertambah-tambah kami makan!



Hari 02 (18 Dis 2016)
Kami terus berada di tempat pelatihan di Pudac Scientific. Sesi dimulakan dengan penerangan mengenai beberapa kit STEM dan kit eksperimen yang dihasilkan oleh Pudac Scientific. Banyak rupanya kit yang mereka hasilkan, dan yang paling suka sebab setiap kita boleh disimpan dengan baik.






Sesi kemudiannya diteruskan dengan  sesi pelatihan bagi Kimia oleh Pak Gery. Banyak idea menarik yang dikongsikan oleh Pak Gery sepanjang sesi 2 jam tersebut.

Yang menarik bagi saya adalah bagaimana beliau menggunakan sains sebagai helah untuk mencipta kejutan kepada anak muridnya. Sebagai contohnya, beliau memasukkan sodium ke dalam sebuah kapal kertas yang kemudiannya tiba-tiba terbakar. 




Sesi kedua pula disambung oleh Pak Edy yang berkaitan dengan Fizik. Kali ini lebih banyak alatan canggih dan berguna untuk eksperimen fizik. Antara yang ditunjukkan kepada kami adalah penggunaan satu alatan yang berkaitan dengan bunyi.






Baru lah saya faham bahawa pembelajaran Sains di Indonesia lebih banyak menekankan kepada pemahaman murid terhadap konsep sains itu melalui kaedah inkuiri. Murid menemukan sendiri rumus melalui pemahaman mereka terhadap aktiviti yang dijalankan.

Sesi terakhir bersambung dengan sesi penggunaan komputer dalam pembelajaran sains. Kali ini oleh Pak Tohor, juga tenaga kerja pelatihan di Pudac Scientific. Pada mulanya saya ingatkan berkaitan penggunaan komputer semasa mengajar sains. Nampak cliche.




Rupa-rupanya ianya adalah berkaitan dengan penggunaan alatan seperti sensor, data logger dan beberapa lagi device untuk mengambil data pada eksperimen yang dijalankan. Maknanya pembelajaran murid bukan lah hanya pada pemerhatian dan hands on sahaja, tetapi juga melalui pembuktian pada data yang diperolehi. 

Sesi tamat pada jam 2 petang dan seterusnya kami bergerak ke Saung Angklung Udjo. Pusat kebudayaan angklung yang terkenal di Bandung. Memang menarik. Sama seperti yang saya ceritakan pada sebelum ini.








Sebelah malamnya, kami menjamu selera di Rumah Makan masakan Padang yang terkenal. Sini pun sedap. Terutamanya pucuk ubinya! 3 pinggan saya makan. Hahahha. Dalam pada tu sempat jugak majlis penyerahan sijil dijalankan. Semua peserta edu trip ini gembira kerana dapat tambah satu lagi koleksi sijil antarabangsa.








Sebelum kembali ke hotel, saya sempat bertemu dengan seorang sahabat saya di Indonesia ini, iaitu pensyarah di Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung iaitu Pak Nanang. Seronok dapat berbual dengan beliau mengenai pendidikan Malaysia dan Indonesia. InshaAllah jika ada rezeki, pasti ada kolaborasi antara kami nanti!




Hari 03 (19 Disember 2016)
Hari terakhir di Bandung ini lebih kepada aktiviti jalan-jalan. Destinasi pertama yang kami pergi adalah ke kawah gunung berapi yang popular, iaitu Tangkuban Perahu. Yang bestnya, pegi tanpa sebarang persediaan. Naik ke atas tu, sejuk giler!! Nasib jer lah..




Nak panaskan badan, sempat jugak lah layan jagung bakar dan juga minum minuman herba di sana, iaitu Bandrek. Rasanya macam teh halia. OK juga lah layan time-time sejuk. 







Selepas menikmati suasana sejuk di sana, kami bergerak ke tempat shopping terhandal di Bandung, iaitu di Pasarbaru. Tempat shopping yang memang terkenal dan memang banyak gila pilihan ini merupakan syurga membeli belah bagi orang perempuan lah. Sehari suntuk dok sini pun tak terasa rasanya. Saya pusing sejam dah tak tau apa lagi nak tengok. Tunggu jer lah yang lain siap menyopping.


Jemput tonton video Kembara Ilmu STEM ke Bandung!


Dari sana kami terus ke airport untuk penerbangan balik jam 8 malam. Perjalanan lancar dan tidak memakan masa serta sampai tepat masanya. Penerbangan kembali ke Kuala Lumpur menggunakan Air Asia juga lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah selamat kembali ke Malaysia dengan selamat.




Kesimpulannya, edu trip ini memang best sangat. Walaupun pada mulanya gusar sebab hanya beberapa orang yang saya kenal, tetapi di akhir trip, semuanya jadi geng! Best sungguh jalan-jalan dengan depa nih. Boleh bergelak ketawa buat lawak sama-sama ramai-ramai.

