.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Selasa, 26 April 2016

Lawatan Penanda Aras Pembelajaran Abad 21 dari SMK Taman Kajang Utama

Pada 26 April 2016, sekolah saya menerima satu kunjungan lawatan penanda aras daripada SMK Taman Kajang Utama. Lawatan penanda aras yang bertujuan bagi melihat sendiri pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 di SMK Jerlun ini disertai oleh 8 orang guru dan juga 70 pelajar aliran Kelas Rancangan Khas (KRK) tingkatan 3 dan 2. 




Boleh tengok gambar aktiviti dalam gambar-gambar di bawah.
























Terima kasih juga saya ucapkan yang tak terhingga buat pasukan Peer Coaching, Puan Laila (guru Bahasa Inggeris) dan juga Ustaz Asrulnizam (guru Pendidikan Islam) yang turut sama berkongsi kemahiran mereka bersama guru SMK Taman Kajang Utama.

Tak lupa juga buat barisan pentadbir sekolah SMK Jerlun yang memberi sepenuh sokongan terhadap lawatan penanda arasan ini.










Dan semestinya ucapan terima kasih kepada rombongan SMK Taman Kajang Utama yang sudi berkunjung ke SMK Jerlun untuk lawatan muhibah ini. Semoga ada kesempatan, jika bertemu lagi!




Jumaat, 15 April 2016

10 Kaedah Pembelajaran Koperatif Abad 21

Bagi merealisasikan Pembelajaran Abad 21, guru haruslah lebih kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk murid. Pelbagai kaedah dan strategi p&P boleh digunakan bagi membolehkan murid berkolaborasi dan lebih aktif belajar. Di sini saya kongsikan beberapa kaedah pembelajaran Koperatif yang boleh digunakan bagi Pembelajaran Abad 21. Selamat mencuba!


10 Kaedah Pembelajaran Koperatif Abad 21



1. Kaedah Jigsaw
a. Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan 
b. Dalam kumpulan tersebut ahli dibahagikan kepada nombor tertentu 1 - 2 - 3 - 4
c. Semua pelajar yang memegang No.1 akan bergerak ke Stesyen No.1 bagi berbincang dengan ahli daripada kumpulan lain yang juga memegang No.1
d. Demikian juga dengan No.2, No.3 dan No.4
e. Selesai perbincangan mengenai topik mereka, pelajar akan kembali ke kumpulan asal dan menjadi pakar bagi topik berkenaan
f. Mereka akan berkongsi hasil perbincangan di group tadi bersama rakan kumpulan asal.


2. Kaedah Make a Match
a. Guru menyiapkan beberapa kad yang tertulis konsep atau topik
b. Setiap pelajar dapatkan sekeping
c. Kemudian mereka akan mencari rakan kelas yang juga memegang kad dengan topik yang sama
d. Pelajar berbincang menyelesaikan tugas secara bersama-sama
e. Pelajar diuji dengan buat persembahan atau kuiz


3. Kaedah Bertukar Pasangan
a. Setiap pelajar mendapat satu pasangan
b. Guru memberikan tugas dan pelajar mengerjakan tugasan dengan pasangan mereka
c. Setelah selesai setiap pasangan bergabung dengan pasangan yang lain
d. Masing-masing akan saling bertanyakan soalan dan mengukuhkan jawapan mereka
e. Hasil perbincangan kemudian dikongsikan semula dengan pasangan asal. 


4. Kaedah Share n Turn
a. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
b. Duduk dengan kawan atau kumpulan
c. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam
          A ke B
          B ke C
          C ke D
          D ke A atau
          Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kita semula yang mengandungi 4 isi atau idea.


5. Kaedah Think Pair Share
a. Berfikir sendirian
b. Bercakap dengan rakan berdua
c. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
d. Rakan yang lain boleh menyoal (soalan diberi oleh guru)


6. Kaedah Gallery Walk
a. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain (guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
b. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumpulan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
c. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.




