.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Jumaat, 25 Mac 2016

Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas

Untuk pelajar kelas 4C nih, lain macam sikit cara saya ajar mereka. Nak mengajar dan lecture macam biasa memang tak jalan. Budak nak tidur. Nanti cikgu pun nak mengamuk. Hahahahha.. :D

Maka untuk mereka saya selalu gunakan seni untuk tarik minat mereka 'belajar' dalam kelas. Budak-budak camni kalau bab melukis mewarna memang diorang suka.


Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas


Masuk kelas bagi pinggan kertas. Terus suruh diorang lukis fasa-fasa mitosis dan meiosis ikut buku teks. Buat ikut kumpulan. Satu kumpulan dalam 4-5 orang.

Diorang lukis dan warna dengan gembiranya.


Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas


Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas


Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas


Pastu apa jadi?

Bila melukis dan mewarna tu diorang akan jumpa benda-benda pelik yang menarik. Maka keluar lah segala macam soalan.


" Ini apa cikgu? "

"Kenapa dia jadi camnih cikgu?"

"Apa jadi lagi pasnih cikgu?"


See? Masa nih lah cikgu bagi diorang input betul-betul. Tak perlu lecture kan? Bagi jawapan untuk benda yang dia nak tahu.. pasti dia tak bosan.


Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas


Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas


Pastu uji diorang balik boleh tak dia ceritakan semula apa yang dia tahu tadi. Gunakan bahan yang dia hasilkan sendiri supaya self esteem dia tinggi dan rasa lebih confident. InshaAllah kalau dia faham, dia akan mampu ceritakan semula dengan baik.

InshaAllah juga dengan buat aktiviti mewarna dan melukis mampu menambah daya ingat mereka lagi.


Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas


Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas


Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas


Idea P&P Sains : Mitosis dan Meiosis Guna Pinggan Kertas


Jangan tak tahu, kajian juga menunjukkan bahawa melukis dan mewarna mampu meningkatkan lagi daya fokus dan konsentrasi murid. Sesuai sangat lah dengan murid-murid 4C nih.

Untuk para pendidik, selamat mencuba!



Apa Itu Flipped Classroom?

Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah Flipped Classroom. Dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru Kimia di Woodland Park High School, flipped classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan Academy. Jom kita dalami lagi apa yang dimaksudkan dengan flipped classroom.


Model pembelajaran abad 21 Flipped Classroom
Apa itu Flipped Classroom?


Apa Itu Flipped Classroom?
Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. 

Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan?


Apa Itu Flipped Classroom?
Model Flipped Classroom

Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom. Sumber
Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan secara online dan menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih dikira sebagai Flipped Classroom.


Kelebihan Flipped Classroom
Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom sebagai pendekatan pembelajaran adalah : 

1. Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan
2. Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif
3. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar
4. Menggalakkan 'independent learning'
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu


Berikut adalah contoh perbezaan sesi pembelajaran yang melibatkan kelas tradisional dan juga kelas yang sudah diflipped. 


Perbezaan kelas tradisional dan Flipped Classroom

Anda boleh lihat dengan jelas, dengan menggunakan model Flipped Classroom, masa dalam kelas lebih banyak diperuntukkan untuk melakukan aktiviti, perbincangan dan pengukuhan. Tugas 'lecture' telah diambil alih oleh pelajar dengan menonton video guru sebelum kelas bermula. Pembelajaran jadi lebih bermakna.



Pengalaman Flipped Classroom
Secara praktikalnya, mungkin sebahagian daripada kita sudah lama mengamalkan konsep pembelajaran sebegini. Iaitu dengan menyuruh pelajar menonton video dan kemudiannya melakukan sesi perbincangan di dalam kelas. Itu lah Flipped Classroom!


Saya kongsikan sedikit pengalaman saya melakukan Flipped Classroom bersama pelajar saya di SMK Jerlun.

Sehari sebelum
Bagi tugasan membina model Sistem Pernafasan Manusia, saya telah memberikan pelajar sekeping kertas tertulis link kepada video dan juga link kepada website bagi rujukan pelajar. 




Semasa di Rumah
Di rumah, pelajar menonton video dan melakukan bacaan dan sedikit kajian mengenai tugasan. Mereka juga menyediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti pada hari esok nya. Semuanya dilakukan oleh pelajar, secara individu atau berkumpulan. Tetapi, yang paling penting adalah proses pembelajaran yang berlangsung di rumah. 





Semasa Waktu P&P
Keesokan harinya sewaktu kelas Sains, mereka hanya perlu memasang semua peralatan. Perbincangan dan kolaborasi antara pelajar berlangsung semasa penyediaan model. Guru hanya tidak lagi perlu menceritakan semuanya dari A ke Z. Sebaliknya hanya menjadi pemudahcara sepanjang kelas berlangsung.


