.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Selasa, 29 November 2016

Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah

Semalam saya menghadiri satu jemputan ke majlis pelancaran program CSR (komuniti) daripada Maxis kepada anak-anak di luar bandar. Program yang dinamakan Maxis eKelas itu menggunakan pendekatan pendidikan digital, di luar waktu sekolah bagi menarik perhatian murid luar bandar bagi menggunakan internet untuk tujuan pendidikan. Menarik kan bunyi nya?


Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah


Untuk pengetahuan semua, terdapat 118 buah Pusat Internet 1Malaysia yang dikendalikan oleh Maxis di seluruh Malaysia. Namun, untuk program pilot ini, sebanyak 10 PI1M telah dipilih untuk menjadi peneraju kepada program pendidikan digital ini. 

Dengan menggunakan konsep komuniti - pendidikan dan Internet, ternyata Program Maxis eKelas ini banyak memberikan faedah kepada anak-anak di luar bandar ini. Antaranya adalah pengisian masa lepas sekolah yang bermanfaat dan juga penyediaan bahan kandungan digital yang sangat interaktif.


Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah


Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah


Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah


Dan tahukah anda, selepas hampir 1 tahun beroperasi, Program Maxis eKelas ini telah berjaya memberikan faedah kepada lebih 1 200 orang pelajar Tingkatan 1 hingga 3! Satu jumlah yang besar, walaupun program nih berjalan di kawasan tertentu dan masih belum dikenali oleh orang lain. 

Fokus pendidikannya, tentulah kepada 3 subjek kritikal, iaitu Sains, Matematik dan juga Bahasa Inggeris. Pemilihan guru sebagai tutor kepada pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam subjek masing-masing.

Jadual waktunya pula adalah pada setiap hari Jumaat dari 10 pagi hingga 12 tengahari dan 3 petang hingga 6 petang. Manakala pada hari Sabtu pula dari jam 10 hingga 6 petang.

Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah


Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah


Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah


Pelajar hanya perlu datang ke Pusat Internet 1 Malaysia yang diuruskan oleh Maxis, kemudian mengikuti sesi pembelajaran live dengan guru, melakukan tugasan dan aktiviti bersama-sama. Dan yang bestnya, semua itu berlaku dalam masa yang sama bagi kesemua 10 buah PI1M yang terlibat. 

Katanya, satu bahagian di Maxis juga akan bersama mengikuti dan memantau proses pembelajaran tersebut. Wahhhh.. canggih sangat!


Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah


Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah


Saya ada juga ajukan soalan, bagaimana dengan tanpa kehadiran 'guru' dalam 'kelas' boleh membuatkan murid untuk terus terikat dengan aktiviti dan proses pdp.

Kemudian baru lah saya tahu, bahawa pembelajaran pelajar ini dipantau melalui sistem penilaian dan juga beberapa pertandingan sepanjang tahun ini. Markah dan keputusan dikumpulkan dalam bentuk point, dan ganjaran hebat menunggu di akhir. 

Iaitu dibawa terbang ke Kuala Lumpur, melawat ke Menara Maxis dan juga kawasan pendidikan yang terdapat di sekitar, seperti Petrosains dan lain-lain. Untung budak-budak nih. Ilmu dapat, berjalan percuma pun dapat!


Maxis eKelas : Pendidikan Digital Luar Waktu Sekolah


Secara keseluruhannya, inisiatif yang dijalankan oleh Maxis ini merupakan satu usaha yang sangat baik dalam memberikan akses pendidikan samarata kepada semua pelajar, tak kira di mana sahaja mereka berada. 




Isnin, 21 November 2016

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05

Hari ini adalah hari terakhir saya berkursus STELR - STEM Education di Bandung. Memang banyak sangat ilmu dan pencerahan lain yang saya pelajari pasal STEM di sini. Banyak benar membuka perspektif baharu untuk saya dalam menghadapi cabaran baru dalam pengajaran Sains tahun mendatang.


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Warga pendidik ASEAN

Untuk hari ini, sesi pertama dimulakan dengan rangkuman aktiviti dan kaitannya dengan STEM. Kami diminta untuk memilih satu projek yang telah kami jalankan sepanjang berada di sini untuk 5 hari ini. 


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Kaitan STEM dan Water Filtration

Projek STEM yang saya pilih adalah Water Filtration. Penurasan air. Masalah global bagi negara-negara yang kekurangan sumber air. Kemudian kami diminta untuk menyenaraikan apakah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang terlibat di sebalik aktiviti tersebut.