7. Kaedah Rally Robin
a. Guru menyoal atau bertanya pelajar
b. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
c. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan


8. Kaedah Menyoal dan Bimbing
a. Meminta pelajar menulis soalan di kad
b. Jawapan ditulis di belakang
c. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
d. Kad diserahkan kepada pelajar
e. Masa diberi untuk pelajar baca soalan dan jawapan
f. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal
g. Pemegang kad memberi klu untuk menjawab soalan tersebut
h. Bertukar rakan untuk soal dan jawab


9. Kaedah Idea Rush
a.  Fikir apa yang guru soal
b. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
c. Pelajar lain tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
d. Kumpulan semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik


10. Kaedah Fan n Pick
a. Duduk dalam kumpulan
b. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri 
   Cth : 1 - 2 -3 - 4
c. Tunggu guru memberi kad
d. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan menjawab soalan
        No. 1 : ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
        No. 2 : menjawab soalan
        No. 3 : menilai jawapan betul atau salah
        No. 4 : merumus jawapan tersebut


Bagi yang dah mencuba kaedah-kaedah di atas, jemput lah juga berkongsi maklumbalas. Semoga perkongsian anda mendapat rahmat Allah. 





Sabtu, 9 April 2016

Seminar Perkongsian Bestari Pdp Bersama Guru Sains oleh Petrosains

Alhamdulillah diberikan peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan mengenai pdp Sains oleh pihak Petrosains. Ya, Petrosains! Saya sendiri terkejut apabila dihubungi oleh mereka. Tetapi atas semangat mencari pengalaman, maka saya beranikan juga diri untuk berkongsi ilmu yang saya tahu.




"Seminar Guru : Perkongsian Bestari Pdp Untuk Guru-guru Sains 2016" yang diadakan pada 9 April 2016 tersebut, juga melibatkan perkongsian Pembelajaran Abad ke 21 oleh pensyarah di IPGM Kampus Pulau Pinang, Encik Mior Shaharudin yang juga merupakan pensyarah saya semasa KPLI di sana.




Yang menariknya dalam seminar ini adalah selain daripada perkongsian daripada orang luar, pihak Petrosains sendiri juga tampil dengan mendedahkan para guru dengan aktviiti-aktviiti kreatif yang boleh dilakukan oleh para guru di sekolah.

Banyak yang menarik, antaranya adalah simulasi apa yang berlaku semasa kita bersin. Perkara-perkara ini ditunjukkan dengan jelas dengan penggunaan bahan-bahan comel, serta aktiviti yang sangat menyeronokkan. Jika guru sendiri sudah teruja, apatah lagi anak murid kan?










Sesi perkongsian saya, "Pdp Kreatif Dalam Sains" mendapat maklumbalas yang cukup positif. Dengan audiens seramai hampir 170 orang memenuhi ruang ceramah di dalam Petrosains, rasa gementar itu hilang apabila guru-guru lain mula bertanyakan soalan kepada saya.










Pada saya, pertanyaan guru-guru itu merupakan satu petanda baik bahawa ada perkara yang diminati oleh mereka. Dan pertanyaan itu biasanya banyak tertumpu kepada bagaimana saya menguruskan masa dan juga sukatan pelajaran untuk setahun.








Secara peribadinya, saya sangat gembira dengan peluang yang diberikan oleh pihak Petrosains ini. Saya yakin, bukan mudah untuk mendapat kepercayaan seperti ini daripada organisasi sebesar ini. Peluang berkongsi dan bertemu dengan lebih ramai warga pendidik terutamanya bagi subjek Sains. Terima kasih Petrosains!



Khamis, 7 April 2016

Idea P&P Sains : Proses Perubahan Keadaan Jirim (Plastisin)

Idea kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Chin daripada SMK Kota Samarahan, Sarawak bersama rakan guru di group Cikgu Sains Kreatif. Tajuk aktiviti pelajaran adalah proses perubahan keadaan jirim. Ideanya ringkas, hanya menggunakan plastisin dan juga papan putih. Pelajar menulis nama proses yang terlibat. Plastisin digunakan sebagai zarah jirim seperti pepejal, cecair dan gas.