Pelajar melakukan aktiviti di dalam kelas berpandukan video yang ditonton semalam

Masa saya kini tidak dibazirkan lagi dengan sesi lecture yang menggunakan banyak masa. Pelajar sendiri telah mengambil alih sesi tersebut dengan menonton video pada hari sebelumnya. Masa dalam kelas hanya tertumpu kepada proses pembelajaran sebenar.



Pelajar membentangkan hasil kerja dengan dibantu oleh pembacaan artikel sehari sebelumnya

Akhir kelas, pelajar membentang hasil kerja mereka masing-masing. Projek yang mereka buat dalam kelas, tetapi dengan menggunakan bahan dan kajian yang mereka buat di rumah melalui tontonan video dan bacaan di Internet. Mudah kan? 


Kesimpulannya, pada saya dengan menggunakan pendekatan Flipped Classroom ini, tugas-tugas mengajar menjadi lebih mudah dan lebih bermakna. Part yang saya suka adalah melalui ini juga akan menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Tidak mengharap usaha guru semata-mata. Maka waktu p&p dalam kelas akan dapat dilangsungkan dengan lebih berkesan dan lebih bermakna.



Saya akui pasti akan ada beberapa kekangan untuk model ini. Liputan internet yang terhad, latar belakang murid, sikap murid dan beberapa faktor lain lagi. Tetapi, saya menyeru kita warga pendidik mencuba sebaik mungkin apa  yang terdaya jika berpeluang, memberi peluang kepada pelajar kita untuk merasa pengalaman pembelajaran yang berbeza. Belum cuba, belum tahu kan.. :)


Demikian lah perkongsian saya mengenai model pembelajaran Flipped Classroom. Artikel ini saya tulis berdasarkan pembacaan dan juga perkongsian pengalaman saya sendiri menjalankan Flipped Classroom kepada pelajar-pelajar saya. Anda ada kisah menarik untuk dikongsikan? Jom tulis komen di bawah untuk kita dapat manfaat bersama-sama.






Pentingnya Ketua Sekolah Yang Hebat

Saya baru 10 tahun berkhidmat sebagai seorang guru. Baru 2 buah sekolah, dengan 3 orang Pengetua. Dua yang pertama adalah lelaki. Dan yang ketiga adalah pengetua perempuan. Tapi tanpa sedikit ragu pun saya katakan, ini PENGETUA TERBAIK yang saya pernah ada.


Pentingnya Ketua Sekolah Yang Hebat
Kenangan bersama Puan Rogayah Talib sewaktu majlis 'send off' ke SMK Tun Sharifah Rodziah

Beliau seorang 'kakak' yang sentiasa sudi mendengar setiap permasalahan. Boleh dibawa berbincang dan suka bergurau. Prinsipnya, tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.

Tak pernah sekali pun saya lihat beliau gunakan emosi ketika berurusan dan menyelesaikan masalah. Baik dengan pelajar, mahu pun dengan guru. Part paling susah sesiapa pun nak buat.


Boleh bayang Pengetua yang datang sekolah seawal 6.30 pagi untuk bersenamrobik dengan guru-gurunya?


Kenangan berFIT JER, program senamrobik setiap 6.30 pagi Selasa khas untuk cikgu-cikgu
Kenangan berFIT JER, program senamrobik setiap 6.30 pagi Selasa khas untuk cikgu-cikgu

Boleh bayang Pengetua yang datang hujung minggu untuk kelas tambahan dengan pelajar Tingkatan 3 nya? (ajar kelas exam ok..)


Beliau bukan sekadar cakap, tapi beliau buat.

Beliau bukan sekadar suruh, tapi beliau kerja bersama-sama.


Ini kualiti yang kita nak cari pada ketua sekolah.

Angkat mereka yang benar-benar layak. Bukan yang sekadar tahu suruh dan lihat. Bukan yang sekadar naik kerana bodek.


Saat paling terkesan adalah ketika saya hulurkan borang permohonan pertukaran guru untuk ke Korea pada tahun lepas.

Tanpa banyak soal, borang saya ditandatangan sehingga saya pula naik musykil. Saya ingatkan beliau bahawa saya ajar kelas exam. Bimbang jika beliau terlupa.

"Demi ilmu, Hailmi pergi lah cari pengalaman... balik nanti jangan lupa curahkan semula untuk anak murid di sini..."

Ya Allah..

Kata-kata yang cukup menyentuh hati sedalam-dalamnya, hinggakan saya berazam untuk pasti kembali berkhidmat  untuk beliau di SMK Jerlun sekembalinya dari Korea nanti. Padahal, awalnya ada juga niat berpindah ke sekolah lain.