Selesai pembentangan, kami diberi sekali lagi penerangan oleh urusetia, Mr Agus. Kali ini adalah berkaitan dengan pelan perancangan kami mengenai apa yang kami akan lakukan sekembalinya kami ke negara masing-masing. 


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Agus menerangkan contoh perancangan yang boleh dilaksanakan di negara masing-masing

Sekiranya, kami berjaya mengadakan bengkel STELR - STEM ini di negara masing-masing, sama ada pada peringkat sekolah, atau daerah, atau negeri, atau kebangsaan, kami akan diberikan satu lagi sijil di peringkat antarabangsa. Yeayyyyy!

Untuk majlis penutupan bersama para pegawai, saya tertarik dengan testimoni daripada seorang peserta daripada Singapura, iaitu Mr Serwin Leong. Beliau merumuskan bahawa, perkataan STEM selain daripada membawa pengertian kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, STEM juga boleh membawa maksud:

S (Students)
AKtiviti yang dirancang perlu mengambilkira hasil kepada murid

T (Teamwork)
AKtiviti yang dirancang seboleh mungkin melibatkan kolaboratif antara murid

E (Energy)
Tenaga yang banyak diperlukan oleh guru untuk menjalankan aktiviti STEM, kerana melibatkan kawalan kelas dan juga persiapan rapi

M (MOtivation)
MOtivasi berterusan perlu ada dalam diri murid dan juga guru sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti STEM


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Majlis penutupan akhirnya disempurnakan oleh Mr Hartono Wijaya, STI Director daripada PT KALTIM Nitrate Indonesia yang juga merupakan sponsor utama kepada kumpulan guru Sains daripada Bontang, Kalimantan Timur. 


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Keseluruhannya, saya sangat gembira dengan kursus 5 hari di Bandung, Indonesia kerana telah berjaya menambah ilmu pengetahuan saya dalam bidang STEM. Beberapa perkara sekarang, menjadi lebih jelas. Sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan supaya pengisiannya lebih sesuai untuk konteks Malaysia.

Tak lupa juga peluang untuk bertemu dengan kenalan guru dan warga pendidik daripada negara-negara ASEAN yang lain. Peluang yang juga membuka minda kepada pendidikan yang lebih luas dan global. INshaAllah saya akan cuba usahakan kolaboratif antarabangsa dalam usaha memajukan lagi pendidikan di bumi Malaysia, khususnya di Jerlun. 


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Ibu Albertine daripada Timor Leste

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Sout, pensyarah kolej perguruan daripada negara Laos

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Suksant dan Miss Supavitha, guru dari Thailand

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Puan Azian dan Puan Suzanna, guru dari negara Brunei

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Atep, pegawai kementerian pendidikan Indonesia

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Yansen, pegawai kementerian pendidikan Indonesia

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Dwi, guru Fizik dari Jakarta, Indonesia

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Muhammaditya, pegawai kementerian pendidikan Indonesia

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Eddy, guru sains dari Riau, Indonesia

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Nanang, pensyarah di Universitas Pendidikan Bandung, Indonesia

Jemput tonton juga video sepanjang 5 hari saya berkursus di sana untuk mendapatkan sedikit perkongsian secara video. INshaAllah, saya yakin pasti akan ada ilmu baharu yang boleh dipelajari daripada sini.




Bagi yang nak membaca artikel pada Hari 01, Hari 02, Hari 03, Hari 04, bolehlah klik pada link yang telah disedikan. Semoga perkongsian saya dari Indonesia ini boleh memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dalam mendidik anak bangsa. AMin!




Ahad, 20 November 2016

Pembentangan Kajian Tindakan Google Form di Seminar PLC Kedah 2016

Sebaik sahaja saya dimaklumkan bahawa JPN Kedah akan menganjurkan satu seminar mengenai perkongsian Professional Learning Communities (PLC) mengenai amalan terbaik, terus sahaja saya mengatakan setuju untuk menyertainya. Ini kerana ini lah peluang terbaik untuk saya berkongsi dengan rakan pendidik di Kedah, mengenai sedikit pengalaman dan pengamalan saya di dalam kelas. Mana tahu boleh jadi inspirasi untuk guru lain juga.



Pembentangan Kajian Tindakan Google Form di Seminar PLC Kedah 2016



Saya tak datang kosong. Bagi saya, peluang sebegini elok juga jika direbut oleh rakan-rakan saya lain, terutamanya yang masih baru cuba berjinak dalam bidang perkongsian seperti di seminar ini. Maka sasaran saya, sudah tentu lah Ustaz Asrulnizam, guru Pendidikan Islam di sekolah saya dan juga Puan Noor Laila, guru Bahasa Inggeris yang juga Guru Kanan Bahasa di sekolah. 