Idea P&P Sains : Proses Perubahan Keadaan Jirim (Plastisin)


Idea P&P Sains : Proses Perubahan Keadaan Jirim (Plastisin)


Idea P&P Sains : Proses Perubahan Keadaan Jirim (Plastisin)


Idea P&P Sains : Proses Perubahan Keadaan Jirim (Plastisin)


Idea P&P Sains : Proses Perubahan Keadaan Jirim (Plastisin)


Idea P&P Sains : Proses Perubahan Keadaan Jirim (Plastisin)



Idea P&P Sains : 3 Keadaan Jirim Guna Sagu

Idea kreatif sains ini dikongsikan oleh Cikgu Hijau Zamrud dalam kumpulan Cikgu Sains Kreatif. Merupakan pelajaran daripada Sains Tingkatan 1, mengenai 3 keadaan jirim, Cikgu Hijau Zamrud menggunakan sagu mata ikan bagi menunjukkan bagaimana zarah bagi pepejal, cecair dan gas tersusun. Idea yang menarik!


Idea P&P Sains : 3 Keadaan Jirim Guna Sagu


Idea P&P Sains : 3 Keadaan Jirim Guna Sagu


Idea P&P Sains : 3 Keadaan Jirim Guna Sagu


Idea P&P Sains : 3 Keadaan Jirim Guna Sagu


Idea P&P Sains : 3 Keadaan Jirim Guna Sagu



Ahad, 3 April 2016

Perkongsian Pengalaman di Korea dengan Guru Cemerlang Kubang Pasu

Sekali lagi saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman 80 Hari di Korea. Kali ini bersama-sama dengan rakan-rakan guru cemerlang melalui anjuran Majlis Guru Cemerlang Daerah Kubang Pasu. Majlis bertempat di SM Sultan Abdul Halim. Tujuan perjumpaan adalah bagi membincangkan isu terkini dalam MGC Kubang Pasu, tapi diselitkan juga sesi 1 jam bagi dikongsi dengan rakan guru lain.


Perkongsian Pengalaman di Korea dengan Guru Cemerlang Kubang Pasu
Perkongsian pengalaman 80 Hari di Korea dengan Guru Cemerlang daerah Kubang Pasu

Seperti biasa saya gunakan Prezi bagi mempersembahkan perkongsian saya.  Prezi yang sama digunakan semasa pembentangan akhir semasa di Korea. Bagi saya persembahan tersebut, lengkap mengandungi semua maklumat seperti yang diperlukan oleh audiens saya. Tambahan pula, Prezi yang sedia interaktif dan juga lengkap beserta video berupa bukti kukuh untuk setiap maklumat yang dikongsikan.


Perkongsian Pengalaman di Korea dengan Guru Cemerlang Kubang Pasu


Alhamdulillah, perkongsian banyak memberikan idea dan perspektif baharu buat rakan guru lain. Rata-rata mereka memang amat kagum dengan fasiliti dan juga sikap dalam bidang pendidikan di Korea. Walaupun, agak berbeza jika nak dibandingkan dengan sistem pendidikan di Malaysia, namun saya rasa kita juga bergerak ke arah yang sama.

Saya cuma berharap, melalui perkongsian yang lebih banyak seperti ini boleh membuka mata lebih ramai warga pendidik, tak kira di lapisan mana kita berada, supaya lebih kuat berusaha mentransformasikan pendidikan di negara kita. Mesti kerja bersama-sama. Bukan saling tunjuk menunjuk. Jom kita kerja kuat! 




Jumaat, 1 April 2016

Pengalaman Berharga di VEX Robotics Competition 2016 Peringkat Kebangsaan

Pada 20 dan 21 Februari yang lalu saya telah menerima satu jemputan untuk menjadi ketua juri bagi sebuah pertandingan robotik di Kuala Lumpur. Walaupun pada mulanya kurang jelas dengan peranan saya sebagai Ketua Juri, tetapi saya sahut juga sebagai satu cabaran dan peluang untuk saya melebarkan lagi sayap saya mencari pengalaman pada tahun ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Roboticist Learning yang memberi peluang kepada saya.




Robotik di Malaysia
Sebelum kita sembang lebih jauh, jom kita fahamkan mengenai bidang robotik yang ada di Malaysia ini. Saya sendiri pun masih baru. Tetapi saya difahamkan di Malaysia, perkembangan robotik adalah terbahagi kepada 2, iaitu untuk tujuan pertandingan, dan lagi satu adalah bagi tujuan pendidikan. 

