.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Selasa, 27 September 2016

Perkongsian Pembelajaran Abad 21 dengan Guru Kimia Kedah

Alhamdulillah sekali lagi saya diberi peluang untuk membuat perkongsian sedikit ilmu yang saya ada dengan rakan-rakan guru. Kali ini adalah jemputan daripada JPN Kedah, Unit Akademik, bagi matapelajaran Kimia. Beberapa kali juga saya berurusan dengan En Sharifudin, iaitu pegawai yang menguruskan bagi matapelajaran Kimia di JPN Kedah. 


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 dengan Guru Kimia Kedah
Bersama Pegawai JPN dan Guru Cemerlang Kimia yang bertindak sebagai fasilitator

Perkongsian telah diadakan sebanyak dua kali. Kali pertama adalah untuk guru-guru Kimia bagi zon Utara. Manakala kali kedua pula adalah untuk guru-guru Kimia bagi zon Selatan. Dan perkongsian mengenai Pembelajaran Abad 21 ini merupakan slot 2 jam di dalam Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Kimia Kedah yang berlangsung selama 3 hari.


Perkongsian untuk kali pertama berlangsung di SMK Bandar Baru Darulaman. Seramai hampir 80 orang guru Kimia daripada seluruh sekolah di zon Utara negeri Kedah telah melibatkan diri dalam kursus ini. Antara daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Langkawi, Padang Terap, dan Pendang.


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 dengan Guru Kimia Kedah

Perkongsian Pembelajaran Abad 21 dengan Guru Kimia Kedah

Perkongsian Pembelajaran Abad 21 dengan Guru Kimia Kedah


Manakala perkongsian buat kali kedua pula berlangsung di SMK Teluk Bayu, Sungai Petani. Seramai hampir 80 orang guru Kimia daripada seluruh sekolah di zon Selatan negeri Kedah telah menyertai kursus kali ini. Kali ini pula daerah yang terlibat adalah daerah Kuala Muda Yan, Kulim Bandar Baharu, dan Baling Sik.


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 dengan Guru Kimia Kedah


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 dengan Guru Kimia Kedah


Kesempatan ini juga sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan saya kepada subjek Kimia yang telah hampir 2 tahun saya tinggalkan sejak saya berpindah ke sekolah baru. Lembab pula otak bila nak kena recall balik benda-benda yang dulu pernah kita ajar. Tapi inshaAllah melalui perkongsian sebegini boleh memberikan nafas baru kepada Kimia saya. Hahahaha. 

Semoga terus tabah!

Seperti yang selalu saya sebut dalam setiap perkongsian saya, bukanlah saya ini seorang yang pakar dalam Pembelajaran Abad 21. Saya hanya kongsikan ilmu saya yang sedikit, melalui amalan dan pengalaman saya yang sedikit, dengan harapan mudah-mudahan ianya boleh memberi sudut pandang yang berbeza untuk kita sama-sama tambahbaik kerja dan amal kita. 


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 dengan Guru Kimia Kedah


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 dengan Guru Kimia Kedah


Semoga guru-guru yang mendengar perkongsian saya ini mendapat ilmu yang berguna! Amin.



Rabu, 14 September 2016

World #Quranhour di SMK Jerlun

Hashtag World #Quranhour yang memenuhi media sosial ini telah menarik perhatian rakan sekerja saya di SMK Jerlun, Ustaz Asrulnizam. Program sedunia yang cuba menarik minat seramai mungkin ummat Islam bagi membaca Al-Quran selama sejam pada 9 Zulhijjah, (11 September) yang juga bersamaan Hari Wukuf. Kita tumpang meriahkan.


World #Quranhour di SMK Jerlun, Kedah Malaysia


Kebetulan pula hari program diadakan semasa cuti sekolah yang menjelang tiba kerana cuti pertengahan semester 2 dan juga sempena Hari Raya Aidiladha. Maka pelajar dan guru yang dapat dihubungi sahaja yang dipelawa untuk menyertai program. Lagi pula, dah tentu ramai yang sedang melakukan persiapan menjelang Hari Raya Aidiladha. 


Disebabkan program World #Quranhour berlangsung pada jam 9.00 pagi, maka seawal 8.00 pagi semua yang terlibat telah berkumpul di surau SMK Jerlun, Surau Al-Aqsa. Semua peserta yang berjaya menghadirkan diri adalah seramai hampir 30 orang. Kebanyakkannya terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Semangat mereka!


World #Quranhour di SMK Jerlun, Kedah Malaysia


World #Quranhour di SMK Jerlun, Kedah Malaysia


World #Quranhour di SMK Jerlun, Kedah Malaysia


World #Quranhour di SMK Jerlun, Kedah Malaysia


World #Quranhour di SMK Jerlun, Kedah Malaysia


World #Quranhour di SMK Jerlun, Kedah Malaysia


Saya pula mengambil peluang ini untuk melatih beberapa orang pelajar terutamanya dari segi skill memvideokan program ini. Beberapa pelajar yang berpotensi dikenalpasti bagi membolehkan tenaga kerja mereka digunakan lagi oleh pihak sekolah pada masa akan datang. 


Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mulk. Kemudiannya mempelajari beberapa hukum tajwid yang sering ditanyakan dalam soalan SPM. Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan dan penerangan terjemahan. 




Alhamduilllah, sesi sejam tersebut berlangsung dengan baik sekali. Perancangan Ustaz Asrulnizam berjalan dengan lancar dan tanpa gangguan masalah. Semoga juga aktiviti seperti ini mampu menjadi permulaan yang baik kepada amalan yang diterima di sisiNya. 



Jumaat, 9 September 2016

Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra

Setelah hampir 2 tahun meninggalkan subjek Kimia sejak kembalinya daripada Sarawak, kali ini saya diberi peluang untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada ini. Sebenarnya saya dah mengajar subjek Kimia sejak tahun 2008, hinggalah tahun 2014, lebih kurang 7 tahun. Hanya setelah kembali ke Kedah, saya tidak berpeluang mengajar Kimia kerana sekolah baru, SMK Jerlun tidak menawarkan aliran Sains.


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra


Jemputan kali ini datangnya daripada SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis. Walaupun agak pening lalat nak terima atau menolak jemputan ini pada awalnya, tetapi atas niat untuk membantu dan juga refresh semula ilmu Kimia, maka saya terima tawaran tersebut. Bimbang juga lama sangat dah tinggalkan Kimia, nanti habis lupa pulak. Hahahhaha..

Disebabkan bengkelnya adalah selama  4 jam dengan 2 sesi, pagi dan malam, maka saya cuba gunakan kaedah bengkel yang sedikit berbeza. Kaedahnya adalah dengan menggunakan konsep Gallery Walk. Pelajar menyediakan bahan pembentangan mengikut topik-topik penting yang telah saya senarai pendekkan. 


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra

Mujur juga pelajar-pelajar ini cepat sahaja mesra dengan saya, walaupun baru sahaja bertemu. Maka lebih mudah untuk sesi pembelajaran berlangsung dengan baik. Mereka pun tak malu-malu, atau segan-segan nak bertanya dan bersoal jawab dengan saya. Maka sesi pembelajaran jadi lebih menarik dan bertenaga.

Sesi sebelah malamnya bermula dengan sesi pembentangan. Sebelum pembentangan, dimulakan dengan lawatan ke setiap stesyen terlebih dahulu. Setiap pelajar dibekalkan dengan stick-it note, untuk menambah, membetulkan atau pun bertanyakan soalan kepada kumpulan tersebut. Aktiviti ini berlangsung selama lebih kurang 15 minit.


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra


Aktiviti seterusnya adalah pembentangan bagi setiap kumpulan. Ketua kumpulan akan menjalankan tugas membentangkan hasilan mereka. Pelajar lain pula boleh bertanyakan soalan atau pun apa yang tak difahami sepanjang pembentangan selama 10 minit tersebut. 

Di sini, guru iaitu saya hanya bertindak sebagai fasilitator bagi membantu kefahaman pelajar dan juga dalam masa yang sama memberikan lebih kefahaman dan beberapa tips menjawab untuk peperiksaan.


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra

Penglibatan pelajar yang aktif sepanjang berlangsung nya sesi ini menunjukkan bahawa pelajar memang sebenarnya boleh lebih berminat dengan sesuatu subjek jika mereka diberi lebih kawalan terhadap pembelajaran mereka. 

Sesi perkongsian sesama rakan juga sebenarnya lebih banyak membantu pelajar kerana banyak gap antara mereka berjaya diatasi. Berbanding ketika perkongsian dengan guru. Bahasa yang digunakan nampaknya lebih mudah dan sama level jika antara pelajar dengan pelajar.


Sesi Refresh Kimia SPM di SM Sains Tuanku Syed Putra


Saya lihat respon yang baik daripada para pelajar. InshaAllah dengan sedikit perkongsian saya ini mampu menjadikan suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar ini untuk mendapat keputusan yang cemerlang bagi matapelajaran Kimia. 

Saya doakan juga semoga adik-adik SM Sains Tuanku Syed Putra ini mendapat A untuk matapelajaran Kimia. AMin!




Jumaat, 2 September 2016

Takwim Sekolah 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan awal-awal dah keluarkan Takwim Sekolah bagi sesi persekolahan 2017. Dah tentu, langkah ini menggembirakan banyak pihak, terutamanya bagi barisan pentadbir yang sudah boleh mula mengorak langkah merancang aktiviti bagi tahun 2017. 


Takwim Sekolah 2017 bagi Kumpulan A
Takwim Sekolah 2017 bagi Kumpulan A

Takwim Sekolah 2017
Takwim Sekolah 2017 bagi Kumpulan B


Bagi yang nak download Takwim Sekolah 2017 dalam bentuk PDF, boleh download di SINI. Selamat merancang!