Alhamdulillah, kedua-dua nya cukup positif menerima pelawaan tersebut, seperti mana keduanya menerima jemputan Peer Coaching sempena Lawatan Penandaarasan dari SMK  Kajang Utama. Tak lupa juga, saya maklumkan dengan seorang lagi Guru Cemerlang, Puan Norseiah daripada SMK Megat Dewa yang turut bersetuju menjadi salah seorang pembentang.



Pembentangan Kajian Tindakan Google Form di Seminar PLC Kedah 2016


Seminar PLC Kedah diadakan bersekali dengan Hari Terbuka PPD Kota Setar. Makanya jadi sangat lah meriah. Banyak booth dan pertunjukan yang ada. Manakala kami guru-guru yang terlibat dengan pembentangan untuk best practises ini dikumpulkan di bilik mesyuarat di tingkat paling atas.

Saya dan Puan Noor Laila diberikan bilik Permata Minda 3. Manakala Ustaz Asrulnizam dan Puan Noorseiah di Bilik Permata Minda 2. Memandangkan ada hampir 30 orang guru yang akan berkongsi best practises mereka, maka slot pembentangan hanya diberikan selama 15 minit. 


Project-based Learning Dalam Pembelajaran Aurat
Sebagai satu-satunya guru Pendidikan Islam yang tampil membuat perkongsian di Seminar PLC Kedah 2016 ini, Ustaz Asrulnizam berkongsikan tajuk "Project-based Learning Dalam Pembelajaran Aurat". Dalam sesi tersebut, beliau berkongsikan mengenai aktiviti pdp Pendidikan Islam berkenaan topik aurat. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menggunakan project-based learning.



Pembentangan Kajian Tindakan Google Form di Seminar PLC Kedah 2016


Agak menarik apabila inspirasi yang digunakan beliau adalah datangnya apabila melihat anak perempuan beliau bermain dengan patung kertas, tukar-tukar baju tu. Idea kemudian disesuaikan dengan pendekatan aurat. Cukup lengkap aktviti dengan pendekatan Pembelajaran Abad 21 yang melibatkan konsep 4C.



Differentiated Learning for Cross cultural lesson
Puan Noor Laila pula dengan tajuk "Differentiated Learning for Cross cultural lesson". Dengan menggunakan pendekatan Pembelajaran Terbeza, beliau membahagikan murid-murid mengikut beberapa aspek. Biasanya kita hanya membezakan murid berdasarkan tahap pencapaian. 



Pembentangan Kajian Tindakan Google Form di Seminar PLC Kedah 2016


Tetapi sebenarnya ada beberapa aspek lagi di mana pembelajaran pelajar dapat dibezakan mengikut proses, produk, dan juga persekitaran. Pembelajaran mengenai cross cultural juga sesuatu yang menarik, terutamanya kepada pelajar sekolah kami yang hanya terdiri daripada satu jenis bangsa sahaja, iaitu Melayu.



Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan Google Form Dalam Meningkatkan Akademik Sains SPM
Bagi sesi pembentangan saya pula, adalah mengenai Kajian Tindakan yang saya buat berkaitan dengan Keberkesanan Penggunaan Google Form Dalam Meningkatkan Akademik Sains SPM. Usahasama Cikgu Rahman dan Cikgu Sobrie dalam menghasilkan bahan soalan percubaan SPM Kertas 1 dalam bentuk Google Form, telah banyak membantu pelajar dan guru di seluruh Malaysia.



Pembentangan Kajian Tindakan Google Form di Seminar PLC Kedah 2016


Maka saya ambil peluang dari sana, menjalankan satu Kajian Tindakan mengenai keberkesanannya. Mungkin dengan data yang diperolehi akan membantu saya dan murid untuk menggunakan kaedah yang lebih baik atau boleh menambahbaik kaedah sedia ada. 

Masa 15 yang diperuntukkan digunakan dengan sebaik mungkin untuk saya berkongsi sedikit latarbelakang murid saya, pelaksanaan dalam kelas dan apa impak yang saya dapat daripada penggunaan Google Form kepada pelajar kelas saya.



Pembentangan Kajian Tindakan Google Form di Seminar PLC Kedah 2016


Tahukah anda, dapatan daripada survey yang saya jalankan ke atas murid saya yang majoritinya adalah anak petani dan nelayan mendapati bahawa, 82% daripada mereka memiliki smartphone yang lengkap dengan data internet. Alangkah ruginya jika kita para guru tidak memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang kita ada itu.