Namun rezeki saya bekerja dengan beliau tak lama. Beliau kini ditukarkan ke sekolah yang lebih baik, SMK Tun Sharifah Rodziah.

Serius terasa sangat kehilangan. Bukan sahaja saya, tapi juga semua warga sekolah. Taknak kehilangan beliau. Tapi apa daya kami..


Untuk Puan Rogayah binti Talib,

Jutaan terima kasih tak terhingga untuk setiap pengalaman dan kenangan. Saya hanya mampu doakan puan terus berjaya dan berjaya! 




Khamis, 17 Mac 2016

Rombongan Korea ke SMK Jerlun

Betapa gembiranya saya bila mendapat tahu daripada guru mentor, Kim sonsaengnim bahawa mereka akan datang berkunjung ke Malaysia. Apatah lagi, rombongan akan disertai oleh tuan Pengetua, Mr Bae dan juga 'kakak' noona kesayangan saya, Madam Park Geu Mi. Memang rindu sungguh nak bertemu dengan mereka setelah 3 bulan berpisah.


Rombongan Korea ke SMK Jerlun


Rombongan Korea ini disertai oleh 7 orang guru dan bekas guru. Ada yang saya kenali, dan ada juga yang saya tak kenali kerana belum pernah bertemu dengan mereka selama ini. Perancangan awalnya, mereka akan ke Pulau Pinang bagi melawat rakan seKOMTEP saya, Hanne di SMK Bukit Jambul dan seterusnya akan bergerak ke sekolah saya, SMK Jerlun di Kedah.


Dari awal lagi Mr Kim asyik maklumkan kepada saya bahawa mereka tidak mahu acara sambutan yang berlebihan. Lagipun mereka datang atas tujuan tidak rasmi. Sekadar mahu melawat saya dan sekolah saya. Walaubagaimanapun atas nasihat Pengetua, Puan Rogayah maka pihak sekolah masih mengadakan sambutan. Lebih-lebih lagi ini pertama kali kami menerima tetamu antarabangsa.


Rombongan Korea ke SMK Jerlun


Kebetulan nak jadi cerita juga, pada hari berkenaan, di sekolah kami juga ada aktiviti bersama pihak polis bagi program NBOS Program Remaja Berwawasan. Maka meriah lah juga dengan pameran dan juga persembahan daripada pasukan unit K9 anjing pengesan.


Rombongan Korea tiba pada jam lebih kurang 11 pagi. Memang sangat gembira saya melihat mereka semua selamat tiba di SMK Jerlun. Tak sabar rasanya nak tunjukkan sekolah saya kepada mereka. Sempat juga guru mentor saya, Mr Kim mengatakan saya semakin 'sihat' sejak pulang dari Korea. Hahahaha. 


Program yang pihak sekolah namakan sebagai 'Program Silang Budaya Malaysia - Korea' ini kemudiannya bergerak ke bilik mesyuarat. Sebelum masuk ke bilik mesyuarat, kami dihiburkan terlebih dahulu dengan persembahan daripada anak-anak SMK Jerlun. Tarian sambut tetamu yang diuruskan oleh Puan Mariah. 




Rombongan Korea ke SMK Jerlun


Saya lihat rombongan Korea rasa sangat teruja melihat persembahan tersebut. Apatah lagi ini mungkin pertama kali melihat persembahan sedemikian rupa. Saya gembira kerana mereka terhibur dengan persembahan tersebut.


Sedikit ucapan kata-kata aluan daripada pihak sekolah yang dipengerusikan oleh Cikgu Laila, ketua panitia Bahasa Inggeris di sekolah. Kemudian, wakil sekolah Cikgu Md Noor bertindak memberi ucapan selamat datang kepada rombongan Korea. Ucapan selamat kemudiannya disambut oleh ucapan terima kasih daripada rombongan Korea, tuan Pengetua Mr Bae sendiri. 


Rombongan Korea ke SMK Jerlun


Tak lupa juga pihak sekolah menyampaikan sedikit cenderamata kenang-kenangan kepada pihak sekolah Daegu Girls Commercial High School. Dan seperti yang telah saya jangka, mereka juga ada menghulurkan cenderamata kepada SMK Jerlun. Jalinan antarabangsa.




Selesai acara di bilik mesyuarat, kami bergerak ke bilik-bilik lain untuk lawatan kawasan sekitar sekolah. Rombongan Korea dibawa ke Bilik Muzik bagi satu lagi acara persembahan live band daripada band sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Azman. Seperti biasa, memang mereka sangat menghargai bakat dan usaha para pelajar yang ditunjukkan. Tepukan gemuruh daripada mereka untuk persembahan tersebut.