Tak lupa juga ilmu STEM yang diperolehi daripada Pudac Scientific. Sangat berguna dalam mengaplikasi konsep sains kepada anak murid nanti. Pengurusan daripada encik Azril dari ASCO Edutech juga sangat lancar. Banyak perkara dapat diatasi dengan baik. Paling penting ada masa untuk free and easy sendiri-sendiri! 




Koleksi Bahan Sains 2017 : DSKP, RPT dan Pemetaan HEBAT

Rancangan Pengajaran Tahunan atau RPT merupakan dokumen penting dalam menyediakan Buku Rekod Mengajar. Jadi di sini saya sediakan koleksi RPT bagi matapelajaran Sains untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi tahun 2017. 

Selain daripada RPT, anda juga boleh download DSKP bagi Sains Tingkatan 1 untuk KSSM dan juga Pemetaan Modul HEBAT Sains bagi Tingkatan 1, 2 dan 3. Sila download dengan menggunakan link yang tersedia di bawah.


RPT 2017 : Rancangan Pengajaran Tahunan bagi Sains
RPT 2017 : Rancangan Pengajaran Tahunan bagi Sains




RPT Sains Tingkatan 1 (BI)










Semoga membantu guru-guru membuat perancangan pengajaran untuk tahun ini. Terima kasih kepada guru yang menyumbang tenaga dan berkongsi bahan.


13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan

Dah tentu ramai guru yang tercari-cari idea untuk melakukan aktiviti menarik pada hari pertama sekolah. Dengan pelajar yang baharu, dan suasana sekolah yang baharu, pasti idea-idea menarik diperlukan bagi mewujudkan suasana ceria menyambut pelajar pada sesi persekolahan kali ini. Jom kita tengok 13 idea aktiviti yang menarik boleh dijalankan pada hari pertama persekolahan!



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan
13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan


1. Figure Me Out
Cikgu Matematik sangat dialu-alukan untuk menggunakan idea ini. Beri teka teki kepada pelajar untuk diselesaikan. 



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan



2. Gallery Walk
Aktiviti kolaboratif yang menggalakkan murid untuk lebih berani menyuarakan pendapat dan idea mereka untuk kelas



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan


3. Hands Up
Pelajar melukis bentuk tangan mereka dengan beserta nama dan juga apa yang mereka ingin capai untuk tahun ini. Kemudian simpan di dalam kelas sebagai peringatan sepanjang tahun.



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan



4. Question Ball
Lambung bola dalam kelas, dan pelajar yang menerima harus menjawab soalan yang berada di bahagian depan mereka.



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan


5. M&M Memory
Guru mengagihkan M&M dan kemudian pelajar perlu menceritakan mengikut warna M&M yang mereka ambil / dapat.



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan



6. Tree of Hope
Guru meletakkan pokok berkayu. Pelajar diberikan kertas berbentuk daun. Pelajar menulis nama dan harapan mereka untuk tahun ini. Lekatkan hasil kolaboratif murid sebagai motivasi dan inspirasi sepanjang tahun.



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan


7. Circle of Life
Pelajar membahagikan kertas mereka kepada 8 bahagian. Setiap bahagian perlu ditulis satu maklumat yang wajib disertakan dengan nombor. 



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan



8. Switch Sides If
Guru menandakan kelas kepada dua kawasan. Apabila dibacakan soalan, pelajar bergerak ke arah lagi satu mengikut jawapan.



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan



9. Find A Friend BINGO
Guru menyediakan borang dengan pelbagai karakter murid dalam kelas secara rawak. Pelajar diberi masa tertentu untuk mendapatkan nama rakan mereka mengikut karakter.



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan



10. What Kind of Teacher Do You Want?
Guru menyediakan ruang untuk murid melekatkan apa yang mereka inginkan daripada guru untuk tahun tersebut. Soalan boleh diubah kepada bentuk lain, seperti:
"Apa yang anda ingin belajar / tahu untuk tahun ini?"
"Apa yang anda ingin capai pada akhir tahun ini?"



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan



11. A Great Classmate
Kertas dibahagikan kepada 4 bahagian. Pelajar mencatatkan beberapa perkara berkaitan dengan kawan sekelas mereka. Ini bagi tujuan saling mengingatkan mereka, akan tujuan untuk menjadi rakan sekelas yang baik dan sentiasa sokong menyokong.



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan



12. Best Classmate / Best Teacher
Ini juga satu lagi bentuk refleksi kepada murid dalam mengukur sikap mereka terhadap rakan sekelas dan juga guru. 



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan



13. I Cant Live Without..
Bagi mendapatkan idea mengenai murid baharu kita, carta ini juga boleh digunakan bagi membolehkan pelajar menceritakan hobi dan kegemaran mereka. 



13 Idea Aktiviti Menarik Hari Pertama Persekolahan


Semoga perkongsian 13 idea untuk aktiviti menarik bagi hari pertama persekolahan ini mampu membantu para guru dalam menjadikan hari pertama sekolah sebagai hari yang indah! Selamat mencuba!