Dan rupanya ada banyak jenis robot yang ada dan berbeza mengikut syarikat dan pengedarnya. Sebagai contoh robotik LEGO yang dikendalikan oleh Sasbadi melalui pertandingan National Robotic Competition. Satu lagi robotik yang popular di Malaysia adalah dari jenis VEX yang diedarkan secara rasmi oleh Roboticist Learning dan dipopularkan lagi melalui pertandingan VEX Robotics Competition.






Lebih hebat mengenai VEX Robotics Competition ini adalah selain digunakan bagi tujuan pendidikan STEM dan pertandingan, pelajar juga berpeluang untuk mewakili Malaysia ke pertandingan robotik VEX ke peringkat dunia. Pada tahun lepas, pasukan dari MCKK telah berjaya mewakili Malaysia sehingga ke Los Angeles bagi pertandingan peringkat dunia. Hebat kan?


Untuk pertandingan kali ini, ada 2 kategori yang dipertandingkan. Kategori pertama adalah VEX IQ yang melibatkan pembentangan projek STEM oleh para pelajar. Manakala kategori kedua adalah VEX ROBOTICS yang lebih memfokuskan kepada kesempurnaan pelajar dalam memprogramkan robot mereka dalam melaksanakan tugasan yang diarahkan.






Saya pula ditugaskan sebagai Ketua Juri untuk Kategori VEX IQ. Memang best sangat dapat tengok camana, anak-anak nih membentangkan hasil projek mereka. Sangat bersemangat. Berebut-rebut nak bercerita apa yang mereka buat. Dari segi persediaan pun, sangat bersungguh. Ada yang sampai sediakan costume baharu, lengkap dengan prop-prop yang sangat menarik. 












Terbaik lah!!

Selesai menjalankan tugas di sini, saya bergerak ke stesyen-stesyen yang mempamerkan hasil kerja robot mereka. Memang mengejutkan bila melihat robot ciptaan anak-anak nih. Rata-rata mereka yang berumur lebih kurang 7 - 10 tahun saja. Tapi dia punya hasil kreativiti.. wow!! Teruja saya mendengar setiap hujah mereka. Cerdik sangat!! 












Rupa-rupanya anak-anak ini ada sesi setiap minggu bersama pihak Roboticist Learning di The School, Jaya One nih. Memang lain betul cara mereka belajar, dan cara mereka berfikir. I like!


Hari kedua pula menyaksikan perasmian oleh Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Mukhriz, Negeri Sembilan disaksikan oleh Penaung pertandingan Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Mukhriz dan YB Datuk P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

Majlis yang diserikan dengan gimik pelancaran menggunakan robot daripada Roboticist Learning. Pengumuman pemenang bagi acara yang telah berlangsung pada hari pertama juga menambahkan lagi kemeriahan majlis perasmian tersebut.






Selesai majlis pelancaran kami bergerak dari stesyen ke stesyen bagi bertemu dengan para peserta. Ada yang menggunakan kesempatan lawatan bagi menerangkan projek dan hasil kerja mereka. Memang hebat-hebat. Bukan alang-alang diorang bertanding. Masing-masing mencuba yang terbaik bagi memberikan saingan antara satu sama lain. 














Selfie dengan YB Datuk P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

Saya terpaksa bergerak dari sana lebih awal kerana terpaksa mengejar penerbangan saya. Sempat juga bergambar dengan tuan punya penganjur, Cik Ilylia dan juga adiknya Cik Nabila yang memang sangat komited dan bersungguh-sungguh memperjuangkan pendidikan STEM menggunakan robotik di Malaysia nih. 


Cik Ilylia dan Cik Nabila, orang kuat Pertandingan VEX Robotics Malaysia 2016

Memang kental betul nak bersaing dengan syarikat-syarikat robotik lain yang juga berusaha mencari pasaran masing-masing. Walaubagaimanapun, saya memang tabik spring pada kedua-duanya yang tak pernah lelah berusaha memberikan yang terbaik kepada anak bangsa Malaysia. Keep it up girls!


p/s : Dengar ceritanya, Pertandingan VEX Robotics Competition 2016 Peringkat Kebangsaan kali ini dimenangi oleh pasukan daripada STF. Jutaan tahniah saya ucapkan buat mereka. Semoga berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia nanti. All the best!