Dari sana, kami bergerak ke makmal Sains yang diselia oleh saya. Tanpa pengetahuan mereka, saya telah sediakan satu surprise untuk mereka. Iaitu sebuah banner menyambut mereka, yang dihias dengan gambar kenangan ketika saya berada di Korea. Belon dan bendera Malaysia dan Korea melengkapkan lagi hiasan dalam makmal sains tersebut.

Teruja juga mereka melihat saiz makmal sains yang jauh lebih besar berbanding makmal sains di sekolah mereka. Paling menarik perhatian mereka tentulah banner untuk sambutan mereka. Banyak cerita mereka keluar bila melihat gambar-gambar kenangan kami ketika berada di Daegu Yeosang. 


Rombongan Korea ke SMK Jerlun


Dari sana, kami bergerak menuju ke kantin untuk makan tengahhari. Bagi bahagian makanan, Cikgu Siti Meriam diberi tanggungjawab untuk menyediakan apa yang sesuai dengan rombongan Korea. Hasil dari perbincangan maka makanan tempatan seperti laksa, bahulu, ikan keli bakar dan minuman air kelapa disediakan.






Ternyata memang sesuai dengan tekak mereka. Tak sangka pulak minat sungguh mereka dengan laksa dan air kelapa. Mungkin sebab tiada di negara mereka, maka makanan ini menjadi sangat istimewa untuk mereka.

Selesai di kantin, mereka mengambil peluang untuk masuk dan bergambar bersama pelajar SMK Jerlun di dalam kelas. Para pelajar pula sangat gembira menerima rombongan Korea ke sekolah kami, apatah lagi ini adalah pertama kali rombongan dari negara luar yang sudi singgah ke sekolah kampung kami ini. Memang seronok sangat!








Akhirnya, tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Dari sini, kami akan bergerak untuk sesi lawatan ke Pulau Langkawi. Rombongan Korea sudah tidak sabar lagi nak merasa pengalaman berkunjung ke Pulau Langkawi. Buat sementara waktu ini, "goodbye SMK Jerlun. Until we meet again!" :D 




Rabu, 16 Mac 2016

Konsep 4C Dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)

Pembelajaran Abad 21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin ditekankan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan keperluan guru untuk bergerak seiring dengan kehendak pelajar masa kini, maka pembelajaran abad 21 wajar diberi perhatian serius bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Bagi mengetahui perkara yang perlu diberi perhatian dalam Pembelajaran Abad 21, jom kita sambung baca artikel di bawah ini. 



Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)
Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)

Yang pertama cg kena fahamkan apa yg dimaksudkan dgn pembelajaran PAK21. Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya berteraskan kepada susunatur meja serta penggunaan tools seperti traffic light, reward, parking lot sahaja, sebaliknya lebih besar daripada itu. PAK21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting proses pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar. 



C - Creativity
Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari segi berfikir.



C - Critical Thinking
Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan dengan cara teknik penyoalan yang betul. (Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2015/05/teknik-penyoalan-kbat.html

Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mmpu menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif

(Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2015/04/bagaimana-mengajar-pelajar-berfikir-secara-KBAT.html)
(Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2013/11/i-think-kemahiran-berfikir-secara-kreatif-kritis-dan-inovatif.html)



C - Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang lain. Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan pandangan. Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain-lain (Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2016/02/10-contoh-aktiviti-pembelajaran-abad-21.html)

Cg juga boleh cari lebih banyak contoh aktiviti yg menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif.



C - Communication
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran. Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dll membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan2 yg lain.

(Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2014/04/aktiviti-pembentangan-kimia-bab-4-jadual-berkala-unsur.html)


Semoga perkongsian ini mampu membantu cikgu untuk menjadi guru yang baik!





Sabtu, 12 Mac 2016

Idea P&P Sains : Kitar Haid

Idea kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Lili Ahmad dalam group facebook Cikgu Sains Kreatif. Aktiviti adalah bagi Sains Tingkatan 3, untuk Bab 4 (Pembiakan) bagi subtopik Kitar Haid. Memang kreatif! Bahan pun mudah. Hanya dengan menggunakan pinggan kertas. 













Sambil pelajar melukis dan menulis, beberapa kemahiran belajar lain seperti meneliti buku teks dan juga memahami konsep kitar haid. Secara tak langsung, boleh membantu pelajar untuk mengingat Kitar Haid. Tahniah cikgu!





Jumaat, 4 Mac 2016

Idea P&P Sains : Kiub Pembiakan

Idea kreatif sains ini dikongsikan oleh Cikgu Lili Ahmad dalam group Cikgu Sains Kreatif. Idea adalah daripada subjek Sains, Tingkatan 3, dengan tajuk Pembiakan (Bab 4). Pelajar dikehendaki menghasilkan Kiub Pembiakan. Menarik! Idea baharu. Selamat mencuba!