Pembentangan Kajian Tindakan Google Form di Seminar PLC Kedah 2016


Apatah lagi, impak keberkesanan penggunaan Google Form ini berjaya meningkatkan jumlah peratusan pelajar yang mendapat markah yang lebih tinggi berbanding markah-markah peperiksaan sebelumnya. 

Alhamdulillah. Perkongsian mendapat feedback positif daripada para guru. Ternyata penggunaan ICT bukanlah sesuatu yang sukar dan perlukan kemahiran yang sangat tinggi. Cukup sekadar mempunyai literasi ICT dan kesungguhan dalam memastikan pelajar menjalankan tugasan yang diberikan.



Pembentangan Kajian Tindakan Google Form di Seminar PLC Kedah 2016


Secara ringkasnya, melihat kepada feedback daripada guru yang menyertai, bolehlah saya katakan bahawa Seminar PLC Kedah ini merupakan suatu program yang sangat berjaya. Ramai guru samada yang membentang atau pun yang menjadi peserta mendapat perkongsian ilmu yang sangat berharga pada hari ini. 

Saya pula secara peribadinya juga sangat gembira dengan pendedahan kepada beberapa rakan guru lain yang juga turut sama-sama berkongsi kepakaran mereka. Bila dah ada pasukan, maka lebih mudah untuk kita menjayakan sesuatu dengan jayanya.



Pembentangan Kajian Tindakan Google Form di Seminar PLC Kedah 2016


Semoga juga pihak JPN Kedah terus mengambil langkah proaktif dalam memastikan seminar-seminar sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. Tujuannya adalah bagi membolehkan lebih ramai guru-guru hebat di Kedah untuk mempunyai lebih banyak ruang mengembangkan bakat dan berkongsi dengan warga pendidik senegeri mengenai amalan terbaik mereka di dalam kelas. Untuk itu, Selamat maju jaya! 




Sabtu, 19 November 2016

Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Changlun

Musim peperiksaan ini merupakan minggu yang agak lapang untuk saya. Dengan jumlah murid yang tidak ramai di sekolah saya, maka banyak program di sekolah dapat dijalankan dalam skala yang besar.  Kesempatan ini diambil oleh sekolah SMK Changlun bagi menjemput saya untuk berkongsi sedikit pengetahuan saya dalam Pembelajaran Abad 21 untuk aktiviti latihan dalam perkhidmatan di sekolah mereka. 


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Changlun


Pada perancangan mulanya, cadangan jemputan hanyalah kepada guru-guru Sains dan Matematik sahaja. Akan tetapi, mungkin kerana kesesuaian topik dengan trending sekarang, maka pihak sekolah mohon supaya diperluaskan dengan lebih ramai guru di sekolah tersebut.

Saya lebih gembira kerana sesi dapat dioptimumkan kesannya kepada seluruh warga sekolah. Kerana pada pendapat saya, menjalankan Pembelajaran Abad 21 di sekolah, bukanlah hanya tertumpu kepada beberapa orang guru. Seluruh warga sekolah perlu sama-sama menjalankan PA21. Jadi murid pun dapat menjadi Pelajar Abad 21 dengan lebih pantas.


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Changlun


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Changlun


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Changlun


Sesi perkongsian dua jam itu berlangsung dengan cukup baik. Saya dapat rasakan ramai guru-guru yang memberi perhatian untuk benar-benar belajar sesuatu daripada perkongsian saya. Tahniah untuk guru-guru SMK Changlun yang memang komited dalam urusan mencari ilmu. 

Sesi juga rancak kerana guru-guru tak segan silu bertanyakan soalan kepada saya. Memang membantu sesi menjadi lebih hidup. Antara soalan popular yang sering ditanya adalah bagaimana saya habiskan sukatan pelajaran dengan aktviti yang banyak dijalankan. 


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Changlun


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Changlun


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Changlun


Sesi kedua kemudiannya berlangsung dengan hanya guru-guru Sains dan Matematik. Sesi ini lebih kepada sesi Q&A, dengan rakan guru sains dan matematik bertanyakan beberapa perkara mengenai pelaksanaan Sains dalam bilik darjah.

Kurang lebih jam 12, maka sesi pun tamat. Banyak perkongsian yang perolehi daripada program hari ini. INshaAllah akan ada penambahbaikan lagi pada perkongsian saya pada masa akan datang. 


