.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Ahad, 21 Ogos 2016

Idea P&P Sains : Pembentukan Pelangi

AKtiviti yang kami buat pada hari ini adalah menghasilkan pelangi. Biasanya kita akan tengok camna pelangi terhasil dengan menggunakan siraman air, dan penyebaran cahaya pada titisan air hujan tu akan menghasilkan pelangi. Tapi kali ini kami cuba aktviti yang sedikit berbeza.


Idea P&P Sains : Pembentukan Pelangi melalui penyebaran cahaya


Caranya mudah sahaja. Hanya perlu gunakan sebekas air dan juga menggunakan cermin. Masukkan cermin ke dalam air tersebut dan manipulasikan cahaya matahari ke arah skrin. Hasil daripada penyebaran cahaya oleh titisan air akan menghasilkan pelangi. Mudah kan?




Idea P&P Sains : Pembentukan Pelangi melalui penyebaran cahaya


Idea P&P Sains : Pembentukan Pelangi melalui penyebaran cahaya


Boleh tengok video saya dan pelajar semasa kami menghasilkan pelangi ini di kawasan dataran sekolah. Serius best~ Selamat mencuba!




Sabtu, 20 Ogos 2016

Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar

Salah satu bahan yang menarik boleh ditambah dalam pdp kelas adalah penggunaan classroom currency. Duit olok-olok ini boleh digunakan dengan pelbagai cara dan kaedah, serta mempunyai banyak kelebihannya. 


Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar


Saya mendapat idea ini daripada seorang rakan guru di Cikgu Sains Kreatif. Cikgu Aan Lemon telah menggunakan konsep yang sama untuk menggalakkan penglibatan murid semasa aktiviti dilangsungkan dalam kelas. Idea ini kemudiaannya saya tambah baik sket. Saya letakkan muka saya pada duit kertas tersebut, dan juga saya laminate kan supaya dapat digunakan berulang kali. 


Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar
Idea asal daripada Cikgu Aan Lemon

Nilai matawang dan juga warna kertas yang digunakan adalah berbeza. Sama seperti duit sebenar yang kita gunakan. Ini boleh menarik perhatian lebih ramai pelajar. Paling penting boleh melatih nilai keusahawanan pelajar semasa menggunakan matawang tersebut. Biar pelajar sendiri menilai hasil kerja rakan mereka dengan nilai yang sepadan.


Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar


Pengalaman saya menggunakan bahan bantu ini kepada pelajar, melalui strategi 3 Stray 1 Stay. Setiap pelajar diberikan 15 Ringgit Hailmi, (kah3) dan kemudiannya akan memberikan duit kepunyaan mereka kepada rakan yang membentang. Jika mereka berpuas hati, maka nilainya boleh lah lebih besar. Jika tak puas hati / tak faham, maka boleh juga berlalu pergi tanpa sebarang sumbangan kepada pembentang tersebut.

Cubaan kali pertama saya tersebut berlangsung dengan lancar. Pembentang akan cuba melakukan yang terbaik bagi membolehkan mereka mengumpulkan jumlah Ringgit Hailmi yang tertinggi yang diberi rakan. 


Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar


Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar


Manakala pelajar lain pula, lebih berhati-hati dalam menggunakan duit mereka, serta hanya akan memberikan duit kepada pembentang yang benar-benar layak. Maka bertubi-tubi lah keluar soalan bagi menguji tahap kefahaman rakan mereka tadi. Nampak tak?.

Secara tak langsung, aktiviti ini menggalakkan pelajar untuk terlibat lebih aktif dengan pembelajaran mereka. Dari segi menyediakan soalan, bertanya dan juga mendapatkan jawapan. Dua2 pihak melakukan persediaan yang secukupnya bagi mendapatkan yang terbaik. 



Khamis, 4 Ogos 2016

DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSM Tingkatan 1 [DOWNLOAD]

Berikut adalah DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi KSSM Tingkatan 1 yang boleh didownload daripada website Bahagian Pembangunan Kurikulum. Saya sertakan link di bawah bagi membantu memudahkan anda untuk tujuan download DKSP KSSM bagi Tingkatan 1.



DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSM Tingkatan 1 [DOWNLOAD]
DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSM Tingkatan 1

Tingkatan 1
Bahasa Semai
Bahasa Perancis
Pendidikan Kesihatan
Bahasa Iban
Bahasa Jepun
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Islam
Al- Syariah KBD
Hifz Al-Quran KBT
Maharat al-QUran KBT
Sejarah 
Geografi
Pendidikan Moral
Reka Bentuk dan Teknologi
Bahasa Tamil
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Jerman
Bahasa Kadasandusun
Matematik
Asas Sains Komputer
Al-Lughah Al arabiyah al-muasirah 
Usul al-din KBD
Bahasa Melayu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Bahasa Arab
Seni Visual (Sekolah Seni)
Seni Muzik (Sekolah Seni)
Seni Tari (Sekolah Seni)
Seni Teater (Sekolah Seni)
Pendidikan Muzik
Sains