Ahad, 25 Disember 2016

Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu

Cuti sekolah tahun ini banyak pula saya berjalan keluar. Penuh cuti sekolah, macam tak cuti. Bermula dengan konferens SSAEM 2016 di Korea dan juga edu trip  Kembara STEM di Bandung, Indonesia kali ini saya bercuti bersama keluarga di Terengganu. Dan destinasi pilihan kami sekeluarga tentulah Taman Tamadun Islam. 


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Secara ringkasnya, Taman Tamadun Islam dengan kawasan seluas 10 hektar ini terletak di Pulau Wan Man. Taman ini mengandungi 22 monumen senibina Islam yang  menarik daripada 21 buah negara seluruh dunia. Kunjungan ke Terengganu pada sebelum ini, taman tersebut masih dalam fasa dibaikpulih. Alhamdulillah kali ini berpeluang untuk meninjau apa yang ada di sini.


Harga tiket masuk ke Taman Tamadun Islam ini RM21.90 bagi dewasa, dan RM15.90 bagi kanak-kanak atau dewasa. Bagi yang datang ramai ke Taman Tamadun Islam ini, boleh lah mendapatkan harga yang lebih jimat dengan menggunakan pakej keluarga. Harga tiket Taman Tamadun Islam juga berbeza, jika anda hanya mahu kunjungan ke Taman Monumen atau pun mengikuti TTI River Cruise. 


Harga tiket masuk ke Taman Tamadun Islam, Terengganu
Harga tiket masuk ke Taman Tamadun Islam

Setiap pengunjung akan diberikan tiket berupa buku pasport yang menarik dengan warna yang berbeza mengikut kategori tiket. Dalamnya ada maklumat mengenai taman tersebut, termasuk gambar yang berkaitan. 




Masuk je ke dalam, ada satu lagi kaunter menunggu, iaitu kaunter untuk menyewa basikal atau pun bagi membeli tiket tram. Kalau taknak gunakan basikal atau buggy car atau tram, maka anda bolehlah berjalan kaki di kawasan seluas 10 hektar ini. Boleh tahan jauh.

Kami sekeluarga pilih menggunakan tram, kerana ada ahli keluarga dengan pelbagai lapisan umur. Kesian pulak nak tengok mereka berjalan kaki. Tiket menggunakan tram adalah Rm5.50 per kepala. Yang ini tak kira umur. Selepas menunggu lebih kurang 10 minit, maka tibalah tram kami. Dan kami pilih gerabak yang paling depan.


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Sesi tour pun bermula. Kami dibawa melawat ke beberapa monumen yang terdapat di Taman Tamadun Islam tersebut. Sambil melintas di kawasan monumen tersebut, maka ada suara yang akan menerangkan serba sedikit maklumat mengenai monumen tersebut. Menarik! 

Antara monumen yang ada adalah masjid daripada Indonesia, Brunei, Singapura dan juga dari negara Malaysia sendiri. Anda boleh tengok lebih lanjut di dalam gambar di bawah.


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Excited juga saya melihat monumen-monumen yang terdapat di sana. Di sebahagian monumen, tram akan berhenti dan memberi laluan kepada pengunjung untuk masuk ke dalam monumen interaktif. Dalamnya ada galeri pameran serta mini pawagam bagi menayangkan video pendek mengenai monumen tersebut. 


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Tak ingat pula saya secara tepat masa yang kami gunakan untuk meninjau kawasan taman tersebut. Tapi saya rasa dalam satu hingga dua jam jugaklah sebelum sampai ke pit stop yang terakhir. Tu pun masa di monumen interaktif tu kami tak berlengah sangat. Tonton video dan ambil gambar sahaja. 


Secara keseluruhannya, saya rasakan pengalaman ke Taman Tamadun Islam di Terengganu ini merupakan satu pengalaman yang menarik dan menyegarkan. Senibina bercirikan Islam yang dipamerkan melalui monumen di sini, menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama universal. 


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Ini juga menunjukkan bahawa Islam bersifat terbuka untuk menerima dan meraikan kepelbagaian bukan sahaja kepada penganutnya, tetapi juga kepada kebudayaan dan kesenian tempatan. Monumen menara azan di Masjid Xian, China menunjukkan ciri ini dengan jelas.


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Atas keindahan senibina monumennya juga, maka tak hairan lah jika Taman Tamadun Islam ini turut menjadi tumpuan masyarakat Malaysia yang lain. Bagi saya, ini merupakan ruang terbaik pelbagai lapisan masyarakat Malaysia untuk melihat senibina Islam di tempat lain juga dengan lebih dekat. 

Bahagian yang perlu ditambahbaik hanyalah usaha penyelenggaraan kawasan Taman Tamadun Islam serta monumen-monumen supaya sentiasa terpelihara dan terjaga. Sedap sikit mata nak memandang. 


Percutian Keluarga ke Taman Tamadun Islam, Terengganu


Berdasarkan kepada pengalaman saya berkunjung ke Taman Tamadun Islam atau pun Taman Monumen ini, maka saya sangatlah mencadangkan bagi mereka yang nak berkunjung ke Terengganu, supaya wajib datang ke Taman Tamadun Islam ini agar percutian anda jadi lebih bermaklumat!