Pengalaman Mencerap Fenomena Bulan Besar 'Supermoon'

Rasa seronok pulak nak berkongsi pengalaman saya bersama pelajar mencerap bulan sempena fenomena bulan besar 'Supermoon' pada November 2016 ini. Fenomena yang bukan selalu terjadi tu, memang sangat menarik auranya. Hinggakan, saya dan beberapa pelajar Tingkatan 3, aturkan sesi mencerap bulan, buat pertama kali nya di sekolah saya.


Pengalaman Mencerap Bulan Besar 'Supermoon'


Supermoon - Bulan Terbesar
Apa yang specialnya mengenai fenomena bulan 'Supermoon' kali ini? Ok, biar saya ceritakan sket sebelum kita pegi tengok apa yang kami buat. Tahun 2016 ini menyaksikan 3 kejadian 'Supermoon' yang berlaku pada bulan Oktober, November dan Disember. 

Kejadian 'Supermoon' ini adalah apabila bulan bergerak dalam orbitnya sehingga ke titik yang paling hampir dengan bumi. Ini menyebabkan bulan nampak lebih besar daripada kebiasaan, sehinggalah disebut sebagai 'Supermoon'. 


Pengalaman Mencerap Bulan Besar 'Supermoon'


Dan yang paling specialnya, fenomena 'Supermoon' pada bulan November ini adalah yang terbesar sekali berbanding dua lagi kejadian 'Supermoon' pada tahun ini. Kali terakhir bulan dilihat sebegini besar adalah pada tahun 1948 dahulu. Lebih kurang 68 tahun. Hmm.. lama kan?. 

Dan kalau anda terlepas peluang pada 14 November ini, maka anda kena lah tunggu sehingga 25 November 2034 pula. Hmmm.. lagi lama kan?


Jadi peluang ini digunakan sebaiknya oleh saya untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah saya mengenai ilmu astronomi. Tambahan pula, makmal sains kami mempunyai teleskop yang baru sahaja dipasang. Peluang terbaik untuk menguji teleskop tersebut dengan fenomena bulan yang bukan selalu kita nak jumpa.


Pengalaman Mencerap Bulan Besar 'Supermoon'


Walaupun petangnya hujan lebat di bumi Jerlun ini, tetapi saya optimis akan peluang kami untuk melihat Supermoon. Seawal jam 715 malam saya sudah tiba di sekolah. Beberapa pelajar yang selalu membantu saya, Asri, Mustaqim, Alif dan Syafiq telah sedia menunggu saya di sekolah.


Fenomena Supermoon dijangka bermula pada jam 730 sehingga 1045 malam. Jadi kami cuba cari kawasan lapang yang terbaik untuk menyaksikan keindahan alam semesta ciptaan Allah ini. 


Pengalaman Mencerap Bulan Besar 'Supermoon'


Pengalaman Mencerap Bulan Besar 'Supermoon'


Pengalaman Mencerap Bulan Besar 'Supermoon'


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Langit yang gelap tadi, dah mula menampakkan sinar rembulan. SubhanAllah! Memang cantik sungguh bulan pada malam ini. Kelihatan sangat besar, sekalipun jika hanya dilihat dengan mata kasar. Apatah lagi jika dilihat dengan teleskop.


Saya gembira apabila bilangan pelajar semakin ramai memenuhi lapangan yang kami sediakan. Tak sangka pula, dengan last minute punya promosi melalui group whatsapp murid dan juga melalui facebook sekolah, ramai pula yang datang nak tengok sama-sama.


Pengalaman Mencerap Bulan Besar 'Supermoon'


Hampir 40 orang yang datang, termasuk pelajar, guru, warga sekolah dan komuniti setempat. Saya tumpang berbangga sebab selain daripada rakan guru, Pengetua sekolah juga datang bersama-sama bagi berkongsi cerita dengan murid-murid. 


Pengalaman Mencerap Bulan Besar 'Supermoon'


Pengalaman Mencerap Bulan Besar 'Supermoon'


Pengalaman Mencerap Bulan Besar 'Supermoon'


Program selesai pada jam 10 malam. Ramai yang dah mula beransur balik ke rumah. Bulan pun makin meninggi, menjadikan bulan kelihatan lebih kecil. Saya secara peribadi, sangat gembira dengan kejayaan program ini. Walaupun tak dirancang, tetapi semuanya berlangsung dengan sangat lancar.

Paling penting, dapat memberikan kenangan yang menarik untuk pelajar ingat mengenai fenomena Supermoon, tanda kebesaran kuasa Allah SWT.