.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Isnin, 23 Mei 2016

Tawaran Mengikuti Program Pertukaran Guru Malaysia - Korea 2016

Untuk tahun ketiga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan menjalankan program pertukaran guru Korea - Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia Pasific Centre of Education For International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2016. 


Tawaran Mengikuti Program Pertukaran Guru Malaysia - Korea 2016
Program Pertukaran Guru Malaysia Korea 2016 (KOMTEP 2016)

Program akan bermula pada Jun 2016 dengan penempatan seramai enam orang guru Korea di tiga buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala guru dari Malaysia pula akan dihantar ke Republik Korea mulai Ogos 2016 selama tiga bulan di sana.


Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, anda boleh lah rujuk di iklan rasmi di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia
http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5309


Manakala, jika mahukan tips dan petua-petua bagi program pertukaran guru Malaysia Korea ini, anda boleh lah dapatkan daripada laman blog www.cikguhailmi.com melalui siri catatan jurnal 80 Hari di Korea. InshaAllah membantu!


So untuk guru-guru yang ingin mencuba nasib pada tahun ini, all da best!!




Selasa, 17 Mei 2016

Sambut Hari Guru : Beza Budak Depan Dengan Budak Kelas Belakang

Seminggu dua ini memang saya letih yang tak terhingga dek kerana kesibukan yang berderet-deret. Tapi semua keletihan itu hilang dengan ucapan penghargaan sempena Hari Guru hari ini. Dari anak murid ada. Dari bekas anak murid pun ada. Dan tak lupa juga dari sesama rakan guru dari seluruh Malaysia. Memang meriah!


Ucapan pelajar untuk Hari Guru


Seperti yang dijangka juga, yang mendahului senarai ucapan pengirim whatsapp dan sms adalah daripada pelajar-pelajar yang dulunya selalu kena ketuk, kena luku, kena marah, kena piat telinga dan macam-macam lagi. Pelajar kelas belakang.

Baca : 6 Kelebihan Mengajar Kelas Belakang


Manakala pelajar yang dulunya ditatang bagai minyak yang penuh, harapan A, dan macam-macam lagi biasanya wish pun so-so. Itu pun kalau ingat. Ada yang terus buat tak tahu. Macam tak pernah ada cikgu. Padahal baru jer habis sekolah tahun lepas. Sekejapnya dah lupa jasa cikgu.


Ucapan pelajar untuk Hari Guru




Ucapan pelajar untuk Hari Guru




Ucapan pelajar untuk Hari Guru




Tambah lagi tadi, ada sekumpulan pelajar kelas terakhir yang beria beli 2 biji kek untuk sambut Hari Guru dengan guru-guru yang mengajar kelas mereka, di saat pelajar lain dah mula meninggalkan sekolah.

Jujur saya katakan, cukup tersentuh denagn usaha dan tindakan meeka dalam nak menghargai pemberi-pemberi ilmu mereka. Tak sampai hati nak menolak potongan kek mereka sekalipun pada masa tu sebenarnya perut dah sangat penuh dengan makanan.








Ucapan pelajar untuk Hari Guru






Perkara ini menyebabkan saya terfikir, kat mana yang tak kena nya.

Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha ikhlas para guru dan memberikan yang terbaik buat mereka!


Dan satu lagi pengajaran yang saya pelajari pada hari ini:

Jangan sesekali 'tinggalkan' anak murid kita. Mana tahu mungkin yang 'ditinggalkan' itulah yang akan sentiasa ingat, kenang jasa dan mendoakan kita suatu hari nanti!




Khamis, 5 Mei 2016

Menang Best Content Blog di Malaysia Social Media Award 2016

Pada 9 Mac yang lalu, saya telah menghadiri satu majlis gilang gemilang yang meraikan penggiat media sosial di Malaysia, iaitu Malaysia Social Media Award 2016. Kali ini saya hadir kerana blog www.cikguhailmi.com telah terpilih sebagai pemenang bagi kategori Best Content Blog 2016! Perasan gembira tak terkira kerana yang menjadi pesaing saya dalam kategori yang sama bukanlah calang-calang orangnya. Taiko-taiko media sosial Malaysia. Tapi Alhamdulillah, ternyata untuk kali ini, memang ditakdirkan untuk menjadi rezeki blog www.cikguhailmi.com.





Saya tiba ke Subang pada jam lebih kurang 4.30 petang. Dari Subang Airport ke tempat majlis berlangsung, The Glasshouse menggunakan teksi. Timing yang tak cun, menyebabkan lama jugak ler berada atas jalan. Sebab masing-masing dah mula pakat keluar kerja nak balik rumah. Mujur jugak saya bergerak awal. Tak bimbang sangat. Sampai di Glasshouse lebih kurang pada jam 6.oo petang.



Sempat selfie selfie lagi dalam teksi

Selepas mendaftar, saya diberikan meja. Sebab pergi seorang, maka redho saja lah nak dok makan dengan siapa nanti. Kebetulan pula sebab sampai awal, maka tak ramai lagi yang ada. Mata nih mula lah meninjau siapa lagi yang mungkin-mungkin kenal. Sambil-sambil tu, sempat melihat nama-nama rakan blogger lain yang turut terpilih sebagai pemenang pada malam ini. 


Senarai pemenang untuk Malaysia Social Media Award 2016
Senarai pemenang untuk Malaysia Social Media Award 2016

Antara blogger pertama yang saya tegur sebab kenal adalah Mahamahu dan juga Emas Putih. Kemudian sempatlah berkenalan dengan beberapa orang lain, Aizat dan Muaz dari Pembina, dan juga anak sedara dan bapa sedara yang sangat friendly, Raja Sheril Ameera dan Dr Zul yang mewakili Pojiegraphy. Satu meja juga dengan Ruby.my yang hadir bersama suami.







Majlis dihadiri oleh tetamu VIP, Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan. Manakala artis yang dilihat turut berada di majlis yang sama adalah Sazzy Falak dan suami. Majlis penyerahan hadiah berlangsung dengan gilang gemilang nya selepas itu. Sempat juga berbual seketika dengan Timbalan Menteri Pendidikan yang baru saja saya temui beberapa minggu sebelumnya di Pertandingan VEX Robotik Malaysia 2016.










Selesai majlis, masing-masing kalut bergambar untuk kenangan. Bukan senang nak berada di majlis yang meriah camtu. Sekali sekala, memang lupa diri lah jugak. Tengok kemeriahan kami di bawah.












Terima kasih juga saya ucapkan buat Dr Zul yang sudi menghantar saya sampai ke KL Sentral pada malam tu. Sempat kopi2 sket dengan doktor muda nih. Dan semestinya ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan buat rakan-rakan blog dan pengunjung blog yang sudi mengundi saya sehingga boleh menang sekali lagi untuk kali ini. 

Love you all!! <